Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , sudah 18 hari kita berada dalam tahun 2016 . Bersyukur sangat kepada ALLAH kerana Dia memberikan ruang dan peluang kepada hambanya . Untuk hari ini , sedikit apa yang aku boleh share dalam diary of the day ialah :
- rock climbinng
Aku tak pernah main benda alah ini sebelum ini , selalunya tengok matredho juara fear factor malaysia yang dengan erin malek tu . Selalu tengok dekat instagram dia je . Pergh , kau ingat senang nak main binatang tu ? . Untuk pertama kali , memang lah akan belajar macam mana nak ikat tali , lepastu nak jadi belay (orang yang jaga tali dekat bawah) . Sumpah , kalau diberi pilihan , aku lebih rela kena buli berlari dari main binatang tu . Insyallah , sabtu ini nak main lagi . Insyallah , dengan izin ALLAH , Dia permudahkan seluruh anggota badan aku ini . Hahaha. Kalau tak pernah cuba , macam mana nak tahu kan ? Makanya , setiap apa yang kita lakukan haruslah kita berani untuk mencuba sesuatu yang baru .
- masalah tidur
Erm , korang ada masalah insomnia ? Sebenarnya , aku ada masalah itu sekarang . Hahaha . Fuh , kalau waktu pagi tu memang tak berapa nak produktif sangat lah . Kadang kalau kena attend program waktu pagi , dia punya mengantuk , hanya ALLAH sahaja yang tahu . Tapi , insyallah , kalau selalu doa kepada ALLAH , lama lama hilang la masalah insomnia aku ini . Dulu dulu , aku tak ada pula masalah ini . Teringat aku pada kawan sekolah aku , sampai dah sekarang ini pun dia masih ada masalah insomnia . Masa lepas SPM dulu mesti aku mesej dia . Sampai lah salah seorang tak reply , kira dah berjaya tidur lah tu . Bukan itu sahaja , kitorang mesti tanya , "Weyh , subuh ke tak tadi?" . Hahaha . Yelah , dah tidur tak boleh , mestilah subuh liat bangun . Apa apa pun , aku harap sangat masalah insomnia ini hilang dengan izin dari ALLAH . Insyallah .
Makanya , itu sahaja la apa yang aku nak share dalam diary of the day aku ini . Oh , tadi aku dapat blogwalking kejap je . Insyallah , aku akan lebih kosisten dalam dunia blog ini . Okay , Bye!
kak ekin ada gak masalah tidur hihihi...
BalasPadamsuka quotes kat gamba tu.. i believe i can..
BalasPadamfifie singgah follow awk fara :)
bestnya dapat rock climbing. yg real or binaan manusia? hehe
BalasPadamdah lama xjoin xtvt luar ni..
BalasPadamrock climbing ni dl mmg feveret
Saya pun dulu ada masalah susah nak tidur ni. Kekadang tu saya memang tunggu sampai Subuh then baru tidur. Lepas tu saya ada lah check website sana sini and salah satu tips ialah minum susu or benda bersusu sebelum tidur. Boleh lah try nanti :)
BalasPadam