Aaaaa... Tacodd nya..

Aaaaa... Tacodd nya.. 

Kisah 52 Hari ini..." My Biggest Fears" . Okay. lets keep in short and simple. Marilah kita senaraikan satu persatu ketakutan yang dihadapi oleh Nur Farahain sepanjang hidup nya.. Hahaha .

1) Geli dengan ular 
Okay , jujurnya aku memang geli wehhhh. Alaaaaaaa, walaupun pergi zoo ular tu tengah tidur pun aku tetap geli. WEH ..eeeee..sambil menaip ni pun dah rasa geli. Kalau tengah tengok tepon sekali ternampak ..video ular HAHAHA .memang cepat-cepat skip. Pernah sekali ternampak video ular , aku siap mintak member tolong tutup video tu dekat tepon aku. Hahahahha.

2) Lemas tak pandai berenang
Yezza...sebab aku pernah lemas. Hahha. Lagipun aku kan rabun , kalau dapat hilang rabun nanti..memang nak fight this fears. Aku suka tengok orang pandai berenang. Rasanya ketakutan yang ni mungkin akan dapat dibuang


3) Terlambat
Aku jenis kalau macam yang kena ontime ke , aku ade adrenaline yang dasyat. Contoh macam kena ada dekat tempat tu pukul 8 . Tapi pukul 7:30 aku masih tak bergerak. Haaa mula lah neves aku tu datang. Dia punya adrenaline tu sampai boleh kelam kabut tau. Pastu mesti asyik rasa nak terkencing. Kalau macam travel ke kan naik kapal terbang , bas ke ..aku mesti macam neves weh. Tak tahu la kenapa. Hahaha. Padahal dah kencing dah, tapi terasa lagi dan lagi nak kencing. Hahaha.

4) High expectation
Mesti orang pelik kan "high expectation" pun aku kategorikan sebagai ketakukan aku . Seriuss weh , aku punya level high expectation ni jangan main-main. Lagi pula kalau dengan kawan-kawan dan orang yang rapat. Aku cuba juga untuk kawal habit aku ni. Sebab nanti aku akan rasa frust kalau tak dapat that moment. 

5) Kehilangan orang yang tersayang
Lastly , yang ni..Alaaa sedihnya..aku dah hilang ramai juga yang aku sayang. Bukan senang nak hilangkan perasaan takut yang ni. Bukan sehari dua kadangnya bertahun-tahun baru boleh dirawat . Lain weh perasaan hilang yang ni. Lepas ibu meninggal , aku selalu doa supaya aku dapat suami dan mak dia akan sayang aku macam dia sayang anak dia . Rasa kasih sayang seorang mak ni lain maciam weh. 


Cukuplah 5 ketakutan aku ni. Korang takut pada apa ? 

GELANG MAMI JARUM ... Tudia !!

GELANG MAMI JARUM ... Tudia !!

Topik 52 Hari ni ialah bertajuk " My Biggest Fashion Accessories " . Aksesori ni macam gelang , rantai , cincin , ear ring dan bermacam lagi. Well , perempuan kan.. mesti lah always nak nampak terpalinggg cantik . Hahaha .

Aksesori yang paling aku suka sekali ialah bracelet atau dalam bahasa melayu nya gelang tangan . Dulu-dulu pernah lah kejap buat bisnes bracelet , siap dah nak deal dekat website Taobao dan Alibaba untuk bawak masuk latest design dekat sini. Tapi , bisnes tu terhenti. Aku rasa sebabnya aku ni bukan typical fashionista gituww. Yelah , bab pesyen ni kelaut kot.
"I just love it ! " Tu tak cukup kuat kalau kau tak betul-betul hadam setiap details fashion. Fashion ni pula dia trending . Kalau lambat habis stok kau tersimpan bawah katil je nanti. Anyway , kenapa aku suka gelang ? Aku suka sebab aku boleh nampak , boleh belek-belek dan dia macam kalau bergambar kan , gelang tu boleh jadi barang untuk di highlight . Kau tengok jela cerita mami jarum , tu dia.. bab tayang gelang dah sampai ke lengan pegi nya.. Sebab apa ? ianya mudah terlihat dari pandangan mata manusia. 
Kalau perempuan bertudung pakai rantai dah tak nampak , cincin pula kecik .. So , gelang je la boleh dijadikan bahan menunjuk. HAHAHA . Korang boleh tengok sekarang macam mana obses nya perempuan kalau masuk kedai emas . Astagfirullah , gelang yang paling besaq dan tebai tu la menjadi pojaaan hati ~~~ Selagi hat tak besaq tu...dia tak mau.. Nanti takdan nak tunjuk kat orang.. HAHAHHAHA (sila baca gaya mami jarum) 
Aku punya bracelet semua nya murah-murah je stok pasaq malam kedai tepi jalan je kak long oi~~~ . Kita belum level mami jarum.. Hahahha . Boleh tengok gambar-gambar aku. Berangan juga nak ada koleksi gelang dari jenama Pandora , Swarovski , Tifanny & Co . Aaaaaa... Insyallah..

Uollss ade ke gelang mami jarum ? 😜

"Aku Takde Masa ..."

"Aku Takde Masa ..."

Untuk kisah 52 Hari ni membawa topik Time Management atau dalam bahasa melayu pengurusan masa. Sejujurnya , semenjak pkp bulan mac lalu dilaksanakan , aku sedar yang sistem pengurusan aku makin teruk . Bukan itu sahaja , penyakit insomnia tu datang balik. Aku jadi pemalas dan tak bersemangat macam Nur Farahain yang sebenar . 

Bila dah nak habis 2020 ni baru aku perasan , aku tak boleh dah macam gini . Sebab tu juga , aku start buat blog challenge ni. Bila aku buat , aku akan set dekat mind aku , " i need to write.. to complete the days" . Aku mula dulu dengan cara yang macam gini . Banyak juga cara lain yang sedang aku prektik kan . Antaranya , kurangkan portion nasi atau carbs yang diambil setiap hari . Sebab nak kurus kena buang tabiat-tabiat buruk tu. Selain itu , aku try juga ubah sistem tidur . Belajar untuk shut down telefon lebih awal . 

Kurangkan scrol social media . I realize , semakin i kurang scroll social media...semakin i dapat buat banyak benda . I start to say NO for things or people . Kalau kita rasa kita tak boleh buat atau nak spent time dengan orang..belajar lah cakap tak boleh . Say No tak bermaksud yang kita ni teruk , anti social . Cumanya ada ketika kita perlu hidup dalam norma baharu. Wahhh norma baharu kata nya. 

Actually , semalam aku ada tanya soalan ni dekat satu akak. Aku confess yang time management aku makin teruk . IDK! Nak jumpa orang pun aku dah macam tak excited macam dulu-dulu . Tiber , hari ni kena tulis pasal ni pula. Kihkihkihkih . What a coincidence ! To conclude this topic , sebenarnya DIRI KITA JE YANG BOLEH UBAH. (Cakap kuat-kuat dekat diri sendiri) 

Aku selalu percaya , dalam apa benda yang kita nak achieve .... attitude is number one ~~~ tak guna you cantik ke , you kaya ke ...tapi tingkahlaku teruk dan tak berdisplin.. Memang at the end kelaut jugak nanti..

Sebenarnya kita ada je masa.. yang selalu cakap takde masa tu.. sebenarnya dia perlu adjust timing sendiri so that 24 jam setiap hari tu rasa cukup je yang Tuhan berikan .

Korang...cam mane handle masa korang ?Komen komen ...nak juga baca pandangan korang..