Dulu makan single chicken chop, sekarang makan double chicken chop .. Tapi ..

Dulu makan single chicken chop, sekarang makan double chicken chop .. Tapi ..

Sebelum ni aku pernah story dalam blog ni tentang makan chicken chop RM 3 . Tak sangka pula posting tu mendapat tarikan dan menjadi antara popular entry dekat blog akuainkausiapa ni . Kisah nya simple je iaitu makan ciken chop dengan anak jiran yang bernama Asyira . 

Cuma nya dulu-dulu makan yang single berharga RM 3 sekarang dah ada yamg double berharga RM 6 . Portion nya lagi banyak . Petang haritu , kitorang repeat lagi makan . 
Tempat ciken chop ni pon dah berubah yang mana dulu nya dekat sangat dengan kawasan rumah sekarang dah berpindah di jalan yang lain . Waktu pun dah berubah kalau dulu-dulu craving time malam pun boleh dapat . Sekarang tak . 

Kebetulan haritu Asyira ajak teman kan dia pergi ke kedai buku dan aku pulak kalau petang-petang lebih suka beriadah , jadinya lepastu lepak la sekejap di taman permainan . Nampak ramai budak-budak bermain basikal kat situ . 
Teringat pula posting 2 tahun lepas , dulu makan ciken chop single tapi single lah . Sekarang di tahun 2020 makan double pun masih single ! Hahahahahhaa . Alaa , sendu nya rasa ! Mungkin belum diberi Rezeki Jodoh dari Tuhan . 

Ada beza ke rasanya ? Rasa ciken chop tu masih je sama cuma feel dia berbeza la sebab lokasi dah berubah . Kalau dulu boleh je jalan kaki sekarang boleh je jalan kaki cuma kena melintas jalan besar la untuk ke seberang jalan yang lain . Jauh sikit dari kawasan rumah . Hahaha . Dah la dekat dengan rumah crush kita . EH ! 

Kadang -kadang kita tak perlu pun makanan yang mahal untuk create the best moments . Cukup pada keadaan yang kita selesa pada ketika itu . Terima kasih Asyira eh Mak Asyira belanja kite . 

PANTAI RAJA SEHARI DI RENGIT

PANTAI RAJA SEHARI DI RENGIT 

Masa teman ayah balik kampung tuari aku memang request lah nak jenjalan sekali . Lepastu ayah kata ade pantai baru di declare nama nya . Wah gitu . Nama nya Pantai Raja Sehari . 

Pantai ini diberi nama sedemikian kerana ramai pengantin akan outdoor photoshoot disini . Tak jauh pun dari kampung , ayah pun bawak kitorang ke sini . Wow , nak masuk ke pantai tu agak ke dalam sikit yer . Bukan itu sahaja , banyak monyet jugak disitu sebagai " penyambut tetamu" kata orang . Hahaha .
Kebetulan tu pulak kitorang pergi waktu tengah panas berdenting . Aku salute betul orang yang meniaga kat situ . Weh panas bahang dia dasyat tau . Dekat sini ade jugak aku nampak yang berkelah , serta ade jugak yang pacak khemah dan bentangkan khemah . 

Makanan yang dijual kat sini okay lah macam -macam jugak ! Aku try juga coconut shake tapi tu lah  agak kureng sebab dia letak santan . First time aku rasa coconut shake letak santan . Nasib ade beli air lain jugak . Kah ! 
Tempat memang sesuai lah untuk outdoor photoshoot wedding . Cuma tu lah , aku je yang tak kawen lagi , jadi nya amek berkat lah orang kata. Tu mungkin penyebab boleh sampai ke sini . Hahaha . 

BELAJAR NAIK BASIKAL

BELAJAR NAIK BASIKAL

Semenjak dua menjak aku dah bersemangat nak capai 5000 langkah setiap hari , jadinya kadang tak sempat pagi ..petang la aku buat . Apa yang aku buat ? Berjalan keliling di sekitar kawasan perumahan je . Aku tak ada lah nak ke tempat ramai orang sangat . 

Bersyukur juga la sebab dapat kejiranan yang baik dan selesa untuk aku berjalan kaki serta berjoging . Oleh itu , petang-petang kan bebudak ni tak sekolah . Main basikal la . Entah macam mana tetiba ada yang nak ngikut sekali . Ya Allah yang si kecik Tengku ni dahla pegang phone mak dia . Iphone kot !  Dia boleh letak je dalam bakul basikal dia macam tak ade ape . 
Aku suruh dia letak bagi dekat mak dia. Bahaya kot . Dapat lah kitorang pusing 3 round dan cukup 5000 langkah aku pada ketika itu . Si Zikry tu pandai bawak basikal jadinya dia yang ajar Farisya dan Tengku . Teringat aku masa zaman kanak-kanak dulu masa first time nak bawak basikal . 

Untuk sekarang ni , rasanya aku banyak aktiviti-aktiviti yang macam gini jela . Lagipun tak pergi ke tempat sesak dan ramai orang . Masa tengok semangat diorang nak bawa basikal tu , itulah sebenarnya gambaran kehidupan kita . 
Untuk lakukan sesuatu yang baru memang susah . Tapi bila dah lama-lama kita dah pandai kayuh kita akan rasa nak bawak laju je . We need to keep moving forward...