INSTANT SHAWL WITH INNER BEST DARI NORAZITAH COLLECTION

Hello ladies , yang mana tengah cari instant shawl sekali dengan inner best? Yang paling best of course cepat bersiap . Bukan cepat bersiap je , malah tak payah gosok ? Senang je ! Kalau yang jenis malas bersiap , tapi nak nampak lawa , herlok dah la pilih instant shawl safiya dari norazitah collection ni .

instant shawl mudah tak payah gosok


Norazitah Collection ni bukan sahaja menjual instant shawl di shopee , tapi dekat butik di senawang pun ada . Kalau yang jauh tu , tekan tekan aja di Shopee. Instant shawl yang ain pakai ni , tak gosok pun tau ! Jadinya sangat sesuai untuk bawa travel , program atau jadikan instant shawl dari norazitah collection ni sebagai shawl harian uolls .


Dont worry , pelbagai pilihan yang ada . Harga pula ialah RM12.90 di shopee. Ahaaa , harga pun dah ngam terok . Tunggu apa lagi , kasi add to cart terus 2 ke 3 helai . Senang , dah tak payah asyik kena cop pakai tudung hitam je hari hari kan . 

sheisfarahain memakai instant shawl


Klik link di bawah ini untuk ke shopee okay !

link instant shawl norazitah collection

Review Laut Ke Tu ?

Review Laut Ke Tu ? 


Hai , tengah review laut ke tu ? Itu la ayat dari reply story aku oleh seseorang . Tergelak aku baca. Cerita nya semalam kawan mesej , esok pagi busy tak ? Jom healing bestie ! 

stulang laut johor bahru


Dia punya level healing tak sangka dari Johor Bahru sampai Pontian ehk . Healing pertama di Stulang Laut . Itu jela yang ada walaupun air laut tu aduhai kotor gila . Boleh la ngadap singapore . 


Lepastu kawan ajak teman ke Pontian sekejap. Alang alang terus meronda sampai ke pantai yang berdekatan . Aduhai . Kes buat dua story view ngadap laut tu yang ada cakap tengah review laut ke 🤣


Jujur nya  , walaupun sekejap terasa juga healing nya iya . Walaupun kelam kabut . Terima kasih la buat teman ku ! Ajak healing cara begini. 

kfc stulang laut


Healing aku ni simple je . Borak borak , pastu kalau dapat view pantai ke atau pun laut  pun bonus and sangat happy . 


Syukur sangat untuk hari ini 


lepak di johor bahru


xoxo,

ain ❤️

Waktu Rehat

anak kucing bulu kembang
Gambar anak kucing tengah tidur 


Waktu Rehat 


Rumah aku ni depan je dengan padang sekolah . Boleh kata semua aktiviti berkaitan sekolah memang kedengaran . Cikgu marah la , sebijik sebijik dengar . Bunyi loceng pun dengar . Cikgu buat announcement pun dengar . Murid murid memekak pun dengar . Murid murid cakap kuat kuat "terima kasih cikgu" pun dengar . 


Waktu paling havoc ! Semestinya waktu rehat . Memang havoc riuh rendah . Sebab nya kantin sekolah dekat sebelah belakang . Memang dengar jelas riuh rendah . 


Kenapa perlu waktu rehat ? 


Itu la waktu isi perut . Itu la waktu nak pergi tandas . Itu la waktu nak tidur tidur ayam kejap . Itu la waktu nak berbual dengan kawan kawan .  


Dan yang paling penting , itu la waktu singkat murid dapat bebas dari belajar . Walaupun sekejap ! 


Sama la yang terjadi dengan aku hari ni . Fuhh , semalam dah tidur awal . Pukul 9:50 malam dah tidur . Pagi ni bangun 


Terasa sakit kepala . Sangat . Dah bersin bersin kemain kuat lagi . 🤣Susah jadi orang bersin bunyi kuat . Habis bergegar satu rumah. hahaha.


"I think i need a rest" 


Rehatkan badan . Rehatkan minda . Sebab dah berapa hari tidur tak betul . 


Kesihatan lagi berharga dari segalanya sekarang . Gais , if you need a rest .. Go ahead . Jangan pepah badan korang sampai lunyai. 


Bila dah sakit , susah tau nak sembuh . Lebih baik adakan waktu rehat sekejap daripada nak kena redha sakit berpanjangan . 


xoxo,

ain 💖