"AKU PERNAH KENA TEGUR DENGAN CIKGU ADDMATH SEBAB.."

museum kata andrea hirata laskar pelangi

"AKU PERNAH KENA TEGUR DENGAN CIKGU ADDMATH SEBAB.."


Kisahnya tetiba aku teringat kenangan ni bila aku view Instagram kawan blogger iaitu faraamusa dia bercerita tentang nota yang dibuat dan dia sejenis perangai yang kedekut kertas. Lalu , aku terus teringat tentang kenangan ni. Aku pernah kena tegur dengan cikgu addmath sebab perangai kedekut kertas aku ni la. Hahaha.

Aku teringat pada waktu tu , cikgu tulis dekat buku aku "i want to see you!". Mampus aku dah cuak salah apa seh waktu tu. Dalam kelas cikgu cakap "buku siapa yang ada dapat nota dari saya?. Semua pandang each other , aku pun belek ler buku aku. AKU rupanya! Aku pun mengaku la. Cikgu cakap "oh awak Farahain , awak tau kenapa saya nak jumpa awak?", "kenapa awak tulis semua jalan kerja sampai penuh muka surat? dah tu nanti saya nak buat correction macam mana ? kat bahagian mana saya nak tulis?". HAHAHAHA.
Sebegitu kedekut betul seketul Farahain. Kau tahu kenapa aku kedekut kertas waktu tu? Sebab aku sayang pokok. Aku paling tak suka orang membazir kertas, makin banyak ler pokok nak ditebang hanya kerana nak hasilkan kertas lepastu kau tak gunakan sepenuhnya. Nampak seketul Farahain punya alasan macam mana. Hahaha. Aku juga sebenarnya tak berapa setuju orang mencetak flyers, katalog dan semua yang melibatkan kertas tapi dibiarkan begitu saja terikat namun tak bertali , mencuba menyimpulkan mati namun terputus jua....(Kan dah ternyanyi lagu Haqiem Rusli) Kah! Tapi ikut keadaan la kan , kalau dah memang belajar addmath dah tahu memang jawapan salah , sila bagi ruang sepenuhnya untuk pembetulan! 

2 ulasan:

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.