Gambar Google |
KEMBALIKAN RASA INI..
Dah lama aku tak menangis selepas solat. Niat ku habis je dari “cuti solat” aku nak buat solat istikarah. Sepatutnya aku buat semalam, tapi tula kalau dah namanya manusia. Bagi alasan seribu macam! Tapi, tadi... Aku lakukan juga. Kerana apa?
“Tuhan , kembalikan rasa ini”
Aku rasa sangat bahagia dengan “perasaan” itu. Perasaan dari dia. Si dia yang buat aku suka pada lagu Haram tu. Kerana Lagu Haram, maksudnya begitu terkesan pada diri aku. Pagi tadi waktu sarapan roti sardin di kedai pun aku terdengar lagu itu.. Di fikiran ku secara tiba-tiba teringat kepada dia.
Tapi, aku tak nak berlebih sangat! Sebab aku tahu, ianya bukan perasaan yang halal.
Sebab itu aku nangis entah macam apa entah... “Ya Allah, engkau tahu apa yang aku rasa sangat.. Segalanya semua engkau tahu... Aku tak bohong!.. Cuma aku minta yang Terbaik DariMu Ya Allah.. aku kembalikan rasa bahagia ini kepadaMu.. sebab aku tahu..dan aku yakin.. Engkaulah yang punya Segalanya” 😪
ameen...bertabah ain...kalau dia jodoh ain, insya'Allah walau hingga ke hujung dunia pun, Allah akan temukan...
BalasPadamDia Maha mendengar dan Maha mengetahui..
BalasPadamLuahkan rasa itu...dan oerbanyak berdoa ...