Terjumpa Kucing Comel Semasa Morning Walk !

Assalamualaikum .. ain selalunya akan morning walk pada hari jumaat dan sabtu . Sebab si kecik farisya (anak jiran yang selalu teman ain morning walk tu) free waktu tu je . Selebihnya dia pdpr . Jadinya kita tak buat morning walk la .

Kisahnya , last week kitorang balik dan lalu lah ke laluan lorong tikus (jalan shortcut) untuk balik ke rumah.  Lepastu boleh pula jumpa kucing . Eeeee , comel sangat !!!! Bulu kembang ! Ain pulak jenis suka kucing bulu kembang . Bulu tak kembang tak suka (Boleh gitu) Hahahha .Kucing tu manja sangat .

Kucing ni dah jumpa minggu sebelum nya lagi . Lepastu hari sabtu tu kelmarin pulak terjumpa dua ekor kucing com lagi . Kali ni dekat taman permainan yang kitorang selalu pergi tu . Rasanya memang semua ni kucing orang bela .. Tengok pun tahu . Anak jiran siap nak ambil bawak balik ke rumah . Hahahha . Kesian tuan kucing ni nanti tercari cari kucing nya . Yang lagi dua ekor ni rasanya adik beradik sebab main sama - sama . ni bulu dekat ekor je kembang . 

seronok sangat sambil morning walk dapat jumpa kucing comel ! Eeeeee .. gerammmm !!! 

Ain Makan Ape 11 Ogos 2021

Assalamualaikum . hari ni break fast buat jemput-jemput ikan bilis mata biru , lunch dan dinner masak nasi dengan sup ayam . Simple je ! Lately ni perasan sehari macam makan 3 kali je . Takpe , yang penting makan ! Malam macam biasa no eating eating at night!  Oh masa makan jemput-jemput tu abang ain buat air sunquick lemon asam boi . Sedap ! Segelas dah cukup! Tak boleh lebih lebih .

Kepuasan gila bila dapat nasi panas panas lepastu makan dengan sup ayam . Kemain banjir kuah nya 🤣

Ain Makan Ape 10 Ogos 2021

✅Mee soto semalam panaskan kongsi dengan abang ain
✅Nasi putih dan ayam masak red masak sendiri
✅Nasi putih dan ayam masak red masak sendiri


Alhamdulilah , cukup lah makan macam gini je. Dinner awal tu yang penting serta jaga portion ! Semoga Ain sentiasa sihat