Meet My Pets

Meet My Pets 

Semua gambar kucing yang tertera adalah throwback yer . Nak kata suka kucing sangat pun tak jugak tapi sifat penyayang pada kucing tu ada lah . Start bela kucing pun selalunya bila kucing tu yang datang ke rumah . Bukan sejenis beli kucing. Hahaha. Tak kuasa aku. 

Tapi aku ni choosy sikit la. Aku suka kucing bulu kembang . Memang geram sangat . Paling suka betul kalau nampak kucing bulu kembang . Sedap peluk. Hahaha. (kau ingat teddy bear ke haaa?)
Meet Aslan . 

Ni kucing jantan masa sem 2 belajar dekat Uitm Merbok Kedah. Tapi dapat bela sekejap je . Kucing jantan . Nama Aslan sebab dia macam binatang yang dalam movie Narnia tu . Bela sekejap je sebab lepastu dah start cuti sem yang panjang . 
Meet Suzie .

Okay ni kucing yangg paling banyak mengubah hidup aku . Suzie ni macam "hadiah" untuk aku . Dia datang beberapa sebelum arwah ibu meninggal . Ibu yang bagi nama tu . Seingat aku , aku pernah cerita tentang Suzie ni . Terpaling banyak cerita di blog pun ade , di Instagram dna Facebook . Suzie ni la kucing betina paling gangster TAPI bila dia nak tidur , dia akan tidur sebelah atas selimut aku . Bangun pagi je kaki aku mesti berat . Hahaha . Aaaaaa, rindu dekat Suzie si buaya ! 
Meet Padi . 
Masa Suzie ni dah start sakit , muncul pulak si Padi ni . Padi ni entah macam mana boleh sesat muncul . Tapi dia muncul kejap je . Dia boleh kencing dekat sofa yang kitorang baru beli. Hahaha . Padi ni aku tak berapa sayang sangat berbanding Suzie .

** tak jumpa pulak gambar padi
Meet Bujibu .
Alaaaaaa , ni kucing PALING BAIK sangat ! Tak sengaja terbela dia . Dia muncul dekat belakang rumah . Dia baik sangat . Jibu ni kucing rumah tapi orang buang . Cian dia. Siap ada rantai kot kat leher dia sampaikan aku yang bukak . Jibu ni dia jadi tukang mintak makanan pada kucing-kucing yang lain . Mungkin sebab dia tahu aku ni jenis suka kucing bulu kembang . 

Tapi lepas Suzie meninggal (hilangkan diri) , aku punya perasaan sayang tu macam tak melampau sangat . Jadinya , yang Jibu ni yang betul-betul sayang ialah abang aku . Jibu ni baik sangat weh . Dia kucing jantan yang sopan .. alaaaaa... yelah dia kan dah biasa duduk dalam rumah kan . 
Masa kitorang kutip dia bawak masuk rumah , dia asyik lah nak duduk belakang rumah sampaikan kitorang cakaplah . "kan dah mandi..janganlah pergi belakang rumah..kotor nanti". Tapi dari muka dia..kita boleh tahu.. yang dia sedar " he's belong to here" . Dia masih lagi jadi tukang mintak makanan pada kucing-kucing yang lain . Lepastu dia dah tak muncul kan diri . Last sekali sempat lah kitorang mandi kan dia dan keputusan aku untuk bukak loceng pada leher dia tu tepat sekali. Atleast , ada la kenangan dari Jibu untuk kitorang. 

**Aku memang suka kucing bulu kembang. Suka gila! Sorry lah kalau saya memang jenis choosy sikit. Hahahaha.. Kalau nampak kucing bulu kembang , automatik terus panggil " meow" 🤣

Actually ade lagi kucing-kucing lain TAPI DAHLUPA .. Ni je yang paling ingat . Hahahah . 

Koleksi Pakaian Yang Saya Ada


Koleksi Pakaian Yang Saya Ada

Aku ni jenis perempuan yang simple . Tak perlu nak beria dress up bagai kalau nak diajak keluar . Jenis boleh siap cepat la . Well , im literally not kinda gegurllzz gituw . Jadinya , perempuan yang simple ni apa je yang ada dalam wardrobe dia ?

Tshirt terpaling banyak dan melambak ! Hahaha . Sampai pening kadang nak pakai yang mana . Memandangkan hari ni aku nak ketepikan sekali mana yang dah tak nak .. So bolehlah senang post this things. Hahaha . Aku banyak juga koleksi cardigan ataupun orang panggil baju sejuk. Hahaha . 

Sebab aku ni jenis tak tahan sejuk sikit. Rasa macam pernah tulis tentang ni . Aku suka baju sejuk! Boleh klik dan baca . 

Aku ni susah nak cari seluar sebabnya peha dan punggung kemain besar . Tapi semenjak dua menjak ni , dah terjumpa kedai bundle yang aku minat. Wow ..sekali sarung je dah rasa puas hati gila . Rasa happy woi . Yela , orang yang ada peha besar je yang paham macam mana susahnya nak cari seluar .

How about tudung dan shawl ?. Erm , aku guna je mana yang dah penah beli dan yang orang bagi . Aku bukan jenis perempuan up to date gitu . Selagi rasa boleh mix and match , yes I'm going to wear it ! Gittew. 

Simple and kinda minimalist ! Tak suka nak serabut-serabut . Rasa macam semak sangat je , " okay dah kena start mengemas ni" . Itu yang aku selalu buat . 

Jadi perempuan simple actually best ! Sebab tak perlu nak bawak beg sebesar tidak kalau nak travel . Hehehe. 

How about your wardrobe ? *** nanti lah aku update the real gambar wardrobe aku*** Hahahaha.

Resepi Ayam Goreng Berempah

 Resepi Ayam Goreng Berempah

Ayam dipotong 16 dan cuci bersih

Bahan kisar ( semua bahan tiada sukatan..agak agak saja )

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai ( lebih byk sedap )
  • Ketumbar
  • Jintan
  • Garam
  • Gula@ perasa

Gaul ayam bersama bahan kisar

Masukan bersama :

  • Serbuk kunyit
  • Serbuk kari daging
  • Serbuk cili
  • Lada sulah
  • Daun kari (banyak )
  • Tepung gandung agak agak saja
  • Telur

Gaul semua sekata..perap sekurangnya 30 minit..

Ni saya perap semalaman.

Credit : Asmida Asman


ayam goreng berempah

klik sini untuk lebih banyak resepi