#REKOMENFILEM : PADMAN , FILEM WAJIB DITONTON OLEH WANITA
Beberapa minggu ini, ianya macam menjadi satu rutin wajib aku untuk menonton movie sebelum tidur. Aku jadikan ini sebagai rutin kerana aku kan storyteller. Kah! Aku suka belajar dari kisah hidup orang dan daripada movie yang kita tonton pun banyak pengajaran yang boleh dipelajari bukan. Macam mana aku nak cari movie yang sesuai untuk ditonton? Aku akan bukak twitter dan cari hashtag #rekomenfilem . Dari situ, aku baca la sikit apa yang orang tulis. Lepastu carilah movie nya😁
Filem wajib ditonton untuk kaum wanita
Aku ternampak satu tweet ni, dia rekomen filem Padman. Gais, terus aku tertarik nak tengok. For your information, aku jarang tengok movie dekat panggung wayang. Sebab aku ni jenis tak fokus kalau dekat wayang. 🤣 Kalau dekat rumah tengok santai-santai terus fokus sampai aku boleh ingat dari A-Z cerita tu.
So, Padman ini cerita tentang apa? Tentang seorang lelaki yang mencipta pad (tuala wanita) di India. Ianya kisah benar gais! Dia melihat isterinya kalau waktu period menggunakan kain (sebagai pengganti pad). Kan tak bersih dan boleh menyebabkan penyakit. Lepastu dia terus pergi ke kedai nak beli pad rupanya di sana, harga untuk sebungkus pad ni mahal. Sampailah dia sendiri menciptanya.
Effort seorang lelaki
Gais, aku menangis tengok cerita ini. Betapa dia seorang lelaki begitu concern pada wanita. Aku tahu hal ini mesti kebanyakkannya wanita sangat malu untuk bercerita. Malah, nak bukak topik ini secara public pun agaknya akan dipandang serong. Sedangkan topik ini memang sepatutnya diketengahkan.
Begitu besar effort dia sampai orang kata dia gila! Iyelah, lelaki bercakap tentang hal perempuan sedangkan he is a problem solver. Kau rasa senang ke nak jumpa lelaki problem solver? Tak ramai. Begitu sayangnya dan prihatinnya dia pada hal perempuan.
Perempuan jangan malu
Pada aku yang perempuan, dulu aku malu untuk bercerita tentang ini. Tapi, aku belajar untuk beli sendiri, tak segan nak bawak pad tu kalau ada lelaki dekat depan kita semuanya sebab lepas ibu aku meninggal. Aku buang semua rasa malu tu. Aku pernah pasang impian yang satu hari nanti, aku pun nak pergi ke sekolah-sekolah nak kasi tahu adik-adik tu, jangan malu untuk bercakap tentang isu ini. Ini lah perempuan. Kita special yang tuhan ciptakan.. Untuk rasa benda ni..Kalau lelaki padman ini sanggup mencipta pad untuk memberikan kebahagiaan pada wanita, ini kan kita... Jangan malu.. Tontonlah video ini, In india, they have Padman..
Menarik.. Nanti sha nak carilah filem nie..
BalasPadamDah tengok citer ni.. Marah kat wife dia.. Tak support langsung husben dia.. Pdhal husben dia buat utk dia jugak.. Aishh.. Masa husben dia terkontang-kanting tak ada sapa nk tlg, ada pompuan lain tolong sampai husben dia berjaya,rasa nak suruh husben dia pilih pompuan tu..
BalasPadamShould I?
BalasPadamencik ada link cerita ini tak? kalau ada minta share pls..
BalasPadam