Aku Dah 30 Woi *sedihnya!*

Aku Dah 30 Woi *sedihnya!*

8 Februari 1991 , itulah saatnya seorang hamba Allah yang dilahirkan di dunia ini .tarikh itu merupakan hari kelahiran pemilik blog ini yang diberi nama Nur Farahain .. Teringat dulu ibu dan ayah cakap sepatutnya nama Ain lain tau .. 

Tapi ,
Nama tu dirompak oleh katil sebelah .Hahaha. kelakar jugak kan. Kalau tak nama aku Siti Sarah Nur Marlina . Yer.. sumpahhh takk tipu .. Aku ingat sampai sekarang .. Tu la nama aku .. Siap ade Siti lagi kauuuu.. Hahaha . * kalau ade nama anak sedap.. jangan bagitahu dekat orang . Rahsiakan dulu. Hahaha .


Tapi , aku berbangga memiliki nama Nur Farahain yang membawa maksud Cahaya Kegirangan / Kegembiraan / Kebahagiaan Mata . Kalau nak tengok aku ceria ke , happy ke ..boleh direnung dari mata aku.. Gituwwwww.

Orang yang nama farah ni biasanya dia punya happy melebih-lebih . Hahaha .. Aku tak nafikan! . Sebab aku macam gitu la. Hahaha ..(tengok hahahaha tu memang taip sambil gelak yerr) HaAhahhaa.
Anyway , aku dah 30 woi... Birthday aku disambut dengan sederhana dan simple .. Pastu aku pulak tak la request nak meriah-meriah even aku siap masak nasi ayam yer . Sepatutnya birthday gurl mestila gantung kuali time tu. Hahhaah .Tapi aku sendiri yg tak nak .. Aku lebih suka bersederhana.

Macam biasa menerima suprise dari jiran sebelah . Aaaa so sweet 💕 Kita rasa tacinkk sangat masa tu.. Yelah.. kita kan dah takde ibu .. bila orang suprise kan macam gitu...terasa sangat kasih sayang tu ..Terima kasih juga kepada mereka yang wish . Saya hargai semuanya . oh ya specialnya birthday aku kali ni disambut bersama dengan Kak Tini ..sweet sangat dua-dua dapat belon pada hari tu .Hahahaha.
Nak ape umur 30 ni ? Nak jodoh yang baik🙈 Nak lelaki kiriman tuhan yang terbaik .. Walaupun hakikatnya aku tak langsung menyiapkan persediaan ke arah perkahwinan. Hahaha. 

Tapi , tak salah kan doa.. Kadang-kadang rasa lonely woi.. Serius..😭 Tapi bila ada kawan-kawan dan anak jiran terus rasa okay . Insyallah .. orang cakap... nak dapat jodoh yang baik ..kita kena jadi baik dulu.

Aku pun sekarang sedang cuba untuk jadi yang terbaik.. Terbaik disisi Allah itu yang paling penting. Kalau terbaca posting ni..doakan ain dapat jodoh yang terbaik dari Allah okay . ❤️

siapa la lelaki kiriman tuhan yang akan melafazkan "aku terima nikah Nur Farahain Binti Zainal Abiddin dengan mas kahwin RM 22.50 tunai " tu ehk... 😍

Welcome to 3 Series ...Nur Farahain ... may Allah always give happiness to me .

Dominos Pizza Favourite Aku !

Dominos Pizza Favourite Aku !

Bulan February dah pun berlalu pergi ... Bulan dua ni special sebab sambut hari jadi.  Jadi nya makan pun banyak yang special . Jenis aku pulak kalau hari-hari biasa bukan jenis nak makan fast food .

Aku pun tak ingat bila last makan Domino's sebelum ni. Hahaha .  Aku bukan jenis mudah nak mencuba menu viral . 

Masa celebrate birthday makan lah dominos pizza . Macam biasa dari segi pemilihan menu memang kena serah tugas dekat aku. Hahaha
Nampak pula set offer untuk hari tu.. Jadi nya kita pun memilih . 2 Pizza Large , dan ade jugak side order. Pastu kitorang normally akan add on lagi satu pizza . Sebab kitorang ni boleh dikatakan peminat pizza la. 

Jadi nya apakah favourite pizza aku ?. Semestinya Tuna Temptation . Ya Allah , rasanya ni yang paling sedap gila mengikut tekak aku . Abang aku pulak jenis suka Peperoni Pizza . Tapi aku suh la juga try another flavor so kita dapatlah rasa yang lain .
Sent gambar sini jelah.. Malas nak taip..satgi terliur balik. Hahahahhaa .. Apa yang pasti , Domino's Pizza ni kita kena pandai pilih pakej . Kalau pandai pilih okay je harga nya ..

Apa favourite pizza korang ?

Ingatkan Facemask rupanya sekotak Coklat


Ingatkan Facemask rupanya sekotak Coklat

Sweet betul rasa bila dapat hadiah hari jadi warna pink ! Pink is my favourite colour. Ceritanya huda mesej nak hantar prelove baju dan tudung yang dia dah tak pakai and nak bagi dekat aku . Sekali dapat sekali hadiah .

Sweet gile rasa ! Dalam Beg pink tu ade bunga , candle dan sekotak . 

Ingatkan Facemask ...malam-malam boleh pakai sebelum tidur . Eh bukak bukak COKLAT !!
You know what aku ni perempuan yang suka coklat terutama sekali DARK Chocolate .. Aku tak suka coklat yang manis tapi aku suka coklat yang macam gini .. Aaaaaaaa.. lagi lah rasa happy sangat ! 

Terima kasih Huda ..kerana membahagiakan ain. Maklumlah kita ni kan kurang kasih sayang . Hahahhaa .. 

Huda ni siapa ?. Huda ni lah pemilik blog ByFarahh . ❤️