korang boleh tengok dekat highlight ain masak |
Tahun 2015 tak silap aku ada beli periuk Noxxa pressure cooker. aku beli sebab aku nampak banyak yang boleh aku buat dengan periuk ni. So, aku start dengan google dan tengok dalam group Fb pengguna periuk Noxxa cara diorang masak. Lama-lama aku jadi rasa mudah.
Dalam seminggu tu boleh dikatakan majoriti aku memang masak lah. Kadang sempat amek gambar kadang terlupa sebab lapar. hahahhaa. Bila pakai pressure cooker ni, masakan kita akan jadi lagi sedap and just nice rasa dia.Kita tak payah nak bersungguh letak lagi perasa or other ingredients dalam masakan kita.
Seterusnya, banyak kan berkawan dengan mereka yang selalu masak, yang dah kahwin. Macam aku akan tanya , “akak masak macam mana ehk?” , “selalu pakai apa yer?”. Haa,tanya lah. Bila dah tanya time kau beli barang dapur, cuba cuba belajar beli bahan yang asas je dulu. Contoh bawang merah & putih, halia. benda basic yang selalu ada dalam masakan.
Cara aku pulak kalau masak sayur tak payah nak bersungguh cukup bahan macam aksesori banyak sangat yang end up kau buang dan letak tepi je. Contohnya seperti cili merah ke, bawang hoolland. Kan MEMBAZIR. Style aku mostly masak tumis air je. Jarang pakai minyak, contoh masak kobis air . Masuk kobis letak serbuk knows serbuk perasa tu sedikit dan air biar sampai masak dan settle. Tak payah nak mencantikkan sangat masakan kita yang end up kita tak makan. Sama juga macam lauk, contoh ayam masak kicap, ada orang kan letak tomato sebagai aksesori yang ada tak makan, tak payah letak. Ingat! Jangan nak nampak cantik kan masakan end up kita membazir. Misi kita nak kosisten memasak sebab nak saving dan jaga kuantiti kandungan garam,gula yang akan masuk dalam badan kita.
Prinsip aku kalau nak makan sayur-sayur yang ada aksesori ni bila aku makan dekat luar. Dan juga lauk yang memerlukan kos yang banyak, aku takkan masak. Aku lebih prefer makan je dekat luar. Contohnya, dekat rumah kau semua orang tak makan laksa. Kau je seorang yang makan. Tebiat apa nak masak? Makan jela kat luar. Dalam masakan juga kita dipupuk untuk ada sikap kita bertimbang rasa.
Bukan itu sahaja, aku juga tak akan masak masakan yang leceh yang perlukan masa menyiapkan sangat lama. Lebih baik beli je. Ingat point mula mula aku, cari resepi SIMPLE , MUDAH , RINGKAS. Okay,selamat mencuba. Ikhlas,ain masak.
siapa cakap hehe
BalasPadamtringt lagu “ ko masak lempeng, lempengku hangus” ., huhuhu salam kenal
BalasPadamEh sapa cakap tu ? Nak kena gantung kat pokok ceri agaknya hahaha.
BalasPadamSis pun ada periuk Noxxa tapi masak certain menu aje..hehehe
Yang penting kena rajin masak dan rajin mencuba pelbagai resepi.
BalasPadamLagi satu, kena belajar dengan orang2 yang terrer masaklah.
ni yg tergoda nak beli periuk noxxa ni..baru berbual dgn sis lin ari tu.. keep it up ain,,teruskan kerajinan memasak..
BalasPadamhahaha. ada betul jgk apa akak cakap . semuamya bergantung pada orang tu sendiri sama ada nak usaha atau tidak. kalau dari awal xnak cuba sampai ke akhir mesti xnak kan haha.
BalasPadamMacam mus sendiri eager nak masak tapi kekangan masa, bahan dan sebgainya so masakan berat berat macam payah sikit. kalau lah kaya ni hhaha hari hari nak cuba masak ha hahah. nice post !