Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah 10 hari kita berada dalam tahun 2016 . Ini apa yang aku nak update untuk diary of the day :
- Berhenti merungut , cari peluang !
Aku sangat terinspirasi dengan kata kata dari pengasas Alibaba.com iaitu Jack Ma . OMG ! aku rasa macam , weyh setiap hari nak dengar speech dari dia . Kata kata dia buat aku tersedar yang , kita orang muda ini selalu sangat merungut atau bahasa omputih nya COMPLAINING ! . Boleh tengok kan dekat social media bersepah sepah orang disekeliling kita hari hari kerjanya asyik merungut . Itu tak kena , ini tak kena . Untuk berjaya , stop complaining , seek for opportunities . Itu apa yang Jack Ma cakap . Jadi , untuk kita berjaya , cari seberapa banyak peluang yang mendorong kita untuk mencapai kejayaan daripada kita merungut serta salah menyalahkan orang disekelililing kita atas kegagalan kita untuk mencapai impian .
- Misi Kurus
Rata rata semua orang cakap yang dia nak kurus tapi tak kurus kurus jugak . Tunjuk diri sendiri . Aku lah manusia yang macam gitu . Jujurnya , aku dah penat bagi berjuta alasan kenapa aku tak boleh kurus tak boleh fit . Padahal , aku ini jenis lasak suka kan aktiviti berpeluh . Jadi , aku tanya diri aku kenapa aku gagal lagi? . Jawapannya , aku banyak merungut . Aku tak lihat apa pencapaian yang aku dah berjaya sepanjang misi aku ini . Alhamdulilah , aku dah boleh lari atas treadmill ,jika dibandingkan ada orang yang tak mampu langsung nak berlari atas treadmill . Bukan itu sahaja , ada je orang yang kurus tapi langsung tak fit , bila bersukan je atau workout terus muntah . Jika dibandingkan dengan aku ,alhamdulilah ALLAH bagi aku kemampuan untuk join macam workout workout dekat gym itu . Konklusinya ,
"STOP COMPLAINING , SEEK OPPORTUNITIES"
Satu je aku minta pada uolls semua ,
KOMEN KATA KATA SEMANGAT UNTUK MENJAYAKAN MISI AKU INI SEHINGGA SELESAI .
Boleh kan ? . Okay , jumpa lagi nanti . Assalamualaikum dan bye !
Nasihat yang bagus, thank you! :)
BalasPadamJangan merungut. Bagus tu :)
BalasPadamnasihat paling bagus saya dengar hari ini
BalasPadamnasihat yg bgs utk membuatkan sy ni lebih bersemangat utk kurus! haha
BalasPadam