JALAN JALAN CARI MAKAN BERSAMA KAK TINI


JALAN JALAN CARI MAKAN BERSAMA KAK TINI

Cerita dah lama baru nak story dekat sini. Kah ! Satu hari yang sangat bermakna pada aku . Woi haritu sebenarnya kepenatan juga tapi sebab dah berjanji pergi aje la. Bak kata omputih " just enjoy the day ! " .

Pagi tu aku nolong kejiranan ni buat masak bubur Asyura . Lepas zohor dan kebetulan pula hari Jumaat , aku dengan Kak Tini pun keluar . Dah lama sebenarnya Kak Tini cakap   "Yuk Kak Ain kita ke mall .. jalan jalan". Alaa .. So sweet . 
Tapi kali ni si kecik dedek pun langsung ikut . Si dedek ni ialah panggilan di rumah .. Dedek tu si Farisya anak jiran aku tu. Hahaha. Jadinya selepas zohor kitorang pun bergerak keluar . Pergi ke Paradigm Mall Johor Bahru je . Tak jauh pun dari rumah . Hahaha. 

Sampai je di Paradigm kitorang terus ke tempat makanan untuk makan-makan . Pusing punya pusing akhirnya kami makan di Nasi Padang yang dalam food court tu . Nah ! terubat rindu Kak Tini pada kampung halaman nya . Dekat sini air sirap tu free ! Gituu ! 
Kak Tini siap order tambahan makanan yang macam dalam gambar tu. Kat sini panggil cucur kan . TAPI !!!! sumpah sedap . Sampai Kak Tini cakap "Nak lagi ke ? jom lah tambah lagi" . Ya Allah memang sedap sangat . Mungkin cara goreng dan adunan tepung nya tu yang menyedapkan lagi rasa cucur tu . 

Sempat la dengar kak Tini cakap indon dengan pekerja-pekerja kedai makan tu . Aku pun kepoh  la nak tahu sembang ape. Hahahaha. Biasanya diorang akan tanya asal mana , kampung dekat mana , dah lama ke kerja di JB ? . Kepoh betul kan aku ni. Hahha.

Selepas dah makan - makan kitorang pergi cuci mata . Well  , girls day out la kata kan . Sebelum ni , aku pernah keluar juga sama kakak Tini tapi Farzana yang ngikut . Kali ni adiknya si Farisya yang ikut sama . Kakak Tini belanja kitorang baju . Ya Allah . Syukur sangat . Baju warna pink dan kitorang sepakat pilih yang sama .Baju kembar kitorang panggil ! Hahaha. 

Lepas dah dapat baju , Kak Tini nak cari aiskrim . Tapi singgah kedai lain beli roti dulu . Lepastu baru ke kedai aiskrim . First time juga aku makan dekat kedai aiskrim ni . Ya Allah , dark chocolate ais krim dia sedap nya . Aku pula memang peminat dark chocolate . Rasa sedap giler ! 
Terima kasih Kak ! belanja kami .Banyak betul makan hari tu .. Terharu sangat rasa . Yela , walaupun kami dari negara yang berbeza tapi tetap rasa seperti family ! Semoga Allah limpahkan lagi rezeki untuk Kakak . Insyallah , nak kumpul duit nanti nak sangat pergi ke Kampung kakak Di Indonesia tu . 

KEEP JOHOR COVID FREE

KEEP JOHOR COVID FREE

Gambar diambil di City Square Johor Bahru . Sekitar bulan September 2020. Bandar raya Johor Bahru kini semakin sepi. Dulu-dulu memang selalu la jem disebabkan oleh orang dari Singapura  yang keluar masuk ke sini. Bukan itu sahaja , orang Johor Bahru yang bekerja di Singapura pun dah tak boleh ulang-alik masuk setiap hari. Ini terus menjadikan bandar raya JB semakin sendu dan terus sepi.

Sedih juga bila dilihat dari mata kasar JB yang terkini. Teringat dulu-dulu masa kecik kecik paling tak sabar nak capai tahun 2020. Tak sangka kan covid 19 melanda satu dunia dan beri kesan yang sangat dasyat kepada bandar JB.
Banyak juga kedai-kedai di City Square Johor Bahru ni dah tutup . Kalau masuk ke mall ni komfom sunyi sendu je.  Mcdonald pun dah takde dalam mall ni. 

Waktu dulu CS ni lah yang paling legend tempat lepak kalau di bandar. Aku berjalan sekali ke Bangunan JB Sentral dan CIQ yang mana dekat sini la tempat nak masuk ke Singapura. 
Hmm.. semoga Johor bebas Covid . Insyallah.. Kita Jaga Kita ! Stay Safe semua. 

TRAINING MAIN GAME PUBG

TRAINING MAIN GAME PUBG

Boleh dikatakan setiap minggu anak-anak jiran kerap ke rumah aku. Aku tahu walaupun sekarang masih dalam suasana yang tidak sesuai untuk berjumpa , tetapi kami banyak berada dikawasan perumahan sahaja. Bila hujung minggu je , memang akan ade anak-anak jiran yang bagi salam dekat rumah Kak Ain diorang ni.

Bukan hujung minggu je , tapi kalau sebelah petang diorang tak sekolah agama ... pun nanti diorang bagi salam. Hahaha . Jadinya main game PUBG la penghubung yang boleh satukan mereka. Iye , siapa kata main game tu entah apa -apa. Tak! Main game PUBG la mengajar diorang lagi teamwork untuk mendapatkan Chicken Dinner ! 
Daripada tak pandai main sampai dah tahu dah skill menembak dengan betul . Hahaha. Yang paling kelakar perempuan pun sama naik main PUBG . Tapi bukan aku lah ketuanya . Aku manager je . Mana tahu jadi professional gamers nanti . Aku manage je lah. Hahaha . Yang jadi ketua abang aku . Dia yang power main game-game ni . 

Kesian la juga pada diorang yang tiada wifi di rumah dan hanya guna hotspot je .Guna data mak untuk main game sampai habis . Hahaha. Apa salah nya kan aku berkongsi rezeki kat rumah ade wifi . Tapi aku memang  pesan main game main game juga , solat jangan lupa . 

Jangan la marah generasi yang sekarang ni main game , dah diorang Google Generation. Tapi , kena ada ketegasan dan ambil tahu dengan siapa dia main game , dengan siapa dia chat . Sila pantau handphone , tab , laptop dan computer anak-anak.