Aaaa.. Malu nyeww ..Kenapa jadi kat aku ?!

Aaaa.. Malu nyeww ..Kenapa jadi kat aku ?!

Kisah 52 Hari ni tentang " My Embarrassing Moments" atau dalam perkara yang memalukan. Hahaha. Okay aku akan story beberapa cerita .Ayuh.. memalukan diri sendiri.. HAHAHA. 

1) Terambil kerus pakcik! 
Kisah ni masa aku , Huda dan Didi keluar . Kitorang hangout and makan dekat B5 Street Market . Okay masa tu ramai gila orang i think sebab weekend kot . Hahaha. Kalau yang pernah pergi B5 maybe boleh relate dengan situasi ni yang mana orang penuh dan tempat duduk tak cukup. Tetiba aku ternampak satu tempat tu tapi cuma satu kerusi je , ingatkan tak ade orang yang duduk situ . Sekali datang pakcik tu " Eh..letak balik kerusi tu ...tak nampak ke orang punya" . LIKE OMG!!! Aku kena sound gitu je. Aku pun "oh yeke..... sorry pakcik" (dengan nada pura-pura sorry) Hahahhaa. Setepek aku kena. Lepas kitorang dah dapat tempat , aku cakap dengan didi and huda untuk tukar tempat , sebab aku tak boleh ngadap muka pakcik tu. HAHAHA . Dah la nak makan , lepastu kena sound pulak. Hahaha. 

2) Crush dekat BF member
Okay , kisah ni last year where by aku tercrush dekat sorang mamat ni . Dia bukannya level crush teruk tapi suka tengok gitu je la . Tapi terusha kejap la waktu tu. BAHHAHAHAHAHAHA . Mula-mula tak tahu pun tu boyfriend member sampailah dia ada post story . LIKE OMG . Alamak... okay aku buat rileks je macam tak ada apa berlaku. Pastu kekadang kan aku suka post pasal jodoh la , lelaki kiriman tuhan la ..kadang tu member tu reply story aku.. Dia pun cerita la pasal bf dia. Siap bagi IG bf dia kot kat aku .. Aku masih wat rileks je . Sampai sekarang benda ni tak kantoi lagi .. Alamak.. hahaha. TAPI aku just suka gitu je ..tak betul-betul fallin in love , yang aku fallin in love tu RAHSIA. Hahaha. 

3) Ingatkan dia BLOCK aku ! 
Okay , ni pasal the guy yang i fallin in love betul. Aku text la dia pepanjang semua. pastu jenis aku pula lepas text tu rasa neves terus off internet. Hahahah . Sekali aku on lepastu rasa pelik kenapa macam ada mesej tu tak delivered. so aku ingat dia macam block aku lah. Rupanya kan... HAHAHA.. Aku kan off Internet lepas sent tu..jadinya mesej yang tu tak delivered lah kat dia . Hahaha . Mesej yang first je tak delivered ..lepastu dia reply " Sorry if this annoys you". (Siott....tuh ayat aku penah bagi kat dia.. Eh dia nganjing aku balik) 

Cukuplah 3 jer perkara yang memalukan telah berlaku kepada diri aku ... Actually ade je lagi , tapi aku dah tak ingat ... Yang ni je terpaling aku ingat untuk sekarang ... Awas yer , jangan silap usha ...takut ter usha bf member. BAHHAHAHAHAHAHA .

Aaaaa... Tacodd nya..

Aaaaa... Tacodd nya.. 

Kisah 52 Hari ini..." My Biggest Fears" . Okay. lets keep in short and simple. Marilah kita senaraikan satu persatu ketakutan yang dihadapi oleh Nur Farahain sepanjang hidup nya.. Hahaha .

1) Geli dengan ular 
Okay , jujurnya aku memang geli wehhhh. Alaaaaaaa, walaupun pergi zoo ular tu tengah tidur pun aku tetap geli. WEH ..eeeee..sambil menaip ni pun dah rasa geli. Kalau tengah tengok tepon sekali ternampak ..video ular HAHAHA .memang cepat-cepat skip. Pernah sekali ternampak video ular , aku siap mintak member tolong tutup video tu dekat tepon aku. Hahahahha.

2) Lemas tak pandai berenang
Yezza...sebab aku pernah lemas. Hahha. Lagipun aku kan rabun , kalau dapat hilang rabun nanti..memang nak fight this fears. Aku suka tengok orang pandai berenang. Rasanya ketakutan yang ni mungkin akan dapat dibuang


3) Terlambat
Aku jenis kalau macam yang kena ontime ke , aku ade adrenaline yang dasyat. Contoh macam kena ada dekat tempat tu pukul 8 . Tapi pukul 7:30 aku masih tak bergerak. Haaa mula lah neves aku tu datang. Dia punya adrenaline tu sampai boleh kelam kabut tau. Pastu mesti asyik rasa nak terkencing. Kalau macam travel ke kan naik kapal terbang , bas ke ..aku mesti macam neves weh. Tak tahu la kenapa. Hahaha. Padahal dah kencing dah, tapi terasa lagi dan lagi nak kencing. Hahaha.

4) High expectation
Mesti orang pelik kan "high expectation" pun aku kategorikan sebagai ketakukan aku . Seriuss weh , aku punya level high expectation ni jangan main-main. Lagi pula kalau dengan kawan-kawan dan orang yang rapat. Aku cuba juga untuk kawal habit aku ni. Sebab nanti aku akan rasa frust kalau tak dapat that moment. 

5) Kehilangan orang yang tersayang
Lastly , yang ni..Alaaa sedihnya..aku dah hilang ramai juga yang aku sayang. Bukan senang nak hilangkan perasaan takut yang ni. Bukan sehari dua kadangnya bertahun-tahun baru boleh dirawat . Lain weh perasaan hilang yang ni. Lepas ibu meninggal , aku selalu doa supaya aku dapat suami dan mak dia akan sayang aku macam dia sayang anak dia . Rasa kasih sayang seorang mak ni lain maciam weh. 


Cukuplah 5 ketakutan aku ni. Korang takut pada apa ? 

GELANG MAMI JARUM ... Tudia !!

GELANG MAMI JARUM ... Tudia !!

Topik 52 Hari ni ialah bertajuk " My Biggest Fashion Accessories " . Aksesori ni macam gelang , rantai , cincin , ear ring dan bermacam lagi. Well , perempuan kan.. mesti lah always nak nampak terpalinggg cantik . Hahaha .

Aksesori yang paling aku suka sekali ialah bracelet atau dalam bahasa melayu nya gelang tangan . Dulu-dulu pernah lah kejap buat bisnes bracelet , siap dah nak deal dekat website Taobao dan Alibaba untuk bawak masuk latest design dekat sini. Tapi , bisnes tu terhenti. Aku rasa sebabnya aku ni bukan typical fashionista gituww. Yelah , bab pesyen ni kelaut kot.
"I just love it ! " Tu tak cukup kuat kalau kau tak betul-betul hadam setiap details fashion. Fashion ni pula dia trending . Kalau lambat habis stok kau tersimpan bawah katil je nanti. Anyway , kenapa aku suka gelang ? Aku suka sebab aku boleh nampak , boleh belek-belek dan dia macam kalau bergambar kan , gelang tu boleh jadi barang untuk di highlight . Kau tengok jela cerita mami jarum , tu dia.. bab tayang gelang dah sampai ke lengan pegi nya.. Sebab apa ? ianya mudah terlihat dari pandangan mata manusia. 
Kalau perempuan bertudung pakai rantai dah tak nampak , cincin pula kecik .. So , gelang je la boleh dijadikan bahan menunjuk. HAHAHA . Korang boleh tengok sekarang macam mana obses nya perempuan kalau masuk kedai emas . Astagfirullah , gelang yang paling besaq dan tebai tu la menjadi pojaaan hati ~~~ Selagi hat tak besaq tu...dia tak mau.. Nanti takdan nak tunjuk kat orang.. HAHAHHAHA (sila baca gaya mami jarum) 
Aku punya bracelet semua nya murah-murah je stok pasaq malam kedai tepi jalan je kak long oi~~~ . Kita belum level mami jarum.. Hahahha . Boleh tengok gambar-gambar aku. Berangan juga nak ada koleksi gelang dari jenama Pandora , Swarovski , Tifanny & Co . Aaaaaa... Insyallah..

Uollss ade ke gelang mami jarum ? 😜