Koleksi Pakaian Yang Saya Ada


Koleksi Pakaian Yang Saya Ada

Aku ni jenis perempuan yang simple . Tak perlu nak beria dress up bagai kalau nak diajak keluar . Jenis boleh siap cepat la . Well , im literally not kinda gegurllzz gituw . Jadinya , perempuan yang simple ni apa je yang ada dalam wardrobe dia ?

Tshirt terpaling banyak dan melambak ! Hahaha . Sampai pening kadang nak pakai yang mana . Memandangkan hari ni aku nak ketepikan sekali mana yang dah tak nak .. So bolehlah senang post this things. Hahaha . Aku banyak juga koleksi cardigan ataupun orang panggil baju sejuk. Hahaha . 

Sebab aku ni jenis tak tahan sejuk sikit. Rasa macam pernah tulis tentang ni . Aku suka baju sejuk! Boleh klik dan baca . 

Aku ni susah nak cari seluar sebabnya peha dan punggung kemain besar . Tapi semenjak dua menjak ni , dah terjumpa kedai bundle yang aku minat. Wow ..sekali sarung je dah rasa puas hati gila . Rasa happy woi . Yela , orang yang ada peha besar je yang paham macam mana susahnya nak cari seluar .

How about tudung dan shawl ?. Erm , aku guna je mana yang dah penah beli dan yang orang bagi . Aku bukan jenis perempuan up to date gitu . Selagi rasa boleh mix and match , yes I'm going to wear it ! Gittew. 

Simple and kinda minimalist ! Tak suka nak serabut-serabut . Rasa macam semak sangat je , " okay dah kena start mengemas ni" . Itu yang aku selalu buat . 

Jadi perempuan simple actually best ! Sebab tak perlu nak bawak beg sebesar tidak kalau nak travel . Hehehe. 

How about your wardrobe ? *** nanti lah aku update the real gambar wardrobe aku*** Hahahaha.

Resepi Ayam Goreng Berempah

 Resepi Ayam Goreng Berempah

Ayam dipotong 16 dan cuci bersih

Bahan kisar ( semua bahan tiada sukatan..agak agak saja )

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai ( lebih byk sedap )
  • Ketumbar
  • Jintan
  • Garam
  • Gula@ perasa

Gaul ayam bersama bahan kisar

Masukan bersama :

  • Serbuk kunyit
  • Serbuk kari daging
  • Serbuk cili
  • Lada sulah
  • Daun kari (banyak )
  • Tepung gandung agak agak saja
  • Telur

Gaul semua sekata..perap sekurangnya 30 minit..

Ni saya perap semalaman.

Credit : Asmida Asman


ayam goreng berempah

klik sini untuk lebih banyak resepi

My Inspiration To Blog


My Inspiration To Blog 

Kisah 52 Hari ni sudah sampai ke tajuk hari yang ke 32 . Tenggelam timbul nampak nya yer kau Ain! Hari ni membawa tajuk my inspiration to blog . Kalau nak cakap siapa yang aku inspire gila dah tentu la Maria Elena dan Vivy Yusof . I love their story telling ! 

Tapi , yang sebenar-benar buat aku terinspirasi untuk ada blog ni ialah daripada kawan-kawan sendiri je! Aku dah ada kenal dunia blog ni semenjak dari sekolah. At first aku selalu spent time dekat rumah kawan aku ni . Nama dia Maizatul Akmal . Dia yang ajar aku tentang blog. Rumah dia dengan rumah aku dekat la juga cuma kena lintas jalan besar . Sanggup betul aku dulu melintas jalan sebab rumah dia dapat internet dulu . Tak macam zaman sekarang semuanya mudah . Dia yang ajak aku buat blog . Bukan tu je , dia juga yang ajar aku cara photoshop , main game dekat komputer , myspace dan sampai ke Facebook. Dia la sent ke email aku untuk sign up Facebook. Hahaha . Nampak kan dia la yang influence aku dari segi teknologi . 

Lepastu aku just rasa blog ni biasa je , sampai lah aku belajar dekat Kedah dan duduk rumah sewa . Wow , yang ni lagi dasyat.. Housemate aku semua ada blog weh. Kau rasa gila tak gila ?. Hahaha . Diorang yang buat aku aktif kembali ber blog dengan cara join contest , segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh blogger- blogger malaysia. Sampaikan diorang ni siap ingatkan lagi " Ain...kau dah join ke contest tuu?" Hahahaha . Kelakar sangat bila diingat kembali. 

Nampak kan sebenarnya the great inspiration ialah from my friends actually! 

Sampailah pada tahun 2018 . 

One of my housemate iaitu Syiera .. Dia yang encourage aku lagi untuk aktif berblog.. Zaman ni dah mula start buat review. Dari situ la aku baru faham ape benda la review -review ni . Dia cakap lagi , " Aku rasa hang kena ada group komuniti blogger lah.. hang try cari la kot ada group- group Blogger johor". Tadaaa..

Maka , aku pun terjumpa dengan group JDT Blogger . Here the journey begins.. It change my life 360 darjah! Aku akui daripada group ni la aku lagi kenal banyak PR & marketing people , geng-geng digital media dan mainstream media . Bukan itu sahaja , JDT Blogger juga yang banyak membuka peluang- peluang rezeki kepada diri ini.

All above all .. They are actually my Inspiration ! Tanpa mereka siapalah pemilik blog AkuAinKauSiapa ni . Terima kasih seikhlas nya dari hati yang kecil ini buat korang semua . ❤️