MY FIRST FLIGHT FROM KLIA TO KOTA KINABALU


MY FIRST FLIGHT FROM KLIA TO KOTA KINABALU

Assalamualaikum. Kemain tajuk blog kita pada kali ini very the speaking speaking bestie. Pada 2 Disember 2023 ialah tarikh dimana Ain terbang ke Kota Kinabalu. Dan ianya merupakan first time Ain terbang dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) . Banyak juga drama yang berlaku. 

Dengan tukar Gate nya la , tukar seat la . Nasib baik la belum final call. HAHAHA. Sebelum-sebelum ni Ain ke Kota Kinabalu banyak dari Johor Bahru. 

Tapi memandangkan Ain terbang ke Kota Kinabalu ni with the purpose of work, company yang Ain JV tu book kan my flight dari KL. Lepas ni pun , Ain akan banyak urusan di KL.

Siapa sangka , selama ini Ain berada di Sabah. Banyak Daerah juga telah Ain kunjungi. Cumanya belum lagi berkesempatan lagi ke Semporna. Aduhai , kita nya dahla love nature and suka outdoors activity. Sabar, ada tu nanti rezeki ke sana .

Xoxo ,
Ain 🤍

MINUM COKLAT AIS DI UPPERSTAR SABAH


MINUM COKLAT AIS DI UPPERSTAR SABAH

Assalamualaikum , dah bulan February 2024 baru terhegeh-hegeh nak update blog. Lately ni , I am super duper busy ,with new life new routine.. and yes, dah hampir 2 bulan Ain berada di Sabah kerana buat kerja-kerja as Corporate Consultant. 

Nanti la Ain cerita ehk. Ni nak cerita salah satu antara restoran yang popular di Sabah. Banyak cawangan juga. UPPERSTAR namanya. Ada la dua tiga kali juga meeting berjumpa dengan orang di restoran Uppperstar ni.

Bila masuk ke dalam Upperstar ni , teringat pula SDS . SDS Cafe yang banyak cawangan nya di Johor tu. Konsep nya lebih kurang sama cuma tak ada roti ,kek macam SDS la. Kali ni Ain jumpa dengan orang untuk meeting. Perut masih kenyang , jadi minum air je la. TAK TAHU NAK ORDER APA. 

Order je la Coklat Ais. Gitula ain , si peminat COKLAT. 

Xoxo ,
sheisfarahain 🤍