Koleksi Video Masak Youtuber Azfar Heri (Bahagian 1)

Disebabkan Ain ni merupakan peminat Azfar Heri  , jadinya kita kumpulkan sahaja video-video memasak disini . Antara video memasak yang ain pernah buat ialah Nasi Goreng Pataya . Dulu -dulu ain tak pandai tau buat nasi goreng pataya , tapi lepas menonton Youtube Azfar Heri Saya memasak , anda menonton , saya makan , anda terliur~~ Aaaa gitew . Jadinya , korang pun scroll lah sampai ke bawah ke semua video memasak Azfar Heri okay ! Selamat menonton dan terliur. hehehe . 

video First time buat kuih semperit : Ini merupakan video pertama yang dibuat oleh Azfar Heri pada tahun 2018. Masa ni intro pun tak ada lagi .


video memasak Buttermilk chicken katanya seperti Jibril . Gitew

Bahan Bahan :
  • Ayam popcorn
  • 2 sudu besar butter
  • cili api (dipotong kecil)
  • daun kari (nak rasa kari lebih masuk je banyak)
  • 1 tin susu cair.
  • 1 keping cheese (nak lebih pun boleh)
  • 1 sudu kecil garam (secukup rasa)
  • 1 sudu kecil gula (secukup rasa)

video memasak Puding roti berkuah Kastard

Bahan Bahan :
  • Roti 
  • 3 cawan susu 
  • 4 biji telur ayam
  • 4 sudu besar gula (ikut kemanisan).
  • 1 sudu teh Esen Vanila
  • Majerin disapukan ke dalam bekas
  • 4 cawan susu 
  • 4 sudu besar gula (ikut kemanisan).
  • 1 sudu teh Esen Vanila.
  • 3 sudu besar tepung Kastard

video memasak Lasagna
Bahan Bahan :

SOS MERAH 
  • 1 Biji bawang holland
  • 4 ulas bawang putih
  • Daging / Ayam kisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • sos spaghetti
  • lada benggala 
  • 1 sudu kecil garam halus

SOS PUTIH 
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum (kalau tak cukup pekat tambah satu sudu lagi hehe)
  • 2 cawan besar susu full cream
  • 3 keping cheese
  • 1 sudu kecil garam halus
  •  keju parmesan

video memasak Mac and Cheese * yang ni terliur betul ain tengok 

Bahan Bahannya :
  • Macaroni
  • 2 sudu besar butter
  • 2 cawan fresh milk
  • 4 keping cheddar cheese
  • oregano
  • blackpapper
  • chili flakes
  • garam

video memasak Spageti Tuna Berapi 


Bahan Bahannya :
  • Spaghetti 
  • 1 biji bawang besar
  • cili api (mengikut kepedasan anda)
  • 1 cili merah
  • tuna (tak kisah tuna apa)
  • kicap manis
  • oregano
  • lada putih
  • blackpaper
okay dah habis, kalau korang nak tambah lain lagi boleh je macam ayam ke, lada benggala ke, jangan pulak kau letak tembikai, aku pukul kau satgi hahahahaha

video memasak Ayam Masak Sambal Hijau

Bahan Bahannya :
  • Ayam
  • Cili besar hijau
  • Cili api hijau
  • belacan
  • bawang
  • garam
  • serbuk kunyit (untuk goreng ayam)
video memasak Maggi Goreng Basah *walaupun simple tapi sedap*

Bahan Bahannya :
  • Maggi
  • bawang mesin
  • cili mesin
  • kicap manis
  • sos cili
  • sos tomato
  • sos tiram
  • perencah maggi 
  • garam
  • air 
  • telur 
Video memasak Ikan Bilis Pedas

menu kalini sangat senang ye, rasa dia manis manis pedas dan garing ikan bilis tu fuhhh sedapnya, makan dengan nasi putih pun cukup. siapa yang suka pedas letak lagi banyak cili tau ! goreng telur dadar lepas tu makan dengan nasi , haaaa resepi orang bujang sangat hahahahaha

Bahan Bahan:
  • Ikan Bilis
  • Bawang Besar
  • Cili api
  • Kicap
Video memasak Ayam Sambal Sos dan Telur Dadar Sambal Merah


Bahan Bahan Ayam Sambal Sos :
  • Ayam
  • bawang mesin
  • cili mesin
  • sos cili
  • air
  • garam
Bahan Bahan Telur Dadar Sambal :
  • Telur dadar
  • garam
  • sambal/cili mesin
Video memasak Roti Sardin


menu ni sangat senang dan sedap kalau makan garing garing dan time panas fuhhhh sedap u olls. korang boleh je pilih kalau kalau tak ada sardin guna je tuna, kalau tak ada tuna guna la sardin, macam i dua dua, tamak bukan ? 

