BAHAGIA ITU DI HATI

I wish to have this dekat rumah ,"when the breeze arrives,and the chimes ring,just close your eyes and start wishing"

BAHAGIA ITU DI HATI

Aku mendapat kiriman Whatsapp dari Sis Lin , 
“Bahagia itu wujudnya dalam hati.  Apabila kita mencari bahagia di luar maka jadilah kita orang yang bersifat keluh kesah.  Ingat, bahagia itu di hati..

Marilah kita memilih untuk bahagia hari ini.  Orang boleh ambil harta kita, duit kita, barang kita, orang kesayangan kita, jawatan kita.  Tetapi dia tidak boleh ambil bahagia dari hati kita.”

Aku nangis! Aku terdiam. “Bahagia itu dihati” Kenapa tuhan beri kita hati? Untuk menilai dan merasai kebaikan atau keburukan. Aku rasa “something is not right” with myself.   Mungkin banyak sangat hati ni dah terasa, dah terluka. Sebab itu ayat tu sangat bermakna. 

“.... Tetapi dia tidak boleh ambil bahagia dari hati kita.” Aku tanya hati aku sendiri? Kau bahagia ke? Hmmm.. Hati aku je yang ada jawapannya. ❤

6 ulasan:

  1. Bahagia itu tidak perlu mahal. Bahagia itu hanya perlu rasa cukup. Bahagia itu terkait dengan Syukur. Syukur itu Murah. Syukur itu menjadikan kita bahagia.

    Bahagia itu hadir pada mereka yang miliki hati yang bersih. Alangkan bahagia jika dalam diri kita, pasangan dan keluarga kita miliki hati yang bersih. Menjadikan keluarga kita tenang dan bahagia.

    Bagaimana untuk miliki hati yang bersih? Hati ini mesti betul-betul ikhlas hanya untuk Allah. Kita fahami dan hadam setiap apa yang kita lakukan hanya untuk Allah. Contoh kita sayang pasangan kita hanya kerana Allah. Sama ada mereka membalas atau tidak cinta kita, kita tetap cintakan pasangan kita kerana Allah walaupun hati kita sentiasa di sakiti.

    Lahirkan hati yang ikhlas kepada Allah. Pasti kita akan dapat rasai kebahagiaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai....sayu nya baca.... terima kasih diatas komen ni Sis. insyallah 💜💜💜💜

      Padam
  2. Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah rasa kebahagiaan kepada adikku NurFarahain, bahagiakanlah hatinya, dirinya dan orang yang disayangi dan disenanginya, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. terima kasih kak seri atas doa nya. 💖💖💖💖💖

      Padam
  3. bahagia itu kita yang cipta...tak datang dari orang lain, tak diberi oleh orang lain...you love to talk and laugh..just those two enough representing your happiness...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😪😪😪😪🤤 alaaaaahhhh sedihnyaaa... thanks for reminding me 'my happiness'

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.