BERBUKA PUASA DI BUFFET RAMADHAN HOLIDAY INN EXPRESS JOHOR BAHRU

BERBUKA PUASA DI BUFFET RAMADHAN HOLIDAY INN EXPRESS JOHOR BAHRU | Ibarat pucuk dicita ulam mendatang yer pada ketika itu . Pada hari tersebut ain memang la malas gila nak masak . Tapi , memandangkan dah beli barang dapur nak tak nak dalam hati kena la masak juga. 


Sekali tiba-tiba ada yang mesej jemputan untuk berbuka puasa di hotel . Astagfirullah , ibarat langkah kanan pada ketika itu . Bukan untuk seorang atau 2 pax je tapi boleh bawak sehingga 4 pax . Kita pun yang malas memasak terus la book. Niat dihati nak bawa lagi 2 anak jiran . Siap dah mintak izin mama nya terlebih dahulu tapi yela kan budak sekolah penat balik sekolah , tahu tahu tetido . HAHAHA . Jadinya kita jemput anak jiran yang lain si Aliyah tu . Dia pula tengah free jadi kita ajak dia je la . Si Aliyah tu kemain semanagat yer tanya kak ain pakai baju apa , tudung apa . Dalam hati ni , "wow budak ni boleh bawa pergi majlis lepas ni sebab dia tahu nak kena bersiap". Lepastu ada 1 kerusi kosong lagi tu ingat nak ajak kawan lelaki kita tu , tapi dia tak boleh pula . Jadinya , pergi la bertiga ain , abang ain dan si anak jiran aliyah.

sheisfarahain di holiday inn express johor bahru


Kami sampai awal yer dan terus bergambar di prop yang disediakan di bahagian lobby. Agak-agak orang dah ramai , kami naik semula dan ambil la gambar makanan. Untuk pengetahuan korang , pekej buffet ramadhan disini boleh dikatakan murah dan tak lebih dari RM 100 . Ini kerana ruang makan disini kecil dan tak boleh memuatkan jumlah tetamu yang ramai . Kalau korang nak cari pakej buffet ramadhan yang harga biasa -biasa , boleh la pilih untuk berbuka disini . 

berbuka puasa di holiday inn express

salam ramadan sheisfarahain


Istimewanya disini ialah Briyani Kambing . Ain harus akui kesedapan briyani kambing disini kerana ain ni kurang gemar nasi briyani . Tapi nasi nya sangat sedap dan kambing nya juga sedap dan lembut dimakan begitu sahaja . Hehehhe . Menu lain yang sedap ialah laksa johor , sup rawon dan pelbagai jenis lauk pauk . Ain ni kan penggemar ketam kan . EH ! AKU MAKAN JUGAK YER TAK PEDULIK WALAUPUN NAK KENA KRUK KRAK KRUK KRAK DEMI MENDAPATKAN ISI KETAM . (saja besarkan font) . Ketamnya direbus elok dan dimasak dengan sedap , jadinya tak susah langsung nak makan. 


Selain itu , terdapat juga 3 jenis asam pedas iaitu asam pedas kupang , asam pedas daging dan asam pedas udang . Fuh sedap . Ain ni pula jenis tak makan segala sambal belacan la , cencaluk la dan budu. Tetapi anak jiran ain si Aliyah tu makan dengan nasi putih . Dia cakap "kak ain sedap tau cencaluk ni makan dengan nasi putih" . Dia ni pula jenis hantu kupang , astagfirullah kemain selambak yer diambilnya . 

briyani kambing

masak ketam buffet ramadhan

lauk berbuka puasa

laksa johor

pelbagai lauk pauk


Biasa la kalau first round dah settle , selalunya pergi solat magrib dulu dan akan ada second round seterusnya kan . Begitu la gaya orang yang pergi ke buffet ramadhan . Ain makan jeruk dan pencuci mulut seperti buah -buahan . Ain ni hantu makanan yang bermasam eh ada pula jeruk -jeruk dan potongan buah mangga . Kita bedal la . Si aliyah sempat buat abc yer makan bersama dengan aiskrim . Dia juga makan kuih muih yang ada , macam ain ni kurang sikit makan kuih muih . Dia cakap sedap - sedap kuih muih disini . 


sheisfarahain dan aliyah

So , tunggu apa lagi , datang la berbuka di buffet ramadhan Holiday Inn Express Johor Bahru . Nak makan buffet ramadhan boleh , cuma yang tak boleh nya kalau membazir . Jangan membazir okay , ambil makanan yang perlu sahaja . 


buffet ramadhan holiday inn express johor bahru

DOA SUPAYA REZEKI TIDAK PUTUS

DOA SUPAYA REZEKI TIDAK PUTUS | "Ya Allah , aku sedih ..kenapa rezeki ku terasa sempit ? kenapa rezeki ku sedikit sangat ? kenapa aku tak dikurniakan rezeki mu yang melimpah ruah itu ya Allah ?" . Sesungguhnya aku yakin dan tahu hanya Engkau la yang Maha Memberi Rezeki . Rezeki Mu sangat la melimpah ruah , sebagai hambamu ini , Engkau limpahkan rezekiMu itu secukupnya kepada hamba mu ini , rezekiMu yang hanya perlu untuk hambaMu ini . 


