Ain Makan Ape 3 Ogos 2021

Assalamualaikum . Hari ni makan 3 kali je . Start makan biskut coklat dari Ikea ni 4 keping. Lepastu masak mee kicap sabah makan sepinggan dan dinner pula makan nasi putih dan ayam masak kicap . Simple je dan yang penting isi perut serta kenyang . 

Nak turun kan berat badan bukan tak makan langsung yer cuma kawal apa yang kita makan.


Ain Makan Ape 2 Ogos 2021

Assalamualaikum hari ni ain start makan pukul 11:30 pagi . Makan buah rambutan yang dikopek dan disimpan dalam peti sejuk (peh sedap nya rasa) dan wafer nabati cheese . Yang ni makan kongsi kongsi yer . 

Lepastu lunch tak masak beli je nasi kukus ayam . Macam biasa lepas makan nasi kukus ni memang kenyang sebab portion dia banyak selambak tidak dan decide untuk dinnee makan telur mata tabur dengan kicap dan sos makan dengan roti 3 keping . Dah selesai menu makanan saya pada hari ini

Alhamdulilah  simple je . Bersyukur kerana ada juga makanan yang boleh dimakan 😋

Ain Makan Ape 1 Ogos 2021

Assalamualaikum.. Kisahnya dapat rambutan jiran bagi. Kita apa lagi kopek lepastu simpan dalam bekas dan masuk ler dalam peti . Makan time sejuk sejuk nikmat tak terkata yer kawan kawan semua .

So ain makan ape ?
✅Rambutan sejuk (kongsi)
✅Fries cicah sos (kongsi)
✅Roti sapu peanut butter 3 keping
✅Nasi ayam (nasi separuh transfer ke abang ain )
✅Mee kicap sabah sepinggan kecil beserta dua keping hotdog