KENAPA BILA NAK KURUS ASYIK RASA LAPAR ?!?!?!

KENAPA BILA NAK KURUS ASYIK RASA LAPAR ?!?!?!

Okay .. benda ni yang aku tengah lalui sekarang .. Serius lah weh.. Aku dah tekad nak strict kan lagi pemakanan dan workout. Sebab semenjak dua menjak ni aku rasa macam berat dah naik. Mungkin sebab banyak duduk tak bergerak . 

TAPI. 

Tu la , otak ni macam automatik hantar signal dekat perut yang tuan badan ni tengah nak kawal pemakanan. Hahaha. Weh dasyat tau rasa lapar tu .. 

ATAUPUN ....

Sebab aku dah jarang breakfast. Aku selalu start makan pukul 12 nak ke pukul 1 tengah hari. Sistem tidur aku pun lately ni makin teruk . Orang cakap kalau tak breakfast memang akan terasa lapar nak mamposs sangat kan .. 

Benda ni yang aku risau. Risau sangat sebab dulu-dulu aku ade perangai tak sarapan pagi . Jenis konon buat intermittent fasting lah . TAPI aku siap lajak sampai lewat makan . 

End up aku demam dan sakit sampai aku teringat pesan jiran " Ain tak jaga waktu makan ehk?" Allah .. This time happen again. Alamakkkk... aku kena ubah balik perangai buruk ni. 

Aku punya level lapar . Hahahaha.. Yang tahu je tahu .. Aku akan rasa gigil dan sakit kepala .. TAPI terpaling teruk ialah aku akan macam badmood la. Hahaha.. teringat dekat arwah Halim (kawan baik aku) dia cakap , "Korang jangan bagi ain lapar... bila dia lapar.... aku sampai tak kenal dah Ain ni siapa" HAHHAHA .

OKAY , berbalik kepada tajuk.. Doakan aku keep on track semula .. At least aku nak keluar dari obesiti je dulu . Penat la jadi penyumbang angka ORANG OBESITI DI MALAYSIA ni .. 

Yela , aku pendek berat kemain banyak. Hahaha . BMI komfom komfom lah tunjuk OBESITI .. Cuma tak seteruk over obesiti la .. Mintak jauh ~~~~ SIKit je lagi ain nak cun melecun kurus ... JANGAN GIVEUP NUR FARAHAIN!!!!!!

Doakan saya okay❤️

DIAM , TENGOK MOVIE SAMPAI PUKUL 4 PAGI

Assalamualaikum. Eh berapa lama tinggal blog ni ? Hahhahaa ...Boleh dikatakan aku banyak senyap.. Diam .. Membisu..dari sosial media .. Entah lah .. Gini rupanya rasa orang yang suka bercakap bila senyap . Hahahaha ... 

Kembali lagi update di blog ini. Cian dia ehk.. Kalau dia boleh bercakap mahu dia cakap kat aku " Awak saya merajuk dengan awak... awak ni suka suka je nak tinggal saya...suka suka je nak datang get back dekat saya.." Hahahaha.. 

By the way , i baru install apps Viu.. Kah kah .. Best jugak weh.. Jadinya kalau aku senyap tu sebab banyak marathon movie or drama la. Hahaha. Apakah cerita pertama yang i tengok di apps Viu tu ? 

Cerita Matt & Mou ..Movie dari Indonesia.. Aaaaa best juga. Aku ni dahla suka love story. Jadinya .. Why not.. Kita marathon a lot and lot of love story . Chingg!! Tiber.. 

By the way , i drop you my youtube .. Click and view my videos. Okay! Till the next udpate ~~~

Girls ! Macam mana korang handle period pain ?

Girls ! Macam mana korang handle period pain? 

So, semalam ada anak jiran aku bertanya this kinda of questions "Kak Ain period dua kali ke dalam sebulan?" . Jawapan yang aku bagi ialah "Tak.. sekali je .. biasanya dalam seminggu je tapi hari ke 4/5 dah start kering darah nya.." Tambah lagi jawapan yang aku kasi .. " Bergantung juga pada orang tu .. "

Soalan seterusnya "memang kena ke datang period time waktu umur sekarang ? kalau dah sekolah menengah tak datang period tu macam mana ?" by the way , aku rahsiakan identiti siapa yang bertanya ni dan aku ubah sedikit cara soalan tu . 

Aku jawab " Semuanya bergantung pada orang tu ..setiap tubuh badan kita ni kan berbeza-beza" "Kak Ain nak awak enjoy je dulu childhood awak ... biarlah awak jadi diri awak yang sekarang ni masih main-main dan gelak-gelak ". 

"Ada kawan saya asyik tanya saya je ..saya dah period ke belum". Hahahha . Nampak   topik ini harus diberi pendidikan yang menyeluruh terutama sekali kepada yang berumur darjah 4 ke atas . Tolong la kita yang dewasa ni ... Please give them a good knowledge. 

Macam mana nak cari pad yang sesuai , tanya anak-anak kecil ni darah diorang keluar banyak mana supaya senang nak pilih pad , cara pakai pad , macam mana nak handle emosi ketika period ! 

Sentuh tentang macam mana nak handle ni pun complicated kan . Aku yang dah doplohsembilan tahun dan tahun depan tiga puluh pun masih tak boleh handle . Tapi badan aku ni dia selalu bagi signal beberapa hari sebelum nak period .

Aku biasanya akan rasa sakit sebelum dan hari awal-awal period . Sakit ni macam sakit kat pinggang , craving entah apa benda makanan entah .. hahaha , badan rasa lesu  , lepastu haus je asyik nak minum air , cepat penat . Tapi aku tak la seteruk sampai nak kena telan ubat.

Kalau tengah awal period tu biasanya aku akan banyak senyap , dan banyak dengan dunia aku sendiri . Sebab emosi tengah tak stabil kan jadinya kita senyap aje la . Lepastu aku banyak tidur dan i jarang akan workout at that time . Tu jela yang aku buat to handle diri sendiri . Bukan itu sahaja , aku banyak tolerate dan cuba faham diri sendiri pada waktu ni . Kalau kita faham kita mudah nak bagi signal dekat oramg sekeliling yang kita tengah dalam not in a good mood.

So , untuk gurls semua...macam mana korang handle this situation ? Tapi untuk lelaki pun if ade opinion youre welcome to say it .. Topik ini sebenarnya tak perlu malu pun malah ianya memang topik untuk kaum wanita .. Aku pulak dahla tak suka subjek sains , jadi nya rasa susah nak terangkan pada anak-anak jiran tentang period cycle ni . Hahaha ..