What i spend MONEY on ..


What i spend MONEY on ..

Homaigodddssss.. permulaan ayat yang terbaik untuk diri ini ialah ... TAHNIAH !! Sebab diri ini menjadi kosisten untuk meneruskan blog challenge 52 Hari . Ya Allah macam tak sangka hari ni dah masuk hari ke 23 . Maksudnya berbaki lagi 29 hari sahaja lagi .

Topik hari ini seperti yang korang dah nampak..what i spend money on. Sudah semestinya lah pada makanan . Mostly memang banyak pada makanan . Hahaha ..Sebab tu masih GEMOK . Hahaha .

Orang cakap rasa berbaloi sangat bila dapat spent kan duit kita kepada makanan . Tapi , berpada-pada . Itu yang aku berpesan pada diri . Takut la tengok gaya pemakanan orang kita sekarang . Aku yang dah sedia ada gemok ni rasa serrrammm~~~

Kedua , selalunya aku akan spend duit dengan quality people . At this age kan , tak perlu woi nak spend masa kau untuk semua orang . TAK PERLU ~~~ . Pilih yang betul-betul okay dengan kita . Kalau kita spend masa dengan yang kerja nya nak enjoy je , melingkup life kau 24 jam nak enjoy habiskan duit . Aku ade kawan-kawan yang macam gitu . Tapi , bila sedar diri ini bukan la yang have have ..kita berdiam diri sahaja la .

Dulu aku jenis shophaholic ..sekarang je aku jenis berjimat-cermat ..Yelah, belum kawen kan.. Kena la start jaga kewangan . Nanti dah kawen tak kekok sangat jadi menteri kewangan. Eh , nak kawen dah ke ? 😜 HAHAHA . 

Tapi nanti-nanti bila kewangan dah mantop , nak sangat selalu travel .. Kerja nya berjalan je . Jalan sampai penat dan jalan sampai puas .. Insyallah .. Thats my dream ..

Susahnya nak kurus !!

Susahnya nak kurus !! 

Okay gais . topik 52 Hari ni ialah tentang "working on my fitness" . Aaaaaa... semalam kan aku pegi timbang berat aku . Rupanya aku masih stuck dekat 70+ kg . AAAA SEDIH .. Selama ni tak selalu timbang sebabnya dekat rumah tak ade . Tapi menurun la .

The last time aku timbang 75 plus , pastu 73 kg lebih , and semalam angka menunjukkan 72.8 KG . Aku SEDIH . TAPI , Aku belajar sesuatu .. Which is kalau nak sesuatu , aku kena work hard gila-gila . Insyallah , my target untuk sebulan ni atleast dapat pecah angka 7 tu pun dah okay . Tak sabar nak timbang and nampak angka 69 plus kg . Nampak 69 PON DAH START BERSYUKUR... 

Jujurnya , aku memang penakut nak timbang berat , sebab aku tahu ianya akan buat aku rasa kecewa . TAPI , kalau aku tak timbang , aku tak kan sedar .. Jenis aku pula kalau dah dapat figure macam gini , memang akan pulun betul-betul . Untuk yang tengah nak turunkan berat badan , aku nak advice yang ni . Jangan ikut orang ! Tengok diri sendiri .. rasa selesa kalau kita rasa macam dah longgar la baju kita pakai . Hakikatnya , kita tak betul-betul measure badan kita . Aku ni dah dua tiga hari carik tali pengukur kat rumah , eh tak jumpa pula. Hahhaha . Memang tak nak bagi ukur ke ape ?!.

Teringat dulu macam mana aku gila-gila turunkan berat aku memang measure weh . Aaaaa , memang nak comeback gila-gila semangat nak kurus tu . Semoga aku kuat .. Kalau kira-kira balik ..untuk capai berat yang ideal dengan ketinggian aku ni.. Aku kena buang lemak sebanyak 30 KG . 

30 KG untuk dihilangkan pada tahun 2021 . 

Nombor 30 kg ni harus disingkirkan .. Aku dah start sukat nasi yang aku ambil . Hanya sebesar penumbuk sahaja setiap hidangan . Mostly aku ambil nasi 2 kali je sehari . Lepastu aku nak kurangkan makan benda-benda jajan . AAAAAA , banyak yang kena kurangkan . 

Jujurnya , masa nampak angka 7 tu .. aku sedih . Timbang pulak dekat Tesco , takkan lah nak menangis kat situ. Hahahah . Eeee , aku tak sabar nak pecahkan angka 7 tu . 

Aku ni pendek , ketot. Tinggi 153 cm . What do you expect to carry berat macam gitu ? Aaaaa SEDIH WEH . Tapi , sedih pun kena ada effort kan . 

Doakan semoga Nur Farahain berjaya memecahkan angka 7 sebulan lepas ni . Insyallah , nanti aku update lagi eh Ain Kurus journey ni . Insyallah .

Kisah lama : Aku join jom kurus 


If i could eat one last meal...


If i could eat one last meal...

Diam tak diam hari ni dah masuk hari ke 21 kisah 52 Hari . WOW !!! Im so proud of myself .. Semoga ain boleh menulis sehingga tamat hari ke 52 . Jadi , untuk topik hari ni ialah tentang if i could eat one last meal .. Apakah meal tersebut.. ?

Satu je ehk boleh pilih ? Kenapa tak boleh pilih banyak ? Hahahaha . Patut la kau gemok tak kurus kurus . Bab makan tak boleh nak pilih satu je . Hahahaha . Tapi kalau diberi pilihan untuk memilih hanya satu... Aku pilih buah-buahan . 

Serius la kau Ain???? Hahahha . Serius . Sebab aku suka rasa manis yang asli , rasa masam buah yang pior betul .. Jadi , sebabtu aku pilih buah-buahan . Kalau ade dessert dan topping atas dia buah , aku mesti rembat buah tu dulu . Eeee , geram nengok betapa kalerful nya buah-buahan . 

Bukan sebab gaya hidup sihat tau , tapi aku memang sebenarnya suka the originality of taste gituwwww . Kalau pergi pasar kan , mata aku memang geram je nengok buah-buahan . 

Teringin sangat nak sampai satu level , setiap hari mesti makan dua tiga jenis buah-buahan ..