Kita selalu merasa resah dan gelisah , sering tertanya -tanya kenapa rezeki terasa sempit ? Kenapa la aku tak boleh rasa nikmat kekayaan ? Bukan la mahu meriak pada yang lain , tapi hanya sekadar untuk merasa nikmat rezeki melimpah di muka bumi ini . Gitu la rasa kalau duit hanya cukup-cukup makan je kan . Nak beli barang pun memang berkira-kira , hanya beli barang keperluan sahaja. 

doa murah rezeki


Kadangkala kita selalu terlupa , terlupa untuk melihat orang yang lebih susah dari kita. Apabila kita diuji , terus kita rasa sedih dan lupa yang Allah Yang Maha Memberi Rezeki . Rezeki bukan hanya pada wang ringgit , tetapi kesihatan yang baik , keluarga yang bahagia , rumah yang selesa , makan yang cukup , sentiasa merasa bahagia juga satu nikmat rezeki dari Allah . 


Jangan la kita jadikan wang ringgit sahaja sebagai pengukur rezeki. Mungkin , yang indah dimata dan yang kita nampak itu banyak wang ringgit , tapi belum tentu merasa bahagia . Oleh itu , marilah kita bersama - sama mengamalkan doa ini supaya rezeki kita tidak putus dan sentiasa melimpah ruah . Insyallah .


DOA SUPAYA REZEKI TIDAK PUTUS


Nak murah rezeki ? Jangan lupa untuk sentiasa doakan kesejahteraan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita . Insyallah , pintu rezeki kita akan sentiasa terbuka luas dan sentiasa mendapat rezeki dari Allah .

nak murah rezeki

Kepada yang membaca posting ini , ain doakan semoga rezeki mu sentiasa dilimpahi dan mendapat keberkatan dari Allah . Doakan ain juga yer . Insyallah .

DAH LEBIH SEMINGGU BERPUASA BARU LA AKU KE BAZAR RAMADHAN

DAH LEBIH SEMINGGU BERPUASA BARU LA AKU KE BAZAR RAMADHAN | Gitulah bila waktu berpuasa ni kan tak lain tak bukan mesti nak ke bazar ramadhan . Entahla , semenjak dah 30 an ni dia punya excited pun dah tak rasa sangat jika dibandingkan dengan waktu zaman sekolah dulu . Bazar Ramadhan dekat kawasan Bandar Baru Uda ni memang antara bazar yang popular di Johor Bahru ni .


Bukan satu bazar ye yang ada , tapi ada dua bazar ramadhan di Bandar Baru Uda ni . Memang kalau bulan ramadhan ni paling bercinta nak keluar rumah waktu petang . Sebab memang tak boleh nak elak dari jem . Lebih rela berjalan kaki ke bazar dari nak naik kereta . Untuk tahun ni , ain menjengah ke bazar ramadhan selepas dah hampir seminggu berpuasa.

makan beli di bazar ramadhan


Kawan ain siap cakap lagi "aku tengok dah macam semut dah orang masa hari first puasa haritu" . HAHAHHAA . Jadinya , pada 9 Ramadhan baru la ain berkunjung ke bazar ramadhan jalan padi ria yang berdekatan dengan Masjid Jamek Bandar Baru Uda. 


EH , beli makanan di bazar dah boleh buat harga mas kahwin.


Mesti tertanya - tanya kan apa yang ain beli ?


Ain beli kebab , ayam percik , popiah otak -otak dan karipap sardin , nasi kukus ayam berempah , nasi ayam dan air kelapa sirap . Ayuh la kita buat perhitungan duit yang terkeluar ketika membeli di bazar ramadhan .


Kebab ayam = 3 RM 10 

Ayam percik = 3 RM 10

Popiah otak - otak = 5 keping RM 3

Karipap sardin = 5 keping RM 3

Nasi Ayam = RM 7

Nasi kukus ayam berempah = RM 6

Air kelapa sirap = 3 bungkus RM 5 


Jumlah RM 39 . Air kelapa tu ada pakcik belanja . Pakcik tu memang tengah beli air kelapa jadinya dia cakap belanja dekat beberapa orang yang tengah beli pada waktu itu . Fuh , sekali tengok dalam sekali ronda je dah boleh lesap RM 39 . hahahha.

kebab ayam

popiah otak otak dan karipap

ayam percik bazar ramadhan

nasi ayam aisyah hoon

nasi kukus ayam berempah


Tapi tu la , ayam percik tu kitorang buat makan sahur . Ain cuma kukus semula nasi semalam yang tak habis . Ain makan nasi kukus and abang ain yang makan nasi ayam . air kelapa pula kitorang hanya buka 2 bungkus je semasa berbuka lagi sebungkus minum masa sahur . Kebab nya yang bungkusan ketiga kitorang belah dua jadi nya seorang makan 1 set setengah . HAHAHA . Gitu lah pembahagian harta pusaka yang dilakukan . HAHAHHAA . 


Kisah tahun lepas : Dah hari ke 20 baru nak ke bazar ramadhan


Bezanya kalau beli ni senang la tak payah penat memasak , tapi tu la dia punya pengeluaran aduhai .. Kalau memasak pula memang terasa penat tapi banyak duit dapat dijimatkan juga . Korang setiap hari ke pergi bazar ramadhan tu ?