Selamat Ber Total Lockdown !

Assalamualaikum . walaupun kita terpaksa menghadapi sekali lagi total lockdown , tapi apakan daya . Ain faham perasaan orang yang kehilangan kerja , kena berjimat cermat . Setiap hari rasa resah gelisah . Lagi pula yang ada tanggungan memberi kelengkapan kepada anak -anak dan isteri . 

Bila total lockdown , kita akan banyak berada di rumah . Ain faham perasaan orang yang "kehilangan" pada ketika ini . *Gambar sekadar hiasan . Tidak sedikiti niat dihati nak menguris perasaan mereka yang tengah struggle dan survive . Ain pun berada pada situasi itu . Adakalanya , kita perlu hidarkan diri dari banyak scroll social media . Bimbang bila tertengok story orang , kita membanding bezakan pula rezeki Tuhan . 

Mungkin kita nampak ada yang seronok bershopping online , me "restock" barang . Boleh ler sedap . Berbangga dengan "panic buying". Gaji jalan tak ada potong itu ini . Fikir kan juga kepada yang gaji harian , kais pagi makan pagi kais petang makan petang . Fikirkan juga majikan yang dah buntu nak bayar gaji pekerja macam mana . Terpaksa bungkus tikar bisnes pada fasa PKP ni . Allahuakbar! 

Ain doakan semoga hati yang sedang sedih , berduka diberikan kekuatan untuk menghadapi hari hari akan datang . Mungkin dengan mengungkap kan kata "dont give up" itu memang mudah , yang sakit tetap hati yang merasai . Kalau kita pada saat ini sedang diuji dengan jatuh menyembah ke tanah , insyallah pasti suatu hari Tuhan akan mengangkat kembali maruah diri kita . 

Selamat bertotal lockdown . Jaga kesihatan .Jaga emosi . Jaga apa yang kita lihat hari ini . Kalau kita rasa menyampah dengan perkara itu , jangan baca. Jangan respon . Ada baik kita penuhkan aktiviti kita di rumah dengan mengemas rumah , mengecat rumah , hiaskan rumah , bersihkan rumah , buang barang-barang yang lama dan tak pakai . Jadikan rumahku syurgaku !

*Ain rasa bila menulis di blog satu terapi pada ketika ini . Lebih selesa berkarya disini dari di social media yang lain . Kalian punya macam mana ?. 

Kesiannya Tengok Kebun Depan Rumah Terbengkalai 😔

Assalamualaikum . semenjak kak Tini (pembantu jiran sebelah pulang terus ke Indonesia ) terasa sunyi sangat hari hari Ain . Selalu kalau nak jemur baju , ada orang tegur . Kadang petang petang buat goreng pisang ke , di bagi sikit kat Ain . Kak Tini ada jugak banyak kali belanja ain makan , belikan baju . allahuakbar . Rindu pula pada kakak.  

Semenjak dia pulang , habis terbengkalai semua tanaman depan rumah . Ni dah macam mini kebun kami la . Yela , rumah di bandar.  Mana ada ruang tanah yang sikit tu jadikan port menanam sayur sayuran dan pokok . Kesian tengok kering kontang dan rumput dah banyak naik .
Tadi cakap dengan jiran jom la kita berkebun sempena lockdown ni . Kesian pula tengok tak terurus habis . Kak Tini selalu pesan berbakti pada tanah , walaupun siram pokok bunga sahaja . Nanti akan ada rezeki yang Tuhan kirimkan . Kerana akhirnya nanti , kita pun ke tanah juga.  Biarlah tanaman ini yang mendoakan supaya kita diberikan lebih rezeki dari Tuhan .

Semoga menjadi la projek mengemas kebun depan rumah ni yer sempena lockdown ni .

Tak Perlu Beli , Ini Cara Mudah Buat Air Lemon Asam Boi Sedap Menyegarkan !


Selalu kalau di luar , orang jual air balang mesti letak banyak ais . Sedut dua tiga kali je dah habis . Satu cawan sampai harga RM 3- 4 . Mahal kan . Apa kata , buat je dirumah . Resepi nya mudah tak guna resepi yang cerewet .

Bahan -bahan :
Lemon
Air gas Aiskrim Soda / Sprite 
Asam Boi 
Daun Pudina

Cara nya masuk kan aja kesemua bahan tu. Tapi lemon tu perah la dulu baru keluar rasa masam - masam . 

Dekat bawah ni ada juga video cara nak buat . Senang je ! Boleh rujuk video ini okay . Selamat mencuba .