TIJANI MOTORS : KEDAI KERETA IMPORT BARU DAN TERPAKAI DI PONTIAN


Berita gembira special untuk orang-orang Pontian , Johor . Korang sekarang dah tak payah pening-pening mana nak cari kedai kereta di tempat korang kerana kini Tijani Motors telah bertapak di kawasan Bandar Pontian Kechil . Ain bersama-sama dengan team JDT Blogger telah menghadiri satu Majlis Perasmian & Kesyukuran pada 27 April 2018. Senang je nak cari kedai kereta ni, korang nampak MCD akan terus nampak kedai Tijani Motors ni.


Alhamdulilah , majlis berlangsung dengan jayanya. Disini , jom Ain nak kongsikan kepada korang sedikit sebanyak tentang Tijani Motors . Diinspirasikan oleh 'Misi Dekad Baharu Johor' yang telah diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam merealisasikan Visi Johor Berkemajuan , Tijani Motors Sdn Bhd merupakan ahli kumpulan Gemilang Zamrud Sdn Bhd telah melangkah setapak lagi dengan memulakan perniagaan di dalam industri automotif.








Penubuhan Tijani Motors adalah untuk menjadi salah sebuah peniagaan automotif terutamanya dalam kategori import terpakai yang dimiliki oleh usahawan Bumiputera. Dengan lokasi menarik. produk-produk yang berkualiti, dan merupakan pengedar kereta import pertama di Pontian, Tijani Motors bersama rakan niaga iaiyu Yamud Enterprise bakal menjadi pemangkin dalam industri usahawan automotif import terpakai di daerah Pontian, dan visi seterusnya adalah untuk berkembang ke seluruh Malaysia.



Tijani Motors Sdn Bhd menjanjikan kepada penduduk Pontian iaitu "great price , great vehicles, great service", apa tunggu lagi, jom serbu ramai-ramai di kedai kereta Tijani Motors. Jangan lupa untuk kongsikan kepada kawan-kawan dan keluarga yang berhajat membeli kereta import kerana semestinya pilihan yang tepat hanya di Tijani Motors Sdn Bhd.


TIJANI MOTORS SDN BHD
Lot 979, Bandar Pontian Kechil , 82030 Pontian , Johor
HUBUNGI : +6013-6854217 (Dzol) / +6012-7099908 (Ismail)
INSTAGRAM : @tijanimotors

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum ain...bestnya nak sebiji boleh...

    BalasPadam
  2. Lokasi dah strategik tu...geram pula tengok Toyota Wish

    BalasPadam
  3. yang merah tu bergaya sungguh
    wish pula menawan hati.

    BalasPadam
  4. Waaa nak pergi tempah laaa ha ha ha

    BalasPadam
  5. Anak sedara ada duk Pontian, sure dia tau kedai ni agaknya...
    Keta keta mewah mcm ni nampaknya hanya mampu tengok jerlah huhu

    BalasPadam
  6. Suka jugak tengok kereta terpakai tapi takut kalau terkena dengan kereta potong..huhu

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.