DAH TUA-TUA PUN MASUK PERTANDINGAN MEWARNA

DAH TUA-TUA PUN MASUK PERTANDINGAN MEWARNA


Paling suka mewarna

Masa kecik-kecik dulu, aku paling suka mewarna. Aku paling benci melukis. Memang tangan aku tak berseni betul bab melukis. Punya dasyat kebencian tu sampai cikgu pernah sound setepek dekat aku “Awak ni suruh lukis gambar rumah sendiri pun tak boleh ke? Awak tak sayang keluarga awak ke?”. Sorry cikgu, ayat cikgu makan dalam sangat sampai sekarang saya ingat! Terima kasih cikgu sebab cakap macam gitu. Yer, saya memang bodoh melukis tapi saya teror mewarna cikgu! 

Kecik-kecik dulu selalu lah gak masuk pertandingan dapat nombor 1 ke 2 tu pernah lah. Nampak tak, Allah tuh Maha Adil. Aku bodoh melukis, tapi aku power mewarna. Kah! Tiber meriak nampak ain🤣. Bila dah berumur 27tahun ni, rindu pulak dengan zaman kanak-kanak.
nilah cup yang disuruhnya kita untuk kaler

Makanya, kejadian mewarna tiber terjadi pada waktu petang itu. Pada waktu pagi hari itu aku dengan geng JDT Blogger serta rakan media yang lain menghadiri opening SF Coffee dekat Capital City Johor Bahru. Sudikan baca entri tersebut. Lepas je aku register bukti kehadiran tiber the organizer tu approach dan cakap tentang contest mewarna cup SF Coffee tu. 

Join pertandingan mewarna

Jadi nya, masa nak balik kami bawak balik lah cup tu dan aku malas nak beli pensel kaler lalu aku terus memberi salam ke rumah jiran. Yes! Anak jiran kita mesti ada punya kelengkapan mewarna. Hahaha. “Assalamualaikum, Eisya.. Kak Ain nak pinjam pensel kaler boleh? Kak Ain masuk pertandingan  mewarna”🤣
pertandingan mewarna akuainkausiapa
Suruh anak jiran amek kan gambar.Hahaha

Petang itu aku settlekan terus ikutkan rasa menyampah pulak sebab doodle dia banyak sangat. Pening woi nak habiskan. Mula-mula macam nak warna main hentam je asal nampak berkaler. Tapi tiber dapat idea aku nak ada tema. Tadaaa.. Aku fokuskan kepada 4 warna iaitu warna hijau, pink, merah dan biru.


Selepas aku mewarnanya siap sekali bertema.kah!

Tiber anak jiran aku tanya “kenapa Kak Ain pakai warna pink hijau ada ke bunga banyak warna tu?” Mampus aku nak jawab ape. Hahaha. So aku jawab macam gini, hijau simbolik daun-daun alam semulajadi , pink (aku sebenarnya suka kaler tuh, tapi kak ain kau tak nak mengaku). Merah dan biru simbolik bendera negeri Johor memandangkan SF Coffee membuka cawanganya di JB. Bukan tu je, aku letak kaler gold pada logonya kerana warna gold ini lambang kemewahan. Dengan menghirup kopi di SF, kita boleh rasa the prestigious of the coffee. Hamek kauuu,,Kak Ain siap bertema padahal main suka-suka je warna tu. 

Terima Kasih anak jiran yang comel! Korang nak join contest ni? Klik dekat Facebook dan Instagram SF Coffee . Nanti ada detailsnya. Oh yer, pecah kaca pecah gelas lepas baca mohon payung lah Like Facebook Awak Makan Ape , Follow sekali Instagram @awakmakanape. Chow! ☕

7 ulasan:

  1. Akk belum start kaler lagi, byk kerja bila ada rehat dok belek hp, hahaha

    BalasPadam
  2. sampai gian pulak nak warna weh...nanti simpankan cup then bagi akak eh..hahahahha

    BalasPadam
  3. Gigih seorang Ain..hehehehe
    Janji dah siap, Sis ko ni, satu pun tak siap lagi oiii hahahaha

    BalasPadam
  4. rajin ko ni..siap ada tema lagi..

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.