Beli Nasi Kerabu Dan Makan Buah Buahan

Assalamualaikum . Hari ini makan lambat sangat yer ! Dah tengah hari baru mengisi perut 😅 Alas perut dulu dengan 3 keping roti spread dengan Passionfood spread the love . 

Dah petang baru menggigil perut . Pusing macam macam tempat cari nasi banyak dah habis . Lagi pula ain singgah kejap ke Giant beli barang dapur . Biasala kalau dah beli barang dapur , malas nak masak sebab penat yer alahai . Last last pusing pusing terjumpa orang jual nasi kerabu . Rembat je la ! Siap dengan ikan sambal ! RM 7 je ! okay la pada ain ! 

Akibat lambat makan , rasa kenyang sangat ! Makan nasi sekali je kan . Untuk dinner ain makan buah je . Sebab tengah banyak buah orang bagi , kita pun bedal je la . 

Alhamdulilah ! 

Malas Masak , Aku Makan Lontong Dan Tauhu Bakar Je Hari Ini !

Assalamualaikum ! Hari ini saya ain , mengisytiharkan hari memalas masak sedunia !  Bila dah malas masak kita pun apa lagi kan , beli la . Beli pun makanan yang bajet je awak ! Tak mahal mana pun . 

Pagi makan lontong ! Petang makan tauhu bakar . Wow , hari ni makan dua kali je 🤭🤣

Aku Guna Jejantas Semasa Morning Walk


Assalamualaikum.. Selamat pagi ! Selamat hari ahad ! Wah gitu ! jarang la yer seketul Farahain menulis seawal jam 8:50 pagi macam gini kan . Tu la , hari ni kita ubah sikit laluan biasa morning walk . Tahu sebab apa ? 

Sebab nak ambil dokumen dekat rumah Puan Pengerusi jiranwanita ain . Ain memangku jawatan Setiausaha semula selepas arwah makcik Hajah Asiah meninggal .Hmm ..Berat pada ain untuk menerima nya sebab jawatan Setiausaha bukan biasa biasa pada ain . Tapi tolong sedaya mana yang mampu je la kan .

Jadi nya , pagi ni kita ubah la laluan . cuba la melintas menggunakan jejantas tu . Jejantas ni legend kot dari zaman sekolah dah wujud . Cumanya biasa la waktu sekolah mana nak guna . Setiap anak tangga tu kemain cenonet kecik pula tu rasa macam malasnya nak kena naik tangga semata mata nak melintas .

Memang masa zaman sekolah kalau nak melintas guna jalan bawah je la . Hihihi .Tak kuasa nak guna jejantas macam dalam gambar ni . 

Tadi bila dapat lalu amboi kemain bahagia rasa dihati . Betul la orang kata , dah umur 30 ni .. Benda kecil kecil macam gini pun dah rasa happy! 🤣