Ain Makan Ape 5 Ogos 2021

Assalamualaikum.. Hari ni ain masak nasi lemak . Nasi lemak pula masak lebih lebih untuk diberikan kepada kedua dua belah jiran . Memang dah niatkan di dalam hati nak masak dan beri pada jiran sebelah kanan dan sebelah kiri .

So , pagi ain makan roti dua keping dengan sosej dua letak sos cili . Lepastu add on pula nabati cheese wafer 4 keping.

Untuk lunch dan dinner ain makan nasi lemak yang dilengkapi dengan timun , telur dadar , sambal ikan bilis mata biru serta ayam goreng . Gambar yang atas ni waktu lunch manakala yang bawah sekali ialah gambar semasa makan malam .

Alhamdulilah , kenyang ! Puas hati rasa dapat masakkan juga untuk beri pada jiran . Beri masakan yang kita mampu masak je gitu . 😋

Ain Makan Ape 4 Ogos 2021

Assalamualaikum .. Hari ni start makan pukul 12:33 tengah hari . Lamberrtt gila yer ! Kihkihkih . Penyakit malas nak bersarapan pagi boleh tahan dasyat yer wahai Ain ! 

so makan apa today ? 
✅Roti sosej sos satu
✅Nasi Goreng makan kongsi dan sosej 1
✅ Wafer nabati cheese kongsi2 
✅Nasi ayam penyet masakan sendiri . (gambar atas sekali tu lunch dan bawah sekali tu dinner ) 

*Tak nak konfius nanti. Hehehe . Alhamdulilah , nasi ayam penyet tu ulam raja petik petik je depan rumah . 

Ain Makan Ape 3 Ogos 2021

Assalamualaikum . Hari ni makan 3 kali je . Start makan biskut coklat dari Ikea ni 4 keping. Lepastu masak mee kicap sabah makan sepinggan dan dinner pula makan nasi putih dan ayam masak kicap . Simple je dan yang penting isi perut serta kenyang . 

Nak turun kan berat badan bukan tak makan langsung yer cuma kawal apa yang kita makan.