Bahan Bahan:
  • Roti
  • Tuna / Sardin
  • Garam 
Video memasak Sambal Ikan Bilis

Sambal ikan bilis kentang garing ! menu ni i selalu masak and now i nak korang pulak try. senang je cuma make sure sambal tu betul betul garing and cukup rasa. ikan bilis make sure garing okay

Bahan Bahan:
  • Ikan Bilis
  • Kentang
  • Tempe (optional)
  • 1 sudu besar bawang kisar
  • 6 sudu besar cili kisar
  • garam
  • gula

Cara Hilangkan Pijar Pada Tangan

Cara Hilangkan Pijar Pada Tangan

Cara Hilangkan Pijar Pada Tangan

Pagi tadi saya gunting halus cili kering nak buat cili flakes untuk masak Spagetti Aglio Olio. Lepas siap masak.. dia punya pijar.. buat kita tak keruan.

Teringat cara pertama untuk hilangkan pijar adalah dengan melumur tangan kita dengan bahan lemak. Jadi saya gunakan minyak masak. Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalam komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar.

Memang lega lepas sapu minyak tu.. kemudian saya cuci dengan sabun. Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.

Kredit: Razifa Idayu

Pengalaman Yang Paling Mengerikan


Pengalaman Yang Paling Mengerikan 

Sebelum aku nak mulakan kisah 52 hari aku ni, aku nak mintak maaf kepada blog ni sebab tuan nya mungkir janji. Berapa hari siot aku delay tak sambung kisah 52 hari ni ... Sorry sangat-sangat ! 

Itu lah orang cakap Kosisten . Bila kita stop je buat , nak mulakan balik tu payah betul kan. 

Anyway , kisah 52 hari ni dah masuk hari ke 31. Maknanya tinggal lagi beberapa hari je lagi nak kena tamatkan. Jom lah kita mulakan kisah hari ini..

My Scariest Experience 

Benda ni jadi dekat aku tahun lepas masa awal-awal covid tu. Aku macam lesu lemah longlai . Asyik terbaring tidur je . Aku rasa aku tak cerita kat semua orang . Aku just cerita dekat close people je . Dia macam simptom demam , sampai badan rasa lemah sangat. 

Tapi yang paling sedih sebab selera makan langsung tak ada . Aku siap nangis depan makanan weh . Paksa diri aku untuk makan tapi tak boleh. Sampai lah decide untuk pergi check dekat klinik . Memang banyak lah yang ditanya lagi-lagi kan sebab covid kan . Lepastu kena amek darah. Aaaaaaa yang tu seram nya. Terpaling seram doktor cakap awak tekanan darah rendah . Siap dah keluarkan surat incase aku dah sakit sangat untuk warded kat hospital. 

Tapi aku jenis lawan , balik rumah lagi rasa sedih sebab dapat ubat melambak. Hahaha. Aku takut ubat. Abang aku lah yang gigih hancurkan segala ubat-ubat tu dan bancuh dekat air sunquick untuk aku minum. Yang tu tak scary lagi , yang paling scary bila aku tumpah darah. 

Ngeri woi rasa nya . Aku tahu memang aku tengah period tapi lepas dah beberapa hari tu , darah keluar non stop . Aku tak sedar dan tak rasa sakit langsung pun. Sampai banyak kali bocor dalam rumah . Setiap berapa jam kena tukar pad . Ya Allah ngeri weh bila ingat balik kejadian tu . Sampai aku rasa malu lah . Yelah , aku kan duduk serumah dengan semua lelaki (adik beradik semua lelaki). Bocor weh .. melambak darah keluar..malu sangat rasa.. Memang tak perasan langsung darah tu keluar even pakai pad.

Sampaikan aku banyak kali menangis je sepanjang tempoh tuh . Aku rasa down sangat . Oh yer lupa nak bagitahu , doktor suspek aku kena demam denggi berdarah . Teringat kawan aku pernah kena demam denggi berdarah sampai pengsan , sedar-sedar je dia dekat hospital. Mujurlah aku tak kena seteruk itu. 

Alhamdulilah , lepas kejadian tu aku memang banyak rehat je. Muka aku pucat sangat . Aku kalau sakit yang terlampau aku tak suka bagitahu orang . Memang jenis perangai simpan sendiri je . Ngeri sangat kalau ingat semula kejadian tu . Sampaikan jiran sebelah cakap bila nampak aku dah boleh keluar rumah " lega tengok kak Ain dah boleh keluar rumah .. risau rasanya tak dengar gelak tawa kak ain" . Hahaha . Nampak betul aku kuat gelak .

Korang semua jaga diri tau .. Kalau rasa penat sangat kerja , atleast kena ada masa untuk rehatkan diri . Sayang diri kita .. Jaga diri seelok-eloknya . ❤️