Makan Keow Teow Pagi Sampai Malam

Assalamualaikum . hari ni start makan jam 10:54 pagi ! Agak lewat yer kepada orang yang memang mengamalkan untuk bersarapan pagi . Tapi biasa la , hidup bujang ! Timing makan pun bukannya on time.  Kihkihkihhh .

✅Sepotong coklat cloud 9 ( 1 bar tu belah 4) makan satu bahagian tu sahaja yer . Selebihnya makan untuk hari lain bukan sumbat sekaligus .
✅Roti sekeping 1 cheese sosej 1 sos cili sikit 
✅Keow teow goreng lunch
✅Epal hijau 1
✅Keow teow goreng dinner 
✅Pisang (bukan 1 tapi 2 alang alang tinggal dua tu habiskan jela) 

Tutup time makan jam 5.15 petang gitu ! Hari ni tak makan nasi . Petang lepas solat asar buat exercise manja tapi tak manja juga la sebab berpeluh lencun habis juga. Buat skipping level beginner je dulu . Masih mencari step yang betul untuk skipping macam pro gitu .Lepastu buat senaman tangan pegang 2 kg dumbbell . Buat senaman tangan sebab lengan besor seperti ahli gusti John Cena . Tapi dia beso otot . Kita ni beso tang lemakkk berlebih . Hahaha . 

Mesti orang cakap " diet apa makan keow teow kan ??" . Jawapan nya .. Aku sedang dalam progres membiasakan untuk mengawal portion makanan dulu . Aku taknak drastik sangat dan ingat selera ke hari hari nak melantak makan sayur mentah tu?  I want to enjoy the process and jadikannya sebagai lifestyle ! Tak nak lah nanti bila dah turun berat badan aku bantai makan semula macam sebelum ni  .

Kenduri Durian Di Malam Hari


Assalamualaikum. Alhamdulilah , jiran sebelah bagi durian . Ya Allah . Terasa nikmatnya yang tak terkata . Rezeki betul sangat . Maklumlah kita ni hantu durian . Tapi tak terasa lagi nak makan durian . 

Jiran bagi dua biji durian . Kita buka sebijik je . Ain makan 5 ulas . Walaupun nampak kecik tapi banyak isinya . Sedap ! 

Ain lagi suka makan buah durian macam gini berbanding bubur durian ke, pengat durian ke , kek durian ke , kuih durian ke . Kureng sikit . Lebih suka yang original macam gini . Duduk dekat bawah , kopek terus makan . Nyum nyum nyum 😋

Makan Ape Tu ?

Assalamualaikum . Hari ni start makan jam 11:36 pagi ! Lewat yer breakfast Farahain . Tutup makan pun hari ni jam 7 . Lepastu jiran kasi dua biji durian . Eh kenduri durian sekejap malam ni . Kihkihkih . 

✅Sebiji buah lai
✅Roti sekeping letak cheese sosej dan sos sikit
✅Lunch nasi (ikut  sukatan cup) , sayur campur , ayam lemak (kurang santan)
✅Dinner nasi (separuh sukatan cup ) (memang kurang kan nasi ) , sayur campur dan ayam lemak .
✅Durian 5 ulas 

Alhamdulilah !