Bila Blogger Sis Lin , Sunah Sakura dan She Is Farahain duduk semeja


Assalamualaikum . bila tengok belek lagi gambar ni , rasa macam kelakar . Dah gelak sorang-sorang , tak best kalau tak share dekat sini . Kihkihkihhh . Gambar ni masa kitorang join event Earth Hour Di Toppen

Waktu ni Sis Lin tengah bercakap dengan anak nya , aku dengan kak sunah siap tengok sekali . Kelakar gila . 

Sis duduk tengah - tengah tuh macam tengah buat pengagihan makanan pada anak - anak pulak  . Hahaha . Maklumlah . Time ni belum puasa lagi ! Kitorang dinner di The Fish & Co dekat Toppen Johor Bahru 

Resepi Homemade Ferrero Rocher

Resepi Homemade Ferrero Rocher coklat badam

Resepi Homemade Ferrero Rocher

kredit resepi :  Intan Najwa Othman Facebook

Resepi Homemade Ferrero Rocher coklat badam 
  • Badam cincang dibakar atau disangai untuk bagi masak dan rangup. Ada jual kat kedai jual barang kek.. kuantiti agak-agak ikut naluri je..
  • Oh, tempoh bakar tu pun ikut sedap tangan nak pulas button oven je. Baca bismillah, insyaAllah tak hangus. Tapi realistik la.. jangan korang set suhu 200 selama sejam pastu tawakal je. Kang takut jd lada hitam pulak..
Resepi Homemade Ferrero Rocher coklat badam

  • Cairkan coklat masakan mengunakan jenama beryls milk coin.. kuantiti agak-agak jugak.. rasa sedap hati kira on la tu! Kalau tak cukup kirim la kat tok laki suruh beli. Tapi make sure bagitahu detail jenisnya. Takut salah beli kang hilang terus mood 
Resepi Homemade Ferrero Rocher coklat badam

  • Badam yang dah bakar atau sangai tadi biarkan sejuk kejap. Biasanya sementara nak siap cairkan coklat tu badam dah cool down.. dah tak marah-marah sebab dah sejuk.. Dah ok, terus rapatkan silaturahim dorang dalam 1 bekas. Gaul bagi mesra dan sejahtera..
  • Badam tu mesti bagi sejuk dulu sebab takut tak jadi ranggup lepas gaul dengan coklat..

Resepi Homemade Ferrero Rocher coklat badam

  • Pastu masukkan dalam paper cup comel- comel tu. Kalau nak bubuh dalam tupperware sedebuk terus pun boleh. Boleh la feeling makan mcm ceduk aiskrim bekas tu ha.. 
  • Oh ya, nak bagi korang tak gaduh dengan anak sebab makan comot abis kotor sofa, korang simpan jap dalam peti. 10 minit cukup.. pastu keluarkan boleh la menikmatinya..
  • LEPAS 5-10 MINIT KELUARKAN DARI PETI, SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA. JANGAN RISAU, COKLAT TU TAKKAN CAIR KALAU DAH KERAS. Melainkan korang letak kat tempat panas la..
  • Jangan lupa diri sebab makan ni biasa tak ingat dunia. Tengok - tengok tinggal sarung je.. eh, dah habis..