PENCUCI MULUT SAGU PUN NAK WARNA PINK JUGAK KE ?

PENCUCI MULUT SAGU PUN NAK WARNA PINK JUGAK KE ? | Kalau dah sampai ke bazar ramadhan ni tak lain tak bukan mesti la mata ni melilau nak membeli apa kan . Pusing punya pusing sampai rasa nya dah boleh kira dah berapa banyak kedai yang jual roti john dan murtabak dekat situ kan .


Kisahnya terbeli la pencuci mulut sagu yang berwarna pink ni . Cerita nya ayah ain nak mintak belikan pencuci mulut. Macam ayah ni suka puding koktail . Beli tu je dia dah rasa okay . Haa , kita pun apa lagi cari la pudding koktail yang mana berkenan di hati . Lepastu terpandang sagu berwarna pink ni di sebelah nya . 

sagu pink


Terus beli yer ! Dasar peminat warna merah jambu la katakan . Hehehe . Selalunya kan orang jual sagu gula melaka kan , tapi kali ni sagu berwarna pink . Ain rasa hanya letak pewarna je kot tu . Entah la . Rasanya biasa biasa je . 


Keesokkannya ain beli sagu mangga tau . Sebekas RM 5 . Banyak buah mangga yang diletak dalam tu . Tapi lupa pula nak ambil gambar . Kenapa ain tetiba suka pada pencuci mulut sagu ni ? Semuanya sebab tertengok video Youtube Tokwan Kami . Terus rasa nak mencuba dan mencari . Kihkihkih.



Korang suka jugak ke pencuci mulut sagu ni ? 

PENYELAMAT DI KALA HARI HUJAN

PENYELAMAT DI KALA HARI HUJAN | Begitulah kita kalau cuaca terlampau panas , kita merengek pada tuhan meminta hujan untuk turun membasah bumi . Tapi apabila musim hujan tiba , kita merungut bertanya tuhan "kapan tiba cahaya matahari yang kuat mengeringkan bumi" . 


Semenjak dua menjak ni di Johor Bahru memang asyik la panas . Tapi apabila tiba musim hujan , aduhai susah pula kain baju nak cepat kering . Jawabnya kena la menghantar ke dobi . Di kawasan rumah ni memang banyak kedai dobi di sekitarnya . Tinggal pilih je mana yang berkenan . Semenjak dah nak menghitung hari raya ni kan , mestila nak membasuh langsir dan sofa . 


dobi dikala hujan

Guna je langsir yang lama selagi masih elok . Sarung kusyen pula basuh lepastu ingatkan panas la eh sekali hujan turun pula. Dah macam berbau masam pula sebab kurang kering . Jadinya , kita mendobi la . Orang yang buat bisnes dobi ni sebenarnya besar juga pahalanya kan . Memudahkan urusan dikala hari hujan . Bukan itu sahaja , kalau yang tiada washing machine dan tak sempat nak kering kan baju boleh je terus basuh dan dryer di dobi .


Ain perasan dekat dobi ni la mak ayah dapat spent time dengan anak - anak . Dekat dobi ni la terus boleh melipat baju selepas mencuci dan mengering. Dekat dobi pula kan siap ada wifi kan , jadinya mudah la sambil menunggu tu sambil tengok telefon .


Mood raya korang macam mana ? Dah banyak buat persiapan ke tu ?  

TAK SEMUA SOCIAL MEDIA KITA PERLU ADA

TAK SEMUA SOCIAL MEDIA KITA PERLU ADA | Gitu la yang ain rasai sekarang ! Menjauh dari social media . Social media boleh buat jadi kebaikan pada kita dan boleh jadi buruk juga pada kita. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengawal apa yang kita lihat dan baca setiap hari di social media.


Kalau ditanya pada ain , jujurnya Facebook dan Instagram ain dah uninstall di handphone. Bila ada event yang perlu diupdate je ain akan install semula . Selepas mood tu hilang terus ain pun uninstall . Facebook hanya buka kalau on laptop je kalau tak memang tak reply la mesej orang . Instagram lagi la kadang lebih dua minggu tak buka langsung , kalau nampak ain update story tu haa maksudnya ain tengah bukak Instagram la.


TAK SEMUA SOCIAL MEDIA KITA PERLU ADA



Jadinya apa ja social media yang masih ada dalam telefon seketul ain ni ? Jawapannya Twitter dan Tiktok . Double T gitu yer . Twitter sebab ain rasa best cuma kalau yang jenis spill the tea tu memang ain tak interested nak membaca la . Tiktok pula ain pilih-pilih content yang ain nak tengok . Algorithm tiktok di fyp ain best sebab dah selari dengan interest yang ain suka . Jadinya , tak keluar video yang merapu sangat .


Entahla , kenapa dah rasa macam tak ada feel nak tengok Facebook dan Instagram tu . Maybe sebab malas nak ambil tahu hal orang . HAHAHA . Yela , bukak facebook tengok status kengkawan , bukak Instagram pun sama . Bosan gila rasa . Buka TikTok dan Twitter memang ain tak ramai kengkawan yang tahu . Seronok tengok kreativiti orang menghasilkan video di TikTok.


Ain ni pula jenis suka buat video story (video pendek) . Jadinya sekarang ni ain cari je video - video sebelum ni dan post di TikTok . Dapat 100 views pun dah happy . Maklumlah followers baru 200 lebih . Ni pula tengah dok gasak buat video trasition raya. Buat yang simple simple je dan yang penting buat video ni sebab nak enjoy kan diri sendiri je . 


Ain edit video pun guna apps Capcut dan Inshot sebabnya dua apps ni paling senang nak guna . Sebenarnya , kita ni boleh je produce banyak content tapi tu la kadang banyak sangat distractions dan juga penyakit M. PENYAKIT PEMALAS NAK MAMPOS! Sama je dengan update blog juga. Kalau penyakit pemalas ni dah datang , astagfirullah .. Tak boleh nak kata apa lah kan . KIHKIHKIH. 


tips healing dari social media


Kesimpulannya , kita semua ada waktu yang sama iaitu 24 jam . Kalau kita rasa burn out dan stress , social media bukan lah tempat yang paling best untuk dipilih . Off social media tu ! Talk to your real friends , enjoy environment yang ada di sekitar kita . Trust me , bila kita kurangkan masa kita di social media , kita akan rasa banyak gila masa 24 jam yang tuhan berikan setiap hari tu kepada kita . Paling best , tidur pun boleh ontime ! HAHAHAHA .