Assalamualaikum dan hello untuk hari yang ke seratus dua belas pada tahun ini . Alhamdulilah , rasa seronok bila kita dapat selesaikan apa tugasan yang hendak kita lakukan pada hari ini . Hari ini aku nak cerita pengalaman 3 bulan aku berada dalam misiku kurus membunuh lelelamk parasit . Hahaha .
Memang betul , untuk mencapai sesuatu kejayaan , cabaran itu memang akan datang dan disitulah kita boleh menilai adakah kita ini boleh berdiri kuat mengejar misi kita itu ataupun berhenti sekerat jalan . Fuhh , sepanjang 3 bulan ini memang pasang surut dibuatnya . Yelah , untuk merubah kepada sesuatu perkara baru bukannya ambil masa sehari dua . Tapi ia perlu kosisten sepanjang masa .
Makan pada hari ini , aku bertekad nak fokus serta komited dan berdisiplin untuk mencapai result yang lagi awesome lagi sepanjang misi penurunan berat badan ini . Dulu masa 6 minggu permulaan , aku siap tulis lagi apa yang aku makan , siap buat list apa exercise yang perlu aku lakukan untuk sepanjang minggu itu .
Malangnya , beberapa minggu aku terus dah tak buat . Semalam sebelum tidur , aku tengok program extreme weight loss . Sebab aku nak dapatkan balik momentum semangat tu dan akhirnya aku cakap dekat diri aku "something that i need to change ! i need to plan it ! Imust go back to the right track !" .
Maka , petang tadi aku pun buatlah kembali jadual exercise aku dan jadual makan aku . Aku kena rekodkan . Kalau tak aku jadi macam tak on track ! Itulah , kekadang kita mesti bertegas kepada diri kita untuk mendapatkan keputusan yang lebih berjaya .
Jadi , kepada korang yang kata nak kurus , jangan cakap tapi start to take action . Dari situlah kita boleh nampak sama ada kita ini seorang disiplin ke tidak . All the best !
cayok..jangan putus asa
BalasPadambetul juga catat aktiviti kita dengan apa yang kita makan kan
BalasPadamnice entry
good luck awak!
BalasPadam