8 Hari Bulan 8

 8 Hari Bulan 8 


Cantik betul tarikh hari ni . Teringat tarikh 6 bulan lepas . 8 February. Tarikh hari jadi . Fuhh , tak sangka 6 bulan ni seperti rollercoaster. Macam naik rollercoaster , kejap di atas , kejap di bawah . Kejap rasa nak tercabut jantung ni , kejap laju kejap slow , kejap belok kejap tegak . 



Penuh rasa ! Sampaikan rasa macam dah tak semangat . Tapi , kena kuatkan diri . Sebab tahu , tuhan beri kita hidup untuk rasa . Untuk terus harungi hidup yang di hadapan . Tak nak dah toleh belakang . 


sheisfarahain 2022
Gambar ni diambil masa 8 ferbruary haritu


Saja la bermadah disini , i guess this is my comfort zone where i can express the feeling. The reason malas buka Facebook sebab nampak kawan kawan dah capai itu ini . Dah kahwin , ada anak , berjalan sana sini tak yah cerita la . Instagram aduhai lagi la . Sampai rasa malas nak buka . Mostly Instagram ni nak cerita benda best je . Gambar nak yang herlok cantik je . 


Chop chop chop.. Bukan tak bersyukur . Sangat bersyukur . Kalau rasa diri ni susah , ada yang lagi susah . Kalau rasa diri ini tidak bahagia , ada lagi yang langsung tak rasa kebahagiaan . Fuh , tak sangka hidup sesulit ini ye . Tapi bila orang tanya , okay ke? .. Selamba badak jawab okay ! 


Padahal nangis . Padahal tengah sendu . Tak apa , i just proud of myself . Insyallah , selepas hujan yang turun pasti pelangi akan muncul kan . Kita hanya perlu sabar . Sabar dengan aturan dari Tuhan .


Semoga diri ini tidak lalai dengan perihal dunia . Betul la orang cakap , "yang selalu gelak ketawa ni la ... paling cengeng paling banyak nangis dalam diam" 🥲


xoxo, 

ain 🥰

TIDUR DEKAT KAMPUNG

 

tidur di kampung


Tidur dekat kampung .


Macam macam perasaan ade , iyela kampung kan dah lama tinggal 🤣 Otak ni mula la jadi overthinking . Macam macam yang membelenggu di fikiran katanya . 

Sebelum nak tidur dekat tempat yang kita tak biasa tidur , tepuk tepuk dulu bantal . Kebas kebas kot ada habuk habuk walaupun kita tukar cadar baru kan. Bukak cermin dan tingkap biar angin masuk.

Tapi , nak buat lagi rasa selesa . Senang je ! Spray perfume . Automatik terus rasa selesa dan aaahhh terus dah tak overthinking ! 

Nak wangi ? 
ihadiah.com kan ada 

xoxo , ain 💓

BACA LA UNTUK TAMBAH ILMU

 

BACA LA UNTUK TAMBAH ILMU SHEISFARAHAIN



Baca la untuk tambah ilmu🧐


Honestly , nak membaca buku sekarang ni memang tak sempat lepastu pulak memang jiwa membaca buku dah kureng . Tapi , ain jadikan habit membaca juga yer . 

Walaupun bukan membaca buku , membaca dan mencari ilmu untuk website development ain. Ahaa , consider juga la yer membaca tu .

Bukan senang nak cari knowledge cara nak naikkan sales ,  cara nak buat marketing , buat content marketing , kenali customer idaman dan sebagai nya yang berkaitan dengan bisnes.

Itu lah bacaan harian ain ! Yes , ain memang suka social sharing lagi lagi orang share di social media tentang bisnes . 

Begitu lah , nak hidup kan .. Find something you really in love with! And I'm in a relationship with my bisnes right now . 

Nak wangi ? 
ihadiah.com kan ade 

 xoxo , ain❤️