SPAGHETTI BUTTER MILK SOSEJ

Disebabkan semalam ada baki kuah butter milk tu, jadinya kita rebus lah spageti dan gorengkan sosej macam dalam gambar. Kenapa sosej bukannya ayam ? Sebab isi ayam dah habis . 

Perasan tak sosej tu potong macam duit syiling dan digoreng sangat crunchy gais!

Selalu nya dalam peti ais ni memang Ain dah asingkan siap-siap untuk buat goreng dengan butter milk atau buat nasi goreng. Namun demikian , stok nya sudah habis. 

Sosej je yang tinggal . Bedal je la. Janji ada makanan untuk di makan ketika lunch tadi. I memang hantu spageti. Sangat suka 

Paling suka spageti carbonara ! Benda - benda creamy dan ber cheese tu memang menjadi favourite iolls. 

Gitu la , seketul Farahain. Makan simple - simple pun dah rasa happy . Walaupun simple , janji kenyang . 

xoxo ,
Ain 🤍

LARIAN 5 KM DI WAKTU PAGI

I'm not so morning person pada tahun- tahun sebelumnya. Selalu jadi burung hantu, tidur lewat malam. Pukul 3 ke 4 pagi tu memang mainan waktu dahulu. Waktu tu I would say , I dalam fasa tak bagus. I rasa bila spent waktu malam dengan banyak , ianya beri satu kepuasan.

Pada I kan , waktu malam tu waktu yang panjang. Iya , walaupun sama je sebenarnya , tapi kita akan rasa lagi lama dari waktu pagi. Jadi, disebabkan I selalu jadi burung hantu , tiba waktu pagi je kepala selalu rasa sakit . Bila waktu pagi je badan I rasa lemau dan lesu. 

End up , hari -hari I jadi tak berkualiti. Dan , morning walk la merubah segalanya. Morning walk change my bad habit. Morning walk juga buat otak I jadi super fresh dan I can think a lot early in the morning as compare tu sebelum ni yang acah - acah banyak spent masa waktu malam tu . Kononnya masa panjang la kan.

I start dengan morning walk. Jadi kan sebagai rutin. Dulu masa banyak kelas online , anak jiran yang selalu teman ataupun waktu cuti sekolah. Tapi, sekarang ... I sendiri je seorang diri berlari . 

I tak terus start dengan 5 KM . I start dengan 2 KM , hari demi hari ... semakin naik kepada 2.5 KM , lepastu 3 KM ..4 KM dan semakin hari.. I rasa 5 KM is my finish line. 

Walaupun masa I tak la power berbanding dengan orang yang dah biasa berlari , tapi I cuba juga. Penat ? Mana ada exercise yang tak penat. Kepuasan yang I dapat rasa bila exercise is peluh yang keluar . Memang banyak. Busuk pun ada juga ! hahahaha. And. after that , I feel so happy ! 

Walaupun terasa penat , namun I lagi suka perasaan selepas itu which is rasa happy. Untuk kalian yang nak start exercise, I wish you all the best. Exercise bukan sebab nak kurus je , tapi to stay fit , tak cepat mengah dan dapat elakkan dari sebarang penyakit.

"Sayangi lah tubuh badan kita.. kerana ianya adalah anugerah Allah yang sangat bernilai.. Buktikan pada diri sendiri .. yang kita sangat menyayangi diri sendiri... dengan sentiasa menjaganya "


xoxo ,
Ain 💕

SI DEBAB ALEX


Orang kata , kucing ni memang terapi untuk manusia kan. Kucing ni juga la peneman manusia ketika rasa sunyi. Boleh dikatakan orang yang bela kucing ni mesti selalu adakan masa untuk diluangkan bermain dengan kucing. Tu belum lagi yang bercakap dengan kucing .

Ini kisah si Debab Alex .

Kenapa ain panggil dia debab? Kus semangat dia sekarang. Geram tengok dia tau. Memang sedap peluk. Makan pun sedap. Tu yang jadi debab . Hahaha . 

By the way , ni sebenarnya kucing jiran sebelah tau. Bukannya kucing ain . Tapi sebab kadang-kadang dah terbiasa bagi makan , siap pekej tidur dalam rumah . Itu belum lagi pagi -pagi naik bumbung ketuk dekat tingkap sebab nak masuk . 

Alex oh alex ... Geram nengok dia time makan. Time tidur pun alahai comel sangat. Walaupun kucing jiran ,kita tumpang sekali la main dan jaga. 

Banyak gambar-gambar si debab Alex ni ada dalam phone. Nanti kita story-story lagi okay. 

xoxo ,
Ain ❤️