86/366 : DIARY OF THE DAY - 26 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua. Hari ini dah hari ke 86 secara kosistennya aku menulis diary of the day ini . Jujurnya , ini satu pencapaian yang awesome untuk tahun 2016 ! . Best best best . Walaupun aku tak kosisten blogwalking . Jadi , untuk hari ini aku nak cerita tentang :


  • Berjaya buat coleslow kfc !
Yes , yang ini rasanya best sangat . Dari beberapa hari yang lepas aku dah save resepi ni sebab nak cuba buat . Akhirnya , menu makan malam pada hari ini dapat aku laksanakannya . Rupanya tak la susah mana. Tinggal rajin pemalas kau je nak buat ke tak nak . Bahan bahan dia simple woi , carrot , kobis , mayonis dan fresh milk . Disebabkan aku ada stock susu low fat , makanya aku gunakan jelah . Kobis dan carrot potong dadu halus halus ,lepastu campurkan je semua . Nak lagi awesome letak dalam peti sejuk . Fuuh , sedap sangat! Cuba lah woi . Sorry , tak sempat nak tangkap gambar sebab dah habis ngap semua . Hahaha . Coleslow kfc memang favourite aku . Sekarang kalau craving dah tak payah nak pergi kfc sangat , buat sendiri je . Resepi pun simple je kan . Korang pun cuba tau .


  • Dah restock barang dapur!
Kali ini punya senarai barang dapur , aku cuba banyakkan kepelbagaian sayur . Sememangnya aku beli sayur yang boleh kena tekak aku lah . Baru baru ini aku baru rasa sayur kangkung dan sengkuang makan dengan rojak petis rasa sedap . Makanya aku beli lah stok kangkung . Hahaha . Tapi , sengkuang lupa pulak .hahha. Bukan itu sahaja , aku juga cuba nak mengurangkan cheat meal aku . Sebab kekurangan stok kan . Alaaaa , pelan makanan untuk seminggu pun aku tak buat , macam mana nak reward kek season ni ? Hahhaa . Ini entri kek season yang aku nak sangat tuh . Entri kek season . Dengan ini , aku berjanji nak kurangkan percentage cheat aku sebab aku nak pakai size S hari raya nanti ! Doakan aku tau ! 


Itu sahajalah untuk hari ini . Assalamualaikum :)

0 Comments:

Catat Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.