Seminggu Turun Berat 100 Gram 🤣


Alhamdulilah , walaupun berat minggu lepas menunjukkan 70.3 kg dan turun kepada 70.2 kg .namun masih tetap bersyukur ! Ada penurunan . Ain tak banyak buat extreme exercise . Sebab tengah tak ada mood nak bersungguh exercise . Cumanya morning walk pada jumaat dan sabtu . Lepastu setiap petang sapu daun kering depan rumah dan siram pokok . Pastu ada lah kemas kemas rumah . Gitu jelah aktiviti .

Makan yang paling banyak ain fokus . Ain jaga portion . Walaupun makan je nasi setiap hari . Sebab pada ain , nasi sangat mengenyangkan ! Ain tak nak paksa diri telan makan kering kering dan bersalad je setiap hari . Ain nak jadikan kawal portion makan ni sebagai lifestyle. So that bila nanti dah maintain berat badan yang normal , badan tak rasa terkejut . 

Sebenarnya tak sabar nak tengok angka pemberat tu bertukar kepada 69 kg ! Sumpah tak sabar gile! Insyallah , jika berjaya ...akan ku puasa sehari ! lagi sikit je tu bertukar nak kepada 69 kg .. Bagus juga timbang berat seminggu sekali ni . Nak jadikan rutin mingguan la. (Walaupun paling penakut naik penimbang berat)

Jadinya ain akan lebih berusaha betul betul kawal pemakanan . Kawal pemakanan bukan bermakna tak makan langsung yer . 😜

Ain Makan Ape 8 Ogos 2021

Hari ini makan ape ?  Lately ni start breakfast memang terpaling lambat . Entah lah macam takde mood nak breakfast . Hahaha . memanjang brunch kadang kadang lajak pukul 12 lebih tengah hari baru makan . Harapnya simptom ni dapat lah di ubah . 

✅ Roti sapu dengan peanut butter 3 keping
✅Sosej ratah gitu 2 
✅Nasi beriani kambing sikit dan ayam kari sikit (lauk orang bagi , kari tu panaskan semalam punya)
✅Steamboat makan dengan nasi puti sikit , nasi beriani sikit . (tak ambil pula gambar pinggan ) gambar tu makan kongsi kongsi bukan aku telan sensorang yer 🤣

Ain Makan Ape 7 Ogos 2021

Assalamualaikum .. Ni makanan yang ain makan pada hari ini 

✅ Jemput jemput ikan bilis mata biru cicah sos (kongsi dua orang bukan makan sorang yer) beserta Teh o lemon segelas
✅ Nasi goreng simple (kongsi dua orang)
✅Nasi Putih lauk ayam kari

Alhamdulilah 😋