PEREMPUAN TUDUNG SINGKAT
ni lah aku..aku jenis pakai tudung hentam keromo weh.hahaha. |
Waktu aku menaip ini sekitar jam 2:20 pagi. Aku tak boleh tidur. Sungguh rasa sayu gila hati ini. "Tuhan, apa lagi yang Engkau hantarkan padaku?" Satu perasaan yang dah lama aku pernah rasa. Pastu aku lupakan.
Aku pernah dulu buat, tapi sekerat jalan. Sebab aku rasa perasaan tak jadi diri sendiri. This is the things about me. Aku suka jadi diri aku sendiri..tapi, tentang ini..
Aku nangis. Aku jadi suka tengok perempuan yang melabuhkan tudungnya. Yer, aku kategori perempuan tudung singkat. Dulu sekejap aku pernah lah cuba-cuba labuhkan tudung. Tapi benda tuh sekerat jalan je. Aku kembali lagi pakai hentam keromo. Sedihnya rasa. Ala, sambil aku menaip ini, air mata terkeluar woi. Gila betul perasaan ini.
Dulu, aku pernah jadi perempuan "coverline". Konon sanggup pakai cardigan kalau aku pakai baju lengan pendek. Just to impress lelaki yang aku suka. Tapi, hampeh. Entahlah, tentang aurat ini. Aku memang tak berani nak cakap besar. Cukup aku hanya pandang pada diri sendiri sahaja. Sedihnya rasa. Kenapa aku jenis perempuan serabai ehk bila pakai tudung? Aku macam alaaa asal boleh , janji aku pakai tudung dah. Settle. Kenapa? Hahaha.
Bila refresh semula tengok balik aku ni, aah la memang kau perempuan selekeh serabai pun Ain! Aku tak mintak banyak. Mungkin yang baca ini boleh doakan yang terbaik untuk aku. Aku malu sebenarnya nak publish benda ini, yela.. Aku takut sangat nak cakap pasal ini. Tapi, Allah bukan saja-saja hantar perasaan ini kan? Dia hantar untuk aku sendiri yang sedar. Tapi, aku keliru. Aku nak melabuhkan tudung aku ini ikhlas kerana Dia atau just to impress someone? Benda ni yang aku tak nak lagi berlaku.. Hmm.
Terus aku tekan #tutorialtudung dekat Instagram, aku save mana yang aku nampak herlok dimata. Insyallah. Tak cuba mana nak tahu kan. Oh, pesanan penaja lagi-lagi yang dekat dengan aku, kalau nampak ain selekeh serabai tu, tolong betulkan tudung ain yer! Tak ape, ain lagi suka. Sebab dulu masa ibu ada, dia yang betulkan tudung ain, dia yang ikatkan rambut ain kalau pergi sekolah dulu. Sekarang, i need to do all by myself. Ain dah terbiasa hidup dengan lelaki. Aku tetap perlukan sokongan kawan-kawan perempuan supaya aku jadi lebih perempuan. Kahkahkah. Kbai. ❤️
*sebenarnya masa aku tak boleh tidur ni, aku up dekat instagram story, "tak boleh tido", kak Sunah woi kan aku..aku nak mengadu benda ni dekat dia, tapi aku malu sangat! ni dah terbagitau dekat diari ain.haa, paham sendiri lah melayan adik ain yang blur dan slow ni.hahahha.(opps,ter adik pulak) puih.kbai!
slow2 la ain..benda baik kna ambik masa jgk..:)
BalasPadamBetul2... Insyallah doakan ain tau.
PadamJadi diri sendiri Ain, berubah ke arah yang lebih baik tu perlu tapi jangan ikut-ikut orang, kadang memang perlu ikut orang untuk berubah yang lebih baik, tapi kita jadi diri kita kah?
BalasPadamTapi....siapa yang boleh ubah diri kita? Selain diri kita..
Slow-slow, kau ada perasaan malu tu pun, Akak dah rasa bangga dengan kau..
Kipidab dingibab baby!!!
Hahahahhahaa..kipidap dongibab....insyallah. Terima kasih sis sebab keep cakap dekat ain untuk jadi diri sendiri..mestilahh ade perasaan malu.. Wpun kite perempuan kasar.. Hahahaha..
PadamOiii kenapa kau tak cakap semalam haaaa..hahahah!
BalasPadamTapi ain, seorang kak sun bergenang air mata baca luahan hati ko ni..memang betul2 dari hati maksudnya tulisan ni..insya'Allah akak doakan ko slow2 akan jadi muslimah terbaik, bukan saja untuk diri sendiri tapi juga untuk mak ayah, dan paling penting untuk Allah swt..
Aku pun kadang2 culas juga malas pakai handsock..lepas tu nanti suruh ko amek gambar, terus rasa bengongnya diri sendiri nak kena edit pulak gambar kasi tutup aurat yg terdedah..😖 sejak tu terus ingatkan diri pakai handsock macam dolu2....
Chaiyok ain!!
Hahahhahaa,,culas kauu ayatt dia... Gilerrr ayat perpustakaan. Tu lahh..doakan ain tau. Insyallah, i will improve myself.to be a better muslimah. 💖💖💖💖
PadamKita doakan yang terbaik untuk awak. ❤️ Biasalah manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Selagi ada niat nak improve diri ke arah kebaikan Alhamdulillah. Kitaorg support awk ❤️
BalasPadamTerima kasih... #gengfarah hahahahaa...insyallah.. Ain nak merubah ke arah yang lebih baik. ❤️❤️❤️❤️
PadamAlaaaa, sedih pulak baca entry nih. Allah bagi rasa macam tu, mungkin jugak maksudnya hidayah sedang mengetuk hati akak. :')
BalasPadamGrab it! Memang susah nak ikhlas mula2, tapi percayalah bila kita dah buat kerana Allah. InshaAllah ikhlas tu akan datang dengan sendirinya. And, of course. Be yourself akak! Itu yang membuatkan kita unik kan? Jadi diri sendirik berpandukan syariat yang Allah dah tetapkan. Mesti lagi best and tenang. Hihihi
Maaf kalau kite ada tersalah cakap. Tapi, percayalah kite doakan akak yang terbaik. InshaAllah, doa malam Jumaat ni maqbul. Semoga Allah permudahkan segala urusan akak. Doakan kite jugak. Huhuhu TvT
Amin. Ya allah tersentuh betul hati kite yang membaca nya.. Terima kasih atas doanya. 💖💖💖💖💖
PadamWalaupun kadang2 nampak mcm terpaksa tapi bila dah sentiasa buat lama2 keikhlasan tu akan datang dgn sendirinya. so Ain boleh berubah slow2 dan jadikan ia kebiasaan Ain.. time tu bila sesekali kita tak buat rutin tu kita akan rasa bersalah pulak.. Tu tandanya hati kita dah mula ikhlas nak berubah tanpa paksaan lagi.. InsyaAllah Ain, kak Dilah doakan yg terbaik untuk Ain. Semoga dipermudahkan semuanya..
BalasPadamInsyallah.. Terima kasih kak Dilah. Semoga Allah terus menjaga hati ain dan ikhlas berubah ke arah yang lebih baik. 😇😇😇😇
Padamsama laaa ain, aku pun tudung singkat. entah bila laaa nak labuhkan tudungg
BalasPadam