Resepi Donut Inti Nutella Bomboloni

 

Resepi Donut Inti Nutella Bomboloni

Resepi Donut Inti Nutella Bomboloni 

Bahan-bahan A:

  • 24 keping roti Gardenia (dipotong bulat)
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar susu 
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 2 cawan coklat kacang hazel (paling mudah boleh guna Nutella!)


Bahan-Bahan B:

  • Setengah cawan gula
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis


Cara Memasak:

  1. Masukkan 4 biji telur dalam mangkuk sederhana
  2. Kemudian masukkan susu, gula, serbuk kayu manis, ekstrak vanila ke dalam mangkuk tadi dan kacau hingga semua bahan sebati (bahan-bahan A)
  3. Celupkan roti yang telah dipotong bulat ke dalam mangkuk tadi dan letakkan ke dalam dulang pembakar (untuk kek cawan)
  4. Kemudian isikan coklat hazelnut di atas roti dan tutup dengan menggunakan roti yang telah dipotong bulat tadi juga.
  5. Setelah kesemua roti ditutup, letakkan gula, serbuk kayu manis (bahan-bahan B) di dalam mangkuk kecil dan taburkan ke atas roti tadi.
  6. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Hadiah Buku Sempena Umurku 30 Tahun

Hadiah Buku Sempena Umurku 30 Tahun

"Assalamualaikum..kak Ain... ni mama bagi .. kata nya amek wudhu dan pakai telekung lepastu buka" . Allahu... aku baru buka bungkusan yang diberi lepas solat magrib tadi .

Penuh adab dan tertib seperti yang diminta oleh si pemberi . *Dah tahu ni buku . sebab rasa dan nampak dari butiran bungkusan sebab nya si pemberi membelinya secara online .

Inilah buku yang diberi .. Ijazah Amalan Dan Doa Pilihan ..
Baca punya baca.. nampak pulak doa mencari pasangan (bagi wanita) . Allahu .. Sentap pulak rasa ! Bila baca doa tu.. rasa sayu sangat .

Terima kasih jiran yang saya yang baik diatas pemberian hadiah .. Bukan buku sahaja yang diberi. malah diberi juga suprise belon dan coklat. Ya Allah ... terharu sangat ! 

8 Februari 2021 merupakan hari ulang tahun ku yang ke 30 !! 🌹