Duduk Di Rumah , Inilah Aktiviti Semasa PKP Yang Saya Lakukan !
Semenjak dari permulaan kita menempuh PKP dan total lockdown pada awalnya semua merasakan "okay , jom duduk rumah !" . Tapi , apabila dah masuk setahun lebih kita terpaksa duduk di rumah menyebabkan kita dah mula rasa bosan , jemu dan sampai mereput tak tahu nak buat apa dah !
Sama juga seperti apa yang ain lalui dan rasai . Kita semua yang dah lama duduk di rumah , pasti dah tak tahu apakah aktivito yang boleh dilakukan semasa PKP entah kali ke berapa dah ni kan . Ain nak kongsikan aktiviti yang ain lakukan semasa PKP . Lets check it out !
Kemas dan buang semua barang - barang yang tak pakai
Belajar make up , skin care routine dan tips penjagaan diri
Okay , yang ni memang perkara paling pelik sangat untuk diri ini ! Sebab ain ni jenis perempuan yang simple tak pernah la sangat nak betul- betul jaga diri sendiri . Tapi , bila kena duduk di rumah , ini lah aktiviti semasa pkp yang saya lakukan ! Setiap 3-4 hari ain akan tukar set cadar , selimut dan sarung bantal ain . Sesekali kalau cuaca panas , ain akan jemur semua bantal termasuk tilam dekat luar biarkan terkena pada cahaya matahari . Muka ain pun banyak parut jerawat , jadinya ain lebih banyak membuat aktitivi skin care routine gituh ! Baru - baru ni , ain belajar pula make up . Ain suka tengok orang make up yang simple and natural look . Cuba tau !
Banyak tips ain share..jom tengok !
Marathon Movies dan Drama Bersiri
Aktiviti semasa PKP ni yang paling kebabom best dan seronok . Gila betul ! Lagi - lagi kalau tengok drama bersiri , weh ! betul - betul ain marathon pecut kalah orang berlari laju 10 KM gitu . Kihkihkih . Ain suka tengok movies dan drama dari negara Filipina , Thailand dan Indonesia. Kalau Korea pula kadang - kadang je . Tengok orang review kata best , so ain akan tengok la . Ain jarang tengok TV . Lebih suka marathon movies dan drama macam gini . Tapi , ain pula bukan kaki wayang , lebih suka menonton seorang diri supaya lebih fokus ! wah gitu !
Senarai movie rekomen by me : klik sini untuk melihat
Turunkan berat badan dan lakukan exercise
Okay , yang ini terpaling susah nak buat sebab apa yer ? Sebab makan , makan dan makan adalah aktiviti PKP paling disukai oleh ramai orang . Ain pun baru juga sebulan lebih start ni . Start jaga pemakanan dan banyakkan aktiviti bersenam . Aktiviti bersenam yang ain buat ialah seperti joging dikawasan rumah , morning walk , dan buka je Youtube dan cari exercise yang sesuai dengan kita . Sebenarnya aktiviti bersenam ni senang je nak buat tapi yang paling susah ialah nak jaga dan control pemakanan . Itu yang paling susah kita nak buat ! Tapi , why not kan ? Kita duduk di rumah tapi tahap kesihatan kita pun okay . Boleh tengok dekat ain kurus . Ain update setiap hari apa yang ain makan .