10 Negara Berpuasa Paling Lama
- Iran (16 Jam)
- Jepun (16 jam)
- Morocco (16 jam)
- United States (16 jam )
- China (16 jam)
- Canada (16 jam)
- Rusia (17 jam )
- Germany (19 jam )
- Norway (19 jam )
- Alaska (20 jam )
1. Al-Quran yang mulia telah diturunkan kpd manusia yg paling mulia iaitu Nabi Muhammad SAW, kepada umat yg paling mulia, iaitu umat Baginda SAW dan di bulan yg paling mulia, iaitu bulan Ramadhan dan orang yang membacanya adalah orang yang mulia.
2. Bulan yang dikabulkan doa. Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat dimuliakan umat Islam, kerana pada bulan ini semua doa yang kita panjatkan akan dikabulkan. Segala jenis kebaikan akan diberikan pahala yang berlimpah pada bulan ini.
3. Bulan yang penuh keampunan.
Keutamaan bulan Ramadan adalah dimana pada bulan ini dilakukan pengampunan dosa-dosa. Bulan Ramadan menjadi waktu yang baik untuk melakukan taubat.
4. Bulan penuh dengan keberkatan.
Keutamaan bulan Ramadan lainnya adalah Syahrun Mubarak atau bulan penuh keberkahltan. Pada bulan ini semua jenis amalan baik akan dilipat gandakan pahalanya.
5. Dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Allah memberi kesempatan kepada hambaNya untuk melakukan sebanyak mana amal ibadah pada bulan Ramadhan.
6. Syaitan dibelenggu pada bulan ini. Keutamaan bulan Ramadan yang lain adalah syaitan diikat erat. Bulan Ramadan menjadi bulan paling suci kerana dipenuhi oleh segala kebaikan dan pahala.
7. Malam seribu bulan atau Lailatul Qadar adalah satu malam yg hanya terjadi di bulan Ramadan. Malam ini adalah malam yang paling baik diantara 1000 bulan.
Semoga kita mendapat keberkatan menjalani ibadat sepanjang bulan Ramadan ini.