DIAM , TENGOK MOVIE SAMPAI PUKUL 4 PAGI

Assalamualaikum. Eh berapa lama tinggal blog ni ? Hahhahaa ...Boleh dikatakan aku banyak senyap.. Diam .. Membisu..dari sosial media .. Entah lah .. Gini rupanya rasa orang yang suka bercakap bila senyap . Hahahaha ... 

Kembali lagi update di blog ini. Cian dia ehk.. Kalau dia boleh bercakap mahu dia cakap kat aku " Awak saya merajuk dengan awak... awak ni suka suka je nak tinggal saya...suka suka je nak datang get back dekat saya.." Hahahaha.. 

By the way , i baru install apps Viu.. Kah kah .. Best jugak weh.. Jadinya kalau aku senyap tu sebab banyak marathon movie or drama la. Hahaha. Apakah cerita pertama yang i tengok di apps Viu tu ? 

Cerita Matt & Mou ..Movie dari Indonesia.. Aaaaa best juga. Aku ni dahla suka love story. Jadinya .. Why not.. Kita marathon a lot and lot of love story . Chingg!! Tiber.. 

By the way , i drop you my youtube .. Click and view my videos. Okay! Till the next udpate ~~~

Girls ! Macam mana korang handle period pain ?

Girls ! Macam mana korang handle period pain? 

So, semalam ada anak jiran aku bertanya this kinda of questions "Kak Ain period dua kali ke dalam sebulan?" . Jawapan yang aku bagi ialah "Tak.. sekali je .. biasanya dalam seminggu je tapi hari ke 4/5 dah start kering darah nya.." Tambah lagi jawapan yang aku kasi .. " Bergantung juga pada orang tu .. "

Soalan seterusnya "memang kena ke datang period time waktu umur sekarang ? kalau dah sekolah menengah tak datang period tu macam mana ?" by the way , aku rahsiakan identiti siapa yang bertanya ni dan aku ubah sedikit cara soalan tu . 

Aku jawab " Semuanya bergantung pada orang tu ..setiap tubuh badan kita ni kan berbeza-beza" "Kak Ain nak awak enjoy je dulu childhood awak ... biarlah awak jadi diri awak yang sekarang ni masih main-main dan gelak-gelak ". 

"Ada kawan saya asyik tanya saya je ..saya dah period ke belum". Hahahha . Nampak   topik ini harus diberi pendidikan yang menyeluruh terutama sekali kepada yang berumur darjah 4 ke atas . Tolong la kita yang dewasa ni ... Please give them a good knowledge. 

Macam mana nak cari pad yang sesuai , tanya anak-anak kecil ni darah diorang keluar banyak mana supaya senang nak pilih pad , cara pakai pad , macam mana nak handle emosi ketika period ! 

Sentuh tentang macam mana nak handle ni pun complicated kan . Aku yang dah doplohsembilan tahun dan tahun depan tiga puluh pun masih tak boleh handle . Tapi badan aku ni dia selalu bagi signal beberapa hari sebelum nak period .

Aku biasanya akan rasa sakit sebelum dan hari awal-awal period . Sakit ni macam sakit kat pinggang , craving entah apa benda makanan entah .. hahaha , badan rasa lesu  , lepastu haus je asyik nak minum air , cepat penat . Tapi aku tak la seteruk sampai nak kena telan ubat.

Kalau tengah awal period tu biasanya aku akan banyak senyap , dan banyak dengan dunia aku sendiri . Sebab emosi tengah tak stabil kan jadinya kita senyap aje la . Lepastu aku banyak tidur dan i jarang akan workout at that time . Tu jela yang aku buat to handle diri sendiri . Bukan itu sahaja , aku banyak tolerate dan cuba faham diri sendiri pada waktu ni . Kalau kita faham kita mudah nak bagi signal dekat oramg sekeliling yang kita tengah dalam not in a good mood.

So , untuk gurls semua...macam mana korang handle this situation ? Tapi untuk lelaki pun if ade opinion youre welcome to say it .. Topik ini sebenarnya tak perlu malu pun malah ianya memang topik untuk kaum wanita .. Aku pulak dahla tak suka subjek sains , jadi nya rasa susah nak terangkan pada anak-anak jiran tentang period cycle ni . Hahaha .. 

Dulu makan single chicken chop, sekarang makan double chicken chop .. Tapi ..

Dulu makan single chicken chop, sekarang makan double chicken chop .. Tapi ..

Sebelum ni aku pernah story dalam blog ni tentang makan chicken chop RM 3 . Tak sangka pula posting tu mendapat tarikan dan menjadi antara popular entry dekat blog akuainkausiapa ni . Kisah nya simple je iaitu makan ciken chop dengan anak jiran yang bernama Asyira . 

Cuma nya dulu-dulu makan yang single berharga RM 3 sekarang dah ada yamg double berharga RM 6 . Portion nya lagi banyak . Petang haritu , kitorang repeat lagi makan . 
Tempat ciken chop ni pon dah berubah yang mana dulu nya dekat sangat dengan kawasan rumah sekarang dah berpindah di jalan yang lain . Waktu pun dah berubah kalau dulu-dulu craving time malam pun boleh dapat . Sekarang tak . 

Kebetulan haritu Asyira ajak teman kan dia pergi ke kedai buku dan aku pulak kalau petang-petang lebih suka beriadah , jadinya lepastu lepak la sekejap di taman permainan . Nampak ramai budak-budak bermain basikal kat situ . 
Teringat pula posting 2 tahun lepas , dulu makan ciken chop single tapi single lah . Sekarang di tahun 2020 makan double pun masih single ! Hahahahahhaa . Alaa , sendu nya rasa ! Mungkin belum diberi Rezeki Jodoh dari Tuhan . 

Ada beza ke rasanya ? Rasa ciken chop tu masih je sama cuma feel dia berbeza la sebab lokasi dah berubah . Kalau dulu boleh je jalan kaki sekarang boleh je jalan kaki cuma kena melintas jalan besar la untuk ke seberang jalan yang lain . Jauh sikit dari kawasan rumah . Hahaha . Dah la dekat dengan rumah crush kita . EH ! 

Kadang -kadang kita tak perlu pun makanan yang mahal untuk create the best moments . Cukup pada keadaan yang kita selesa pada ketika itu . Terima kasih Asyira eh Mak Asyira belanja kite .