“JOM RASA” , SET LENGKAP LUNCH DARI ISNIN HINGGA JUMAAT DI SWISS INN HOTEL JOHOR BAHRU
Alhamdulilah, pada 10 November yang lepas Ain dan beberapa geng JDT Blogger telah berkesempatan mencuba kesemua set “Jom Rasa” . Set “Jom Rasa” ini telah dihidangkan oleh pihak Rilek the Cafe yang terletak di Hotel Swiss Inn Johor Bahru.
JDT Blogger bergambar bersama dengan chef |
Lunch dengan hanya RM18
Untuk set “Jom Rasa” ini akan dihidangkan pada waktu makan tengah hari bermula jam 12:00pm sehingga 3:00pm. Set ini berharga RM18 tetapi tak termasuk air tau. Kalau nak air , ain cadangkan mintak air Apple Asamboi. Sedap sangat dan sangat blend dengan tekak kita dah makan macam-macam kan. Terdapat 3 jenis air yang ditawarkan iaitu Sirap Selasih , Apple Asamboi dan Limau. Tapi kalau korang nak request air lain pun boleh je. Ingat, set RM18 ini hanyalah set makanan sahaja.
Set B - Hari Selasa & Jumaat |
Set B- Hari Isnin & Khamis |
Set A - Hari Selasa & Khamis |
Keunikan set hari Isnin hingga Jumaat
Uniknya set “Jom Rasa” ini hanya ada pada hari Isnin sehingga Jumaat je. Bukan itu sahaja, setiap hari , set yang ditawarkan adalah berbeza-beza. Setiap hari akan ada dua set hidangan yang ditawarkan iaitu Set A dan Set B. So, Ain cadangkan korang datang la secara berjemaah. Hahaha. Boleh sharing-sharing together gether dengan kawan-kawan atau mungkin dengan office mate uolls semua.
Set A- Hari Isnin & Jumaat |
Set B- Hari Rabu |
Set A -Hari Rabu |
Pelbagai jenis minuman yang dihidangkan |
Apa yang sedap sangat pada aku ialah dia punya Laksa Johor. Pergh, nama pun orang Johor pastilah memang gila betul dengan masakan Johor. Laksa Johor ni akan ada pada hari Isnin dan Khamis iaitu pada Set B. Bukan itu sahaja, korang wajib juga cuba Mee Kari yang akan dihidangkan pada hari Isnin dan Jumaat iaitu pada Set A. Ada lagi rare dalam menu “Jom Rasa” ni iaitu Deep Fried Sugarcane. Orang melayu kata tebu goreng. Wow, sedap betul. Untuk set ini hanya ada pada hari Selasa dan Khamis di Set A. Untuk yang minat pasta macam aku ni korang boleh datang pada hari Selasa dan Jumaat di Set B iaitu Seafood Pasta Aglio Olio.
Kesimpulannya, setiap set yang dihidangkan ada kombinasi mix and match makanan Melayu , masakan Johor , dan makanan western. Tepuk dada, tanya selera yer kawan-kawan semua. Jangan lupa tanya dekat kawan-kawan #awakmakanape ? 😄
📍 Hotel Swiss Inn Johor Bahru
for enquiries or reservations, please call
07-2183351(Farah) or email farah.jalal@sijb.swissgarden.com
facebook : Swiss-inn Johor Bahru
instagram : @swissinnjbofficial
for enquiries or reservations, please call
07-2183351(Farah) or email farah.jalal@sijb.swissgarden.com
facebook : Swiss-inn Johor Bahru
instagram : @swissinnjbofficial
Ini lah menunya |
Jangan lupa untuk like Facebook Awak Makan Ape dan follow Instagram @awakmakanape.
sedapnya nampak :D
BalasPadamnak try la makan tebu goreng tu...tak pernah lagi tengok dan cuba..baru 1st time dengar ni
BalasPadamawak makan apeeeee hahhh
BalasPadamTunggu Hakak ko balik, kita pi serang hahahahaha
BalasPadamsedapnyaaaa
BalasPadam