'Hari Harimau' di Paradigm Mall Johor Bahru |
COOLBLOG MENYEMARAKKAN 2019 DENGAN KEMPEN 'HARI HARIMAU'
'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' Kini di Cawangan CoolBlog Seluruh Negara
JOHOR BAHRU, 17 Januari 2019 - Jenama minuman terkemuka Malaysia, CoolBlog, hari ini melancarkan menu minuman terbaru iaitu 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' dan juga menandakan kempen suku pertama yang diberi tema 'Hari Harimau'. Kempen selama 3 bulan ini akan menampilkan 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' sebagai produk wira CoolBlog untuk tahun 2019 sejajar dengan trend minuman ini yang menjadi kegilaan di Taiwan dan Hong Kong.
Permulaan tahun baru adalah sinonim diberi gelaran permulaan baru, harapan baru serta perjalanan yang baru. Inilah yang ingin dicapai oleh CoolBlog Desserts Sdn Bhd dengan pengenalan 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee'. Pengenalan ini membuka peluang kepada CoolBlog menawarkan promosi, ganjaran pembelian dan acara menarik kepada pelanggan dan komuniti setempat untuk bersama-sama ke cawangan CoolBlog untuk menyambut kemeriahan tahun baru 2019 ini.
Black Tiger Premium Milk Tea |
Kempen 'Hari Harimau' oleh CoolBlog bukanlah hanya kempen di media massa, tetapi ianya adalah kempen yang menunjukkan kepada pelanggan setia CoolBlog bahawa CoolBlog menjadikan tahun 2019 ini sebagai permulaan untuk pelbagai lagi kempen pada setiap suku tahun. Setiap kempen akan menekankan kepada aspek pertumbuhan perniagaan, memberi penghargaan kepada pelanggan setia dan yang paling utama, CoolBlog akan meraikan kesemua francaisi di seluruh Malaysia.
'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' ini adalah minuman khas yang dibuat menggunakan gula perang premium yang digelar gula harimau hitam. Campuran gula perang dengan teh dan kopi premium yang berkualiti dari CoolBlog memberikan kesan luar biasa menyerupai cakaran harimau di setiap bekas minuman CoolBlog. 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' dijual pada harga RM6.50 dan didatangkan dengan cawan bercorak khas 700ml dan boleh didapati di semua cawangan CoolBlog di seluruh negara.
TEMPOH PROMOSI
Promosi 'Hari Harimau' berlangsung selama 3 bulan dan bermula 15 Januari 2019 hingga 31 Mac 2019 yang menawarkan kepada pelanggan pelbagai promosi, acara dan ganjaran yang menarik. Pelanggan pasti akan teruja dengan suasana dekorasi cawangan CoolBlog yang akan menceriakan lagi saat-saat menikmati 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee'. Pelanggan berpeluang untuk mendapatkan pelekat tatu harimau dengan setiap pembelian RM10 ke atas, baucer diskaun, belon khas untuk pelanggan cilik serta berpeluang untuk berfoto menggunakan papan foto sepanjang tempoh kempen 'Hari Harimau' berlangsung.
#RIMAUDANCE CHALLENGE COMPETITION
Sempena kempen 'Hari Harimau', CoolBlog menganjurkan cabaran tarian yang dinamakan #RimauDanceChallenge di media sosial. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman 'Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee' dan dapatkan pelekat tatu harimau yang disediakan. Seterusnya, log masuk ke akaun rasmi Facebook atau Instagram CoolBlog, tonton video tutorial dan tiru langkah tarian didalam video tersebut. Pelanggan kemudian perlu memuat naik video tarian mereka di akaun media sosial dan tag CoolBlog @coolblogmalaysia dengan hashtag - #RimauDanceChallenge dan #coolblogmalaysia dalam kapsyen mereka. Pertandingan tarian akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 15 Februari 2019. 3 Pemenang bertuah (individu atau berkumpulan) berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM1000
Kami JDT Blogger bersama dengan dj Suraya , Suria FM |
TEMUI SKUAD SURIA FM
CoolBlog juga bekerjasama dengan Suria FM untuk kempen Hari Harimau yang akan menampilkan pasukan skuad Suria FM di cawangan CoolBlog yang terpilih. Pelanggan akan berpeluang untuk beramah mesra, memenangi hadiah percuma, dan menyertai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan sepanjang Januari hingga Mac 2019. Senarai penuh penampilan skuad Suria FM adalah seperti berikut :
- 17 Januari 2019 - CoolBlog cawangan Paradigm Mall Johor Bahru
- 31 Januari 2019 - CoolBlog cawangan Tesco Mergong , Alor Star
- 2 Mac 2019 - CoolBlog cawangan Melawati , Kuala Lumpur
- 9 Mac 2019- CoolBlog cawangan Tesco Klang
ajak leee anak2 jiran ko join dance tu ainn
BalasPadamsambil minum, sambil ler buat rimau dance...haha
BalasPadamEngko susurhlah anak jiran masuk Ain hahahaha
BalasPadamKot mana tau menang rezeki kan..hehehehe
uish.. black tiger tu..
BalasPadam