23/366 : DIARY OF THE DAY -23 JAN 2016




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah 23 hari kita berada dalam tahun 2016 . Ya ALLAH , cepatnya sungguh masa berlalu . Hari ini , aku nak minta maaf sangat sangat , aku tak dapat nak blogwalking lagi . Dari pagi sampai petang penuh aktiviti . Maklumlah hari hujung minggu kan . Jadi , ini la sedikit sebanyak apa yang aku terdaya nak kongsi pada uolls :


  • Si Kepoh Yang Pendiam
Dulu , memang aku ini sejenis manusia yang kepoh non stop bercakap je kerja . Sehingga kan kalau disuruh untuk presentation masa study dulu , aku jadi macam , "ala , is just a piece of cake je !" . Nampak ayat berlagak dia . Hahaha . Tapi , hari demi hari , ALLAH bukakan hati aku untuk mendalami untuk menjadi seorang yang pendiam . Mungkin sebab kesan dari aku cuba untuk jadi kuat lepas ibu aku meninggal . Aku jadi manusia yang buat hal aku sendiri . Jadi macam manusia yang hanya melihat sahaja orang , instead of tegur orang itu . Boleh imagine ke tidak ? Alhamdulilah , bila kita jadi seorang pendiam , kita akan jadi lebih kepada seorang pendengar yang baik . Yela , kalau asyik bercakap je tanpa henti kadang kita langsung tak sedar yang kita buat orang terasa hati . Mungkin pada kita ianya gurauan tapi tidak pada orang mendengar apa yang kita cakap kan itu . Jadinya , banyak sebenarnya kelebihan jadi seorang yang pendiam . Hahaha. Tapi , aku tak ada la sampai diam membisu . Terus tak tau nak sembang apa . Hahaha. 


  • Kampung Sungai Melayu , Johor Bahru
Tadi ada jemputan kahwin di kampung sungai melayu , johor bahru . Ya ALLAH , ain yang orang jb sendiri tak pernah masuk ke kawasan itu . Memang ke dalam . Lebih kurang 7 km meredah ladang kelapa sawit  , baru sampai ke rumah orang kahwin itu .  Ayah siap cerita lagi , kawan dia tu dulu kalau pergi kerja naik bot . Sebab kampung ini boleh nampak bandar JB . Kitorang siap imagine lagi , "Fuh , kalau diorang nak beli KFC , MCD mesti naik bot kan " . Hahaha . Bukan itu sahaja , ain siap cakap lagi , ingat dekat Sarawak je ada kampung yang kena naik bot , rupanya dekat jb pun ada . Seronok tengok kenduri kahwin tadi .  Sebab meriah , makanan pun sedap. Dekat sini pun ada kedai kedai seafood . Insyallah nanti nak cuba rasa sebab ain ni hantu seafood lagi lagi ketam ! OMG ! 




Itu sahaja la apa yang mampu ain kongsi untuk hari ini . Nak kena undur diri awal sebab esok pagi nak berjoging ! Oh yeah ! . Assalamualaikum , tak jawab dosa ,kalau jawab sayang . hahaha. 

3 ulasan:

  1. Waalaikumussalam, pengalaman yang indah pergi kenduri kahwin di pendalaman.. maaf dan takziah keatas kehilangan bonda tersayang, Al-Fatihah buatnya.

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam,ain =)...yup setuju kadang2 silence is the best answer for all question..

    BalasPadam
  3. Saya pun hantu seafood juga! Haha

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.