Assalamualaikum . Petang tadi duduk melepak depan rumah bersama anak jiran selepas menyapu daun kering . Macam biasa , bila duduk dekat bawah baru rasa nak bukak selipar . Nak lunjurkan kaki . Tetiba terkeluar pula idea nak menulis tentang selipar ni .
Kitorang ni geng selipar Asadi . Hahaha . Selipar warna oren tu ain punya , yang kecik tu mesti la Teman Kecilku si Farisya yang punya .
Harga tak mahal . Berbelas ringgit je ! Berguna lama betul . Tahan dia . Dah pusing merata tempat selipar kitorang ni . Suka dan duka semua dirasai oleh selipar kitorang ni . Beli pun dekat Giant je ! Ternyata selipar harga yang tak mahal pun mampu mencoret pelbagai kenangan terindah untuk kami .
Selipar masih in good condition ! Tak ingat bila ain beli selipar ni . Rasa nya dari tahun 2017 ke 2018 gitu . Begitu la kalau kita selesa kan , kemana mana pun mesti di bawa dan dipakai selipar ni .
Korang ada ke selipar yang memang pakai merata tempat ..selipar tu dah pergi ? . Hehehe .
*Selipar ni lah antara saksi , tuan nya tengah rasa sedih , menangis , gelak , ketawa , gembira dan semua perasaan ... Selipar oren itu menjadi saksi !
Baca lagi tentang kisah anak jiran