ENTRI BERSAMBUNG DARI PART 1
Aktiviti pertama yang Ain cuba ialah menembak “painting shooting”. Uish, yang ni bukannya boleh tembak gitu-gitu je, kena betul-betul target. Tapi, Ain agak tidak berpuas hati terhadap diri sendiri sebab tembak tak tepat. Mungkin sebab tangan tak bedong🤪. Kalau korang nak yang lagi mencabar, boleh cuba Paintball. Ni lagi betul-betul macam berperang.Hahaha.
Selepas itu, Ain beranikan diri mencuba ATV. Ain ni dahla penakut. Bawa motor pun tak pernah. Inikan nak bawa ni. Hahaha. Yang ni boleh cuba 3 pusingan. Mula-mula memang neves woi. Dengan ape benda yang diterangkan pun susah nak ingat. Sebab Ain ni jenis susah nak ingat benda baru. Kes tu selalu tak ingat nama orang🤣. Tapi dapat guide daripada abang-abang yang mengajar tu, ku bedalkan juga woi. Seronok sangat.
kredit photo : Sis Lin |
Dah settle naik AtV, kita cuba memanah ke hati awak pulak. Eh! Tiber🤪. First time juga Ain memanah.Boleh tengok sendiri performance Ain macam mana. Tak kosisten langsung. Nampak sangat aku ni jenis susah nak fokus🙈.
Overall , aktiviti pagi ni yang paling Ain suka ialah ATV dan memanah. Sampai rasa nak jadikn dua aktiviti ni sebagai satu hobi iolls pula. Tiber😆. Selepas tu kami berehat dan makan tengah hari di tempat yang sama iaitu di Arabian Cofee House.
Jam menunjukkan pukul2 petang, dan kami akan dibawa menuju ke Safari Park.Haa, yang ni lah yang betul-betul kami bereksplorasinya. Selama ni Ain ingat Bukit Gambang ni hanya ada waterpark tapi rupanya siap ada Safari Park woi. Kami dibawa menaiki tram dan sampai di satu tempat berhenti, yang akan mencuba ATV wild savanah akan turun. Mula-mula hanya peserta lelaki sahaja. Tetapi, ada pulak kosong tempat, so Ain terus volunteer nak cuba.
Sebenarnya memang takut woi lagi pulak bila dengar cerita yang kita akan bawa sendiri atv tu sebelah kiri kanan ada binatang liar pulak tu. Aku ni dahla bukan pencinta haiwan sangat. Tapi, ku gagahkan juga.Mula-mula sekali, kami kena warmup dulu. Beberapa round sebelum masuk betul-betul ke tempat binatang liar tu. Hahaha.
Nanti Ain cerita lagi details okay macam mana pengalaman pertama Ain membawa ATV. Untuk pengetahuan semua, trak yang kami lalui sama juga dengan laluan yang digunakan oleh tram. Cuma yang AtV ni lagi mencabar la sebab kita bawa sendiri dan binatang memang lagi dekat dengan kita. Hahaha.
Selesai je Ain bermain ATV, kami terus ke Predator Instinct show. Persembahan ni dimulakan dengan pertunjukkan landak comel yang keluar. Comel betul sampai ada budak-budak sekolah excited nak terkam je landak tu🤣.
Selesai je persembahan tu,kami menuju pulak ke Wonderful Birds Show. Persembahan burung ni pun best sangat woi. Untung ler Sis Lin kita dapat bergambar dengan burung helang 🦅 . Jangan risau uolls, disetiap aktiviti ni nanti i akan cerita dekat uolls lagi tau. Ni kita bagi cerita cenonet cenonet dulu.😁
Habis je persembahan burung, kami terus menuju ke Simba Hill Gourmet Hall untuk tea break dan dinner terus. Fuh, kat sini korang makan sambil boleh tengok 🦁. Jangan main-main. Hahaha. Ain rasa ni first time, Ain makan sambil nengok singa tengah tidur. Hahaha. Diorang cakap singa ni tidur 18jam satu hari. Kalau kita yang tidur, boleh pening dik woi.😂.
Makanan dekat Simba Hill Gourmet Hall ni pun terbaik antara yang masih Ain ingat ialah makanan kambing dan ayamnya. Nyum nyum nyum. Perut pun dah kenyang, tapi hati masih teruja nak tengok “Abang Api” dan Tarsan Show.
So, sebelum nak tunggu abang api muncul, kami jalan-jalan di Night Jungle dulu. Dapat la nengok haiwan-haiwan dari tempat berkaca tu. Dan tibalah yang dinantikan bang api 🔥 .
Nengok macam kenal je , bang api tu..Tapi kat mana ehk😆. Kiri kanan Ain yang duduk semua kanak-kanak which is anak-anak blogger yang lain. Dorang mula-mula takut juga. Tapi bila Ain cakap “tu orang la, abang api,, tapi dia makan api” . Hahahaha. Barula diorang okay. Diorang ingatkan persembahan hantu sebab dah gelap kan.
Settle je African Yabara Fire Show, kami terus masuk ke tempat persembahan Tarsan Show pula. Eh, macam pernah nampak juga bang Tarsan and the geng ni, tapi kat mana ehk? 🤪. Rupa-rupanya , diorang lah abang ATV yang guide kitorang petang tu. Hahaha. Malam terus berubah jadi bang api dengan bang tarsan🤣.
Kami sangat enjoy dan berpuas hati dengan semua persembahan yang dipertontonkan. Tabik spring 👏🏼👏🏼👏🏼 dan haaaa tepukkkk sket dekat semua team yang menjayakan persembahan di Bukit Gambang Safari Park ni.Diorang ni superb talented. Cara diorang bercerita tentang haiwan sangat lah details dan nampak betul diorang ni memang “animal lovers”.
Malam tu sebelum kami menaiki tram untuk pulang ke bilik, sempat la lalu di ruang souvenir. Ain tengok-tengok gitu je, dapatlah tengok harga. Not bad woi. Berbaloi la untuk korang nak datang ke sini nak beli souvenir macam tshirt, mug keychain, animal toys. Harganya sangat berpatutan.
Dan malam tu, setelah kepenatan..kami pun balik ke bilik masing-masing. Walaupun penat tapi kami sangat berpuas hati. Memang betul lah kami dapat rasai kepuasan bereksplorasi di Bukit Gambang. Ini lah dia di sebalik Bukit Gambang Resort City yang orang tak tahu...Nantikan cerita ain seterusnya...jeng jeng jeng....
Tahniah JDT aweks blogger
BalasPadamBest kan.. woww, tak sabar nak tahu pengalaman bawak ATV dekat dekat ngan haiwan liorr....,
BalasPadamEHHH, 3 in 1 abam2 tuh, hahaha~
wah seronoknya dapat buat aktiviti ramai ramai macamni
BalasPadamversatile kan diorang...siang jadi bang ATV, malam jadi bang api dan bang tarsan. Hahaha.
BalasPadamSinga tu nasib dalam kandang kaca, dia punya renungan, macam nak makan engko Ain hahahahahaahahahaha
BalasPadamwahhh.. best aktiviti blogger :)
BalasPadam