Selipar Blink Blink Pink Untuk Ain

selipar blink blink pink

Assalamualaikum . Teringat pula kisah ain membeli selipar blink blink pink ini . Kisahnya ain beli pada bulan november 2021 tapi baru nak di tulis pada tahun 2022 . Kihkihkih. Ain beli selipar ni di Tesco . Nampak cantik sangat dan comel . Ain ni pula jenis suka warna pink dan suka benda benda yang blink blink . Memang akam terus tertarik . Alang - alang tu beli jela memandangkan selipar Asadi pun dah selalu sangat berkhidmat untuk tuan nya . 

Jadi selipar blink blink berwarna pink ni dapat juga la ain tukar tukar pakai kan . Selesa tau dan size kaki ain memang kecil cenonet macam gitu je la . Tak besar mana pun . Hehehe . 

Bila pakai selipar blink blink ni kan , ain perasan juga ramai yang pandang . Hahaha . Mungkin dalam hati orang mesti cakap , 'over betul selipar dia berkilat kilat gitu' . HAAHHAHA.

Baca juga kisah : Geng Selipar Asadi 

Tapau Char Keow Teow Special

tapau char keow teow special


Assalamualaikum . Inilah makan malam sempena tarikh februari yang cantik pada hari ini iaitu 2.2.2022 . Kihkihkih . Pening juga ehk fikir nak makan apa , pompampompam fikir terlintas pula menu char keow teow . Teringat pula char keow teow di ZL Bistro kedai depan masjid jamek Bandar Baru Uda tu .

Dalam kereta masa on the way tu fikir fikir nak pilih char keow teow kerang ke atau udang . Tuptup  kenapa mesti kena pilih kalau boleh order sekaligus? Hahaha . Order lah char keow teow special dapat sekali udang dan kerang . 

Sedap dan kena tekak ke tidak ? Kureng sikit pada ain . Entah la lately ni semenjak tapau makanan luar , asyik dapat makan tak berapa sedap je .

Untuk char keow teow special ni harganya RM 7 sahaja . Ain rate 6/10 untuk rasanya tapi tadi masa menunggu order , nampak banyak juga order dari Grabfood dan FoodPanda . Mungkin sedap di tekak orang ataupun mungkin tak banyak pilihan char keow teow di sekitar sini . Tuh je yang hado , orang kalau craving , beli jela kan . 


Korang makan apa tu sempena tarikh cantik 2 /2/2022 tu ?

Bila Aku Berjawatan Bukan 1 Tapi 2! #RandomSyukur

sheisfarahain kejiranan rukun tetangga

Assalamualaikum . Kembali lagi dalam #RandomSyukur yang mana ain akan kongsikan kisah throwback ataupun kisah kehidupan yang berlaku . Untuk tahun 2022 ini , ingatkan dah tak ada lah nak pegang jawatan memandangkan dah malas nak aktif tapi apakan daya  , amanah dan tanggungjawab yang dipercayai oleh masyarakat .

Kalau yang pernah baca entri yang lepas bertajuk Perkhabaran Duka , semua dah sedia maklum makcik setiausaha kejiranan wanita tempat ain dah meninggal dunia . Jadinya jawatan setiausaha di serahkan kepada ain . Berat tanggungjawab ini yang ain perlu galas dan sebenarnya ain memang dah tak nak dah pegang apa -apa jawatan memandangkan ain dah pernah merasa berjawatan ni sejak dari bangku sekolah sehingga ke zaman universiti . Bertanding pilihan raya untuk menjadi wakil pelajar pun dah pernah . Pada ain , cukup dah pengalaman berjawatan ini dan ain tahu apa yang akan berlaku terutama kepada orang yang tidak suka kepada kita .

Baru - baru ini juga telah diadakan Mesyuarat untuk pemilihan AJK KRT untuk tahun 2022-2023 dan nama ain telah diangkat lagi ke KRT induk . Aduhai , ikutkan memang ain tak nak tapi sebab layanan baik dari ibu ibu (kejirananwanita ) disini , ain terima je la . Tak cukup dengan jawatan Setiausaha Kejirananwanita , ain dipilih menjadi Ketua Jiran Muda disini . 

Aduhai , takut sebenarnya bila berjawatan . Sebab nya menjadi harapan masyarakat disini , ain pula jadi kekok . Cuma bila dah berjawatan pada usia 31 tahun ni kan , Ain dah banyak tak agresif macam zaman belajar dulu . Dulu - dulu bila orang hentam ain , maki ain dan bermacam lagi ain lawan balik . Berbeza dengan sekarang ain lebih banyak cool , dan berdiam serta belajar buat keputusan secara rasional dan dalam keadaan tenang .

Niat ain bila diamanahkan sebagai Ketua Jiran Muda ni tak besar mana pun cukup dapat melahirkan anak anak jiran yang lebih berkualiti , jangan buat benda merepek , saling kenal mengenali sesama jiran dan mencorak masa hadapan dengan lebih bagus  . Nak tambah lagi , gunakan social media dengan cara yang betul . Memandangkan ain memang bekerja dalam dunia social media , jadi tak salah untuk ain educate anak anak jiran disini . 

Cuma tu la dalam pada kita masih dengan situasi covid la dan entah apa lagi isu semasa ni  , tak banyak aktiviti kejiranan boleh dilaksanakan . Harap sangat ain dapat jalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan bagus . Insyallah ~~