Aku dah tinggalkan zaman sekolah pada tahun 2008. Di tahun 2018 ini genap 10tahun kenangan menjadi pelajar sekolah. Aku nak cerita zaman sekolah menengah aku iaitu pada ketika aku berada dalam tingkatan 1 sehingga tingkatan 3.
Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda sekitar tahun 2004-2006. Pada ketika ini, aku menjadi pengawas.
Aku memang dah bertekad nak jadi pengawas sebab pada waktu tu nak belajar untuk jadi lebih berani dan berdisiplin. Sebab dahulunya masa disekolah rendah aku seorang yang pemalu. Disebabkan itu, aku banyak terlepas peluang.
Jadi bila dah jadi pengawas, secara automatik akan berada dalam satu level yang tidak sama seperti pelajar biasa. Baju pun warna lainkan. Mestila dah nampak bezanya.
Aku memberanikan diri dengan selalu menjadi pengacara majlis ketika waktu perhimpunan. Mula-mula tu memangla malu dan takut. Tapi, lama-kelamaan dah jadi biasa. Selalunya mesti pelajar rasa tak best datang sekolah hari isnin sebab perhimpunan kan. Tapi, aku la paling excited sebab aku suka jadi pengacara majlis. Mungkin kawan-kawan yang kenal aku pada zaman sekolah menengah dah biasa nampak aku yang talkative tapi kalau yang kenal aku dari zaman sekolah rendah dan tadika mesti akan ingat-ingat lupa siapa entah Ain ini. hahahhaa
Aku pernah juga tersalah sebut nama pengetua sampai aku langsung tak sedar sebab waktu tu aku tak cukup tidur dan kepenatan. Aku minta cikgu cari orang untuk ganti tapi as usual, mana ada orang suka nak jadi pengacara majlis perhimpunan woi. hahahhaa.Waktu kejadian itu aku berada dalam tingkatan 3.
Korang bayangkan tempat mikrofon tu depan dengan pelajar tingkatan 5. Dorang slumber badak sound aku “woi kau nak cakap, cakap la betul-betul”. hahahhaa. Dah salah tu, aku pun annouce la pembetulan tu.
Masa aku jadi pengawas juga aku ada dua orang bodyguard kuat yang selalu ada disisi aku. Kitorang geng pengawas, geng sekelas, geng yang sama-sama la. Dua orang itu namanya ialah Maizatul Akmal dan Natasya.
Aku rasa kalau diorang tiada, aku pun tak kemana. Masuk tingkatan 2, aku diberi peluang menjadi ketua pengawas sekolah sesi petang. Kau rasa? Oh, aku sekolah campur lelaki perempuan. Aku juga pecah rekod menjadi pelajar perempuan yang memegang jawatan ketua pengawas. Penolong aku lelaki sama kelas dengan aku juga. hahahhaa.
Pada tahun ini juga terasa la juga lebih bertanggungjawab. Pegang sekolah kot. Mesti orang anggap aku ni budak skema kan. Sebab pengawas selalunya budak nerd skema patuh arahan. Aku join je dengan geng-geng budak nakal.
Cuma sedihnya bila kita pelajar perempuan yang jadi ketua, ada sesetengah pelajar tak respect la. Mana nak dengar apa yang kita cakap. Disitulah peranan dua orang kawan baik aku ni sangat-sangat membantu aku.
Mai dia banyak bantu aku dari segi pelajaran. Dia akan remind aku kerja sekolah apa nak kena buat. Lepastu aku kan boyish. Aku paling allergik kelas ERT. Masa kelas memasak aku suka, tapi bab kelas jahitan ya Allah paling aku benci. hahahhaa. Aku siap upah Mai ni tolong siapkan jahitan untuk aku. Hahahha. Baik kan dia. Tak kantoi pun dengan cikgu waktu tu. hahahha. Mai juga la yang tolong applykan tawaran ke sekolah teknik aku. Dia yang paksa aku suruh bagi maklumat dia isikan. Sebab rumah kitorang dekat. Jalan kaki seberang dah sampai.
Waktu dulu rumah aku lambat pasang internet. So,aku akan lepak kat rumah dia la. Oh, by the way aku kenal Mai ini dari darjah 1 sebenarnya. hahahhaa Tapi, start rapat masa darjah 5 kot tapi paling rapat time sekolah menengah la.
Next, Tasya. Kitorang kenal Tasya since tingkatan 1. Dia pindah JB. Tasya pula banyak dia selalu call rumah aku tanya itu ini. “Hello boleh cakap dengan ain?” Hahahhaa. Tasya juga banyak tolong aku kenalkan dengan pelajar kelas-kelas lain. Kitorang pernah masuk pertandingan memasak wakil kelas masa tingkatan 1 tapi saguhati je. Yela, yang lain-lain siap bawa hiasan dekorasi macam-macam lagi kitorang buat mee goreng biasa je. Waktu tu aku akui aku memang kekok lagi bab masak. Lagi pula kena masak ikut timing. Gelabah weh. Dia yang banyak cover time tu. hahahhaa.
Tapi kisah ini terhenti sebabnya tingkatan 3, Tasya pindah ke Shah Alam. Mai pun dah rapat tak rapat dengan aku. Sebab aku ni jahat weh dulu. Aku banyak sakitkan hati Mai. Aku suka sailang friendship Mai dari sekolah rendah lagi.
Tapi aku dah minta maaf banyak kali lah pada Mai. hahahhaa. Even Mai sebenarnya yang rapat dengan Tasya. Tipula tak ada gaduh-gaduh. Lepas je tingkatan 4, aku pindah sekolah, Mai pun pindah sekolah dan Tasya lagi jauh dari kitorang.
Aku just nak kongsi, naiknya kedudukan seseorang itu pasti ada orang kiri kanan yang menyokong dan membantu. Tanpa dorang, aku sendiri tak boleh handle tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas pada waktu itu. Jadi, ingat, walau jauh tinggi mana kita berada, jangan kita lupa dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Terima kasih sahabat dunia dan akhirat aku. Semoga ada rezeki kita bertemu ye.
Oh, aku sebenarnya dah start blog since sekolah menengah lagi. Tapi bukan blog ini, aku terus lupa password, makanya kena terus buat blog baru. Blog akuainkausiapa ni blog kedua sebenarnya. Hahahhaa. Nak tahu siapa yang ajar aku suruh buat? Mai la. Hahaha. Tanpa dia, aku tak akan kenal blog itu apa.
Ehem.... Ehemmm... Singgah sini... Salam kenal ye...
BalasPadamSweetnyaa..Indahkan kenangan waktu sek..
BalasPadamRindunya nak sekolah! Sis dulu pustawan ghehehe
salam kenal.
BalasPadamakak dulu pun pengawas. mmg kira level lain sikit kan. anyway, cumel je dalam baju pengawas tu.
hye blogwalk here and done follow! visit mine at https://faris-ris.blogspot.com/
BalasPadamPENGAWAS TINGGI DISIPLINNYA...BAGUS TU
BalasPadamwahh..akak lak jadi pengawas masa tingkatan 1 je..lepas tu tak nak jadi dah, hahahaha!!
BalasPadamSalam kenal..and follow #1504..
BalasPadamsatu transformasi yg baik..jd pengawas utk self-improvement..
mesti selalu tangkap orang pengawas ni. hehe
BalasPadam