SPAGHETTI BOLOGNESE GUNA SOS JENAMA GIANT,NOT BAD,SEDAP!!


Lately ni aku kerap masak spageti sebab aku ni memang hantu spageti so kita beli stok banyak-banyak dan masak je dekat rumah. By the way, aku ni memang jenis masak guna bahan paling simple woi. So masa nak shopping barang dapur dekat Giant, aku compare la harga paste Giant dengan Prego. Hurmm, why not kita try Giant kan? Makanya kita pun cuba la.

Dan inilah hasilnya. Apa yang aku masak campak-campak?

Bahan-bahan
1-Bawang
2-Sos Bolognese Giant
3-Garam & Gula
4-Sedikit minyak
5-Sosej potong kecil kecil

Cara-cara:
1-Rebus spageti macam biasa
2-Panaskan minyak(paling sedikit aku letak sebab kita nak tumis ala-ala gitew je)
3-Kuali dah panas, masukkan bawang dan goreng sampai macam garing sedikit masukkan sosej
4-Nampak macam dah garing masukkan sos bolognes tu, main agak-agak je tu dan masukkan air
5-Balance kan dengan rasa garam dan gula. Ni pun ain letak paling rasa hujung-hujung je.
6- Hidangkan bersama dengan spageti dan sedia untuk dimakan!


Dalam gambar ni ain makan kongsi dua orang. Alhamdulilah,kenyang! Selamat mencuba! Tiber aku jadi chef wan! #ainmasak #awakmakanape

Gais, gi check instagram @awakmakanape now! Kalau korang makan atau masak, jangan lupa letak hashtag #awakmakanape dan tag @awakmakanape 🍽

9 ulasan:

  1. Terbaikkklah Ain... Nampak sedap tu.. Simple je.. Lagi best kan

    BalasPadam
  2. tiba tiba sha pun lapar spagetti huhu boleh try la sos ni pasni

    BalasPadam
  3. dulu akak macam ain la...hantu pasta...macam2 resepi bole jadi dengan ape yang ade kat rumah..skang tak rajin..hahahah

    BalasPadam
  4. Akak pon peminat pasta, so far tak pnah lagi try brand giant ni, lain kali boleh try

    BalasPadam
  5. perghh..dia up lagi spageti dia...

    BalasPadam
  6. zbolognese for me, carbonara for my wife and our princess.. hee

    BalasPadam
  7. walaupun tak minat spaghetti tapi nampakk aummmm hehehe

    BalasPadam
  8. Nanti ko try jenama Tesco, pun sedap oiiii

    BalasPadam
  9. ye ke? serius sedap? boleh la try ni nanti. Tq Ain :D

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.