If i could eat one last meal...


If i could eat one last meal...

Diam tak diam hari ni dah masuk hari ke 21 kisah 52 Hari . WOW !!! Im so proud of myself .. Semoga ain boleh menulis sehingga tamat hari ke 52 . Jadi , untuk topik hari ni ialah tentang if i could eat one last meal .. Apakah meal tersebut.. ?

Satu je ehk boleh pilih ? Kenapa tak boleh pilih banyak ? Hahahaha . Patut la kau gemok tak kurus kurus . Bab makan tak boleh nak pilih satu je . Hahahaha . Tapi kalau diberi pilihan untuk memilih hanya satu... Aku pilih buah-buahan . 

Serius la kau Ain???? Hahahha . Serius . Sebab aku suka rasa manis yang asli , rasa masam buah yang pior betul .. Jadi , sebabtu aku pilih buah-buahan . Kalau ade dessert dan topping atas dia buah , aku mesti rembat buah tu dulu . Eeee , geram nengok betapa kalerful nya buah-buahan . 

Bukan sebab gaya hidup sihat tau , tapi aku memang sebenarnya suka the originality of taste gituwwww . Kalau pergi pasar kan , mata aku memang geram je nengok buah-buahan . 

Teringin sangat nak sampai satu level , setiap hari mesti makan dua tiga jenis buah-buahan ..

11 Movie Favourite Aku .. *WAJIB TONTON*

11 MOVIE FAVOURITE AKU ..Wajib Tonton

Kisah 52 Hari ni mengangkat topik "My Favourite Movies". Okay , 11 movie ni terpaling aku minat . Boleh dikatakan dah banyak kali ulang tengok sebab dah nama pun favourite kan . Biasanya movie-movie ni , aku pasti akan rekomen pada orang untuk tengok. So , here we go .. Aku list 11 je la okay .

1) 27 Dresses
Ya Allah , kalau la tahu betapa obses nya aku pada movie ni . Sebab aku selalunya , memang akan bersungguh gila bila jadi bridesmaid. Aaaa ... tolong la tengok ! This movie . 
2) Confessions of shophaholic
Aaaaaaaa, yang ni pun terpaling suka . Sebab dulu aku jenis shophaholic. Masa awal-awal ada banyak duit . So , kepada siapa yang gila shopping sampai sanggup berhutang tu , please tengok movie ni. 
3) Barcelona Untold Love Story
Okay , yang ni pula movie Philippines . Homaigodddssss , sumpah this movie best teruk . Macam mana kehidupan pilipino di Barcelona . 
4) Can't Help Falling in love
Aaaaaaa, dalam cerita ni diorang tak sengaja "terkahwin" dan diorang nak putuskan hubungan perkahwinan tu secara legal . Tapi lepastu , rupanya both of them fallin in love . Aaaaaaaaaaa~~~~ tolong tengok this movies . Okay dah berapa banyak kali aku suh tolong tengok this movie ni. 
5) A little things call love 
Pshone. Hahahaha . Astaga , teringat zaman remaja dulu suka gila this movie . Baru la aku tahu kenapa dia panggil P. P tu dalam bahasa Thailand "abang". Aku ingatkan nama dia memang ada P dekat depan. Hahaha . Kalau suka tengok love story zaman sekolah , so korang boleh la layan this movie. Perempuan tu dulu buruk kot dia suka dekat lelaki hensem , at the end .... jeng jeng jeng . 
6) Bangkok Traffic Love Story
Aaaaaa ....movie Thailand lagi. Asyik love story je kan..Aaaaa itulah kegemaran seketul Nur Farahain. Okay , this movie pula perempuan tu mabuk and dia drive balik sampai la accident dan seorang lelaki ni selamatkan dia . So , the love story begin . Apa yang bestnya pasal movie ni dia banyak cerita tentang public transport di Thailand . 
7) Everyday I Love You
Okay , ni movie Pilipino .. Aku suka story line movie ni sebab dia berkisarkan tentang perempuan yang duduk di kampung dan suka buat video . Setiap hari perempuan tu buat vlog. Sampai la dia berjumpa dengan one guy ni yang kena transfer untuk handle productions tv di tempat perempuan tu. 
8) The Proposal
Okay , kembali semula dengan movie omputih . Perempuan ni jadi bos kepada laki tu dan perempuan tu "gunakan" lelaki tu untuk kahwin dengan dia sebab nak dapatkan visa . So , lelaki tu ajak la balik ke kampung dia. Rupa-rupanya lelaki tu anak orang kaya di kawasan tu .. Kiranya macam satu keturunan orang kaya . Perempuan tu rasa keluarga lelaki ni baik sangat dan tanpa sedari diorang dah jatuh cinta . Tapi.... perempuan tu lari masa hari perkahwinan.
9) The Internship
Okay , ni kisah motivasi. Kisah prektikal di Google . Selalunya yang intern kan budak muda tapi yang ni macam dah late 30- 40 series people . Bestnya movie ni selain daripada kita boleh tengok advantage bekerja di pejabat Google , movie ni juga menerapkan konsep teamwork . Kalau korang tengah give up , boleh la tengok this movie.
10) Bad Genius 
Okay , movie ni kalau siapa jenis cepat neves , hati-hati . Hahahaha. Sebab tengok movie ni , dia punya adrenaline woi...kemain dasyat . Please watch ! Gila weh dia punya feel.
11) Christopher Robin
Okay last movie ni tentang kisah anak patung Winnie the Pooh . Aku pernah tulis pasal ni . 

Itu sahaja top 11 movie kegemaran aku. Rasanya ada je lagi ... 

OCD ? Apa itu OCD ?

OCD ? Apa itu OCD ? 

Kisah 52 Hari ini dah pun masuk hari ke 19 . Dapat pula tajuk "My OCD habits". Sebelum tu , meh kita google dulu apa sebenarnya maksud OCD . 

OCD bermaksud Gangguan obsesif-kompulsif (OCD) adalah gangguan di mana orang mempunyai pemikiran, idea atau sensasi (obsesi) yang berulang dan tidak diingini yang membuat mereka merasa terdorong untuk melakukan sesuatu secara berulang (paksaan). Ada yang mengatakan OCD ni satu mental illness . 

Aku terfikir apa benda nya OCD yang ada dalam hidup aku . Tapi , kalau aku senaraikan pun , adakah itu sebenarnya OCD atau pun bukan . Isu nya OCD ni macam penyakit cerewet ke ?. Atau pun sebenarnya perfectionist ?. 

Tapi sesetengah orang bangga yang dia ada OCD . Actually , kadangnya bukan OCD pun tapi lebih kepada habit je . Ada yang aku baca OCD ni bahaya kalau tak dicegah . 

Jadinya , untuk kali ni ..aku rasa bukanlah untuk merungkaikan aku ni OCD ke tak.. tapi aku nak berkongsi yang habit aku kearah "insecure" mungkin. 

1) Pembersih 
Aku jenis geli sikit kalau tengok toilet kotor sampai sanggup tahan kencing. Kah! Aku memang jenis hygiene sikit kalau yang ni . Sanggup flash banyak kali , jirus apa semua dulu baru aku kencing. Kalau macam toilet tu dah tinggal lama tak digunakan , arwah ibu pesan bersihkan dulu ..jirus dulu .. Sebab kiranya macam adab la walaupun dekat toilet. Sebab tu aku choosy sikit kalau bab tandas . Nasib la dekat mall banyak toilet dah bersih kan. 

Satu lagi kalau dekat surau , aku macam allergic sikit bau kepam . Hahaha. Dari sebelum covid lagi , aku memang selalu bawak telekung sendiri . Sebab aku tak berapa selesa bila terbau kepam telekung dekat surau tu . Nanti aku macam geli-geli je rasa . Hahaha . Bukan OCD kan ni...tapi lebih kepada "take serius" dengan perkara yang macam gini .

2) Kalau jemur baju mesti proper
Benda ni maybe sebab arwah ibu yang ajar . Aku pantang kalau salah guna hanger. HAHAHA . Selalu abang aku tula dia main hentam je jemur baju. Aku pula jenis akan sakit mata tengok. Tapi , tula baju sendiri je aku ubah kalau baju dia..lantakla . Hahhaa . Aku selalu tukang lipat baju je . Tapi aku ni tak ada la nak kena susun ikut color coding , lipat kena teratur . Hentam keromo juga . Sebab tu aku cakap , aku belum level cerewet sangat. Hehehe.

3) Dah tutup suis ke belum tu ?.
OKAY yang ni nampak sikit lah penyakit insecure aku . Aku selalu akan make sure dua tiga kali sama ada dah switch off ke belum . Kadang dah cuba buang , tapi still macam tangan tu tetap nak meraba-raba suis tu dah tutup ke belum. Mungkin aku jenis tak suka membazir karen. Hahaha. 

Ade lagi ke ? Aku ni tak cerewet weh .. Aku ni perempuan simple .. Janji aku rasa happy dan selesa settle .. Korang ade ke tabiat OCD tu ? Tapi kesian tau kalau yang ada OCD atau perfectionist ni .