SI BUDAK KECIK DAN TUTORIAL TUDUNG


akuainkausiapa


SI BUDAK KECIK DAN TUTORIAL TUDUNG 


Rutin harian sebelum masing-masing say good night ialah VIDEO CALL. Itu lah kami BFF jiranku. Hahaha. Memula aku memang rasa rimas sangat. Sebab aku kadang baru balik dari event, penat dan sejenis aku ni memang nak “me time” . Aku suka lepaskan rasa penat aku tu sensorang. Sebab aku memang dah terbiasa sensorang.

Tapi, semenjak friendship kami ni dah semakin akrab, tudia.. Kerana terpaksa aku relakan juga! Hahaha. Layan kan jela padahal aku sampai menguap sepuluh juta kali, sambil tengok youtube pun aku layan kan jela video call dengan diorang. Apa je yang di borakkan sebelum diorang tidur? Well, diorang kan masih bersekolah. Baru ler aku faham macam mana mak-maknya punya tanggungjawab nak pastikan anak susun buku masukkan dalam beg ikut jadual, pakaian sekolah dah siap kan belum.. Hahaha.

Si kecik ni pula memang setiap masa terlebih gula. Hahaha. Hyper kemain semacam dia ni. Aku pun tak faham bila gula dalam badan dia ni nak berkurang. Kau tengok semalam, siap buat tutorial tudung entah berapa banyak fashion dia buat. Hahaha. Aku cakap dekat dia , nanti buat ler video tutorial post dekat Instagram.Nanti boleh femes! Kah! (Terus dia berangan bila dah jadi glamer! Woi, belum glamer lagi jangan nak berangan je) 😜

Lepas-lepas ni memang aku banyak nak produce video-video dengan diorang! Hahahah. Nantikan. (ni gambar aku screenshoot masa video call tu tapi aku crop bahagian muka dia je)

5 ulasan:

  1. berbakat ni..mana tau besok2 betul2 femes.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahha.. eeeee budak kecik ni baca komfomm sukee orangg puji diaaaa.. 🤣🤣🤣

      Padam
  2. Kemahinnn..lepas ni Cik Farahain dia laaa jadi model ek hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaa... tutoriall nak berus gigi punnn diaaa tunjuk dkt ain. 🤣🤣🤣

      Padam
  3. hahahahahha.. seorang Ain yg bertabah!

